SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, August 9, 2009

PERLANGGARAN DI SIMPANGAN EMPAT KOTA MARUDU

KOTA MARUDU: Satu kemalangan yang melibatkan perlanggaran dua kenderaan telah berlaku di simpang 4, Jalan Utama Kota Marudu. Menurut daripada mereka yang melihat kejadiaan itu, kenderaan yang datang dari arah pekan lama di pandu laju, pemandu tersebut hilang kawalan apabila dalam masa yang sama, kenderaan yang satu lagi dari arah pekan baru masuk ke jalan Gohsen. Akibatnya, kenderaan dari arah pekan lama itu merempuh bahagian tepi depan kenderaan kancil tersebut. Menurut pemandu, dia ingat kancil tersebut berhenti. Sementera itu, pemandu kancil itu juga tidak menyangka yang kenderaan itu akan meluru laju begitu saja. Kecuaian kedua2 pemandu telah mengakibatkan perlanggaran itu berlaku. Faktor kawasan teragak gelap kerana lampu jalan tidak menyala juga menjadi penyumbang kepada kejadiaan tersebut. Kedua-dua pemandu telah pergi ke IPD Kota Marudu untuk membuat laporan. Mujurlah kemalangan tersebut tidak melibatkan kehilangan nyawa. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 8.00 malam, malam semalam ( 08.08.2009 ). SAM

3 comments:

TanakGouton said...

jalan gelap, siapa yang harus disalahkan? MDKM..janganlah tidur lagi. Apalah guna ada lampu sekitar pekan ni kalau tidak menyala..

Gaaman said...

Diharap para pemandu bersikap bertanggungjawap terhadap keselamatan diri sendiri, keluarga dan juga pengguna jalanraya lain..MDKM tunaikan la tanggungjawap utk keselesaan warga KM.

Anonymous said...

buli ambil numbur ka itu kereta belanggar?