SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, August 5, 2009

Pertanyaan Singkat Dan Tips-Tips pencegahan H1N1

Semua orang bercakap mengenai H1N1. Perkembangan terkini seakan-akan tidak ada tempat yang tidak terlepas daripada cengkaman virus ini. Sementara kita mengambil langkah berjaga-jaga, ini satu persoalan besar yang ingin kita ketahui. 1. Kalau positif H1N1 boleh dikesan. Kalau PEMBAWA? Apakah nasihat kepada orang ramai dan cara pihak kesihatan mengesani PEMBAWA H1N1, yang bermaksud terkena virus tapi tidak sakit sebab antibodi yang kuat tetapi menjangkiti kepada mereka yang tidak kuat antibodi? Tips singkat... 1. Minum air dengan kadar kerap sehari 2. Jaga kebersihan - selepas berada di mana-mana cuci tangan 3. Kurangkan berada di kawasan orang ramai 4. Jangan pergi panggung wayang 5. Jangan berada di pesta/konsert 6. Kalau keluar pergi mana-mana- bawa bekal aspirin/vitamin c sambil makan-makan 7. Yang penting pakai topeng kalau keluar rumah 8. Buat pemeriksaan kesihatan di klinik/hospital berdekatan 9. Kalau positif H1N1 - jangan panik, bimbang, bermuram atau bersedih. Badan yang kuat akan dapat lawan sakit. Jaga diri selalu. DR.Nellson (bicara kesihatan) mungkin ada nasihat lebih baik. SAM menantikan juga nasihat daripada pakar yang lebih layak bercakap mengenai isu ini sambil juga kita mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Malaysia.

4 comments:

DINAKAN said...

bikin takut juga ini penyakit, kalau tiada air sudah dibawa jalan agak2 masalah juga tu.

Little Mike (LM) said...

hehe tuan dinakan... harap tuan di sana sihat sejahtera juga...

Umar al-Longobi said...

baru Tuhan bagi "selesema", goncang sudah 1 dunia kan. tapi, kenapa ramai manusia yg lawan Tuhan? kalau Tuhan kirim wabak baru spt "kanser babi" mcmana?

Little Mike (LM) said...

ini baru sebahagian kecil dari amaran kepada pilihan perbuatan manusia....