SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, August 9, 2009

PERKHIDMATAN BEKALAN TENAGA ELEKTRIK YANG MENGECEWAKAN

Salam semua... Hujung minggu begini banyak saya habiskan masa untuk mengemaskini semua data di dalam internet dan bersantai.... Adalah sangat mengecewakan, dalam minggu ini sahaja entah berapa puluh kali (mungkin ratus kali) bekalan elektrik terputus. Keadaan ini bukan sahaja menyusahkan orang awam di dalam kerja seharian malah ia boleh menyebabkan kerosakan kepada peralatan elektrik dirumah atau jabatan kerajaan/ swasta yang lain. Menyusahkan dan sungguh mengecewakan! Masa saya menaip artikel ini sudah dua kali bekalan elektrik terputus! dalam tempoh tidak sampai 10 minit! mengecewakan! dan sekarang masa menunjukkan 2.34pm masih belum ada bekalan elektrik.... mengecewakan! hemm... habis caj notebook tadi. Jam 3.10pm baru ada karan lagi... dan mungkin bakal putus bekalan lagi.. kepada pihak berkenaan atasi masalah bekalan elektrik terputus-putus, sekejap ada dan sekejap tak ada (macam biskut ) ini dengan segera untuk kebaikan semua pihak. p/s: Kepada SABAH ELECTRICITY, Kota Marudu, ini adalah aduan pengguna (Kg.Tagas, Kota Marudu) harap dapat diberi perhatian. Terima Kasih.

11 comments:

Umar al-Longobi said...

aduan disokong. peniaga2 aiskrim di kg2 pun byk mengalami kerugian kerana aiskrim mereka ada yg cair. harap perkara ini boleh diperbaiki!

Tulunbunou said...

Saudara Umar terima kasih diatas sokongan anda.Hari ini sahaja 8 kali bekalan elektrik terputus!

SANGURU said...

d rumah sy pn gitu. Hal ini sy dah siasat sampai pengurusan tertinggi sesb. Pegawai tersebut dah selidik peringkat sesb. "masalah sesb KM". Nnti sy post hasil siasatan itu. Namun memang boleh diatasi jika ada keprihatinan...

Anang said...

Aku inda mau cakap banyak......SESB bagi saya Sabah Elektrik Selalu Blackout. Memang mereka tidak kompiten.......Dah bosan dgn alasan mereka.

PEMIMPIN YANG TELUS LAHIR DARIPADA PRINSIP YANG KUKUH

Tulunbunou said...

Sanguru,
Bgs la klu mcm tu.. nda kataaanan sda ni selalu putus karan. Klu SESB byr balik kerugian bahan mentah & brgn elektrik kpd pengguna nda apa jg..hehe

Anang,
No Komen..

SANGURU said...

akibat cuaca, banyak kerosakan sana sini. Marudu ni sgt besar (jauh lbh besar dr perlis...), pemasangan tiang2 letrik jg x standard dr dulu, bnyk pokok2 dkt tiang2, maka bnyk masalah akan wujud. Salah siapa ini? Bila ini berlaku, utk membaikinya atau cari point2 bermasalah maka terpaksalah matikan sana sini. Staf sesb pula sedikit banding kawasan yg sgt besar. Nah, inilah yg KM kena fikirkan.

SANGURU said...

faktor komitmen jg main peranan. Tp sy x berani kata staf sesb kurang komitmen kr sy x punya bukti cukup untuk kata org begitu. permasalahan harus diselidik mulai akar umbi. Faktor keluasan, faktor standard, faktor staf dll...inilah yg perlu diperjuangkan. Selalu black out, yes, tp itu ekoran faktor2 di atas dan spt komen sy sebelum ini. Harap atasan prihatin pkara ini.

SANGURU said...

terlanjur cerita psl masalah2 KM, lampau bnyk masalah/kekurangan di KM. Lampau ketinggalan. Inilah susah klu kawasan BESAR tp usaha KECIL, yg BISU dpilih jd PENYANYI. Semua ini berpokok pangkal KEBOBROKAN. Kerja asal2an, dll. Maka, anak2 muda KM harus berjuang, dgn kapasiti masing2 utk membawa perubahan. Era utk berubah. Masa utk bersatu. Wpn BANYAK tp blh BERSATU.....

Anang said...

Saya setuju dengan komen sanguru....tapi ada lebih baik kalau kita bandingkan kawasan kota marudu dengan kota belud ( luas lebih kurang ). Di Kota belud staf SESB juga sedikit, tapi perkhidmatanya agak baik berbanding dengan SESB KM. Kenapa saya katakan demikian....Di KB bekalan elektrik lancar dan jarang2 "meninggal dunia" setahu saya bulan ini belum berlaku blackout di KB. tetapi KM, adu..susah saya memalayu. Sebab itu lah saya kata staf di KM inda kompiten....banyak alasan yg inda masuk akal.
Jadi sebagai penduduk KM saya sangat dukacita dengan SESB. Peti sejuk saya sudah jadi mangsa keboborakan SESB.

PEMIMPIN YANG TELUS LAHIR DARIPADA PRINSIP YANG KUKUH

Gaaman said...

ini la yg dinikmati oleh Sabah setelah menyerahkan LLS kepada Tenaga Nasional(KL). Kononnya bekalan elektrik akan bertambah baik sekiranya TNB mengambilalih LLS. Tetapi hakikatnya orang Sabah juga yg menderita, tertipu(jd tipah tertipu) oleh kerakusan 'orang sana'. Fikir-fikirkan la, adakah kitaorang ni betul-betul MERDEKA??!!!..

Anonymous said...

saya cadangkan supaya segala peralatan elektrik kita yang rosak disebabkan bekalan elektrik yang sikit2 mati ini kita hantar sana SESB KM...