SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 3, 2009

PERUTUSAN KHAS : BULAN KEMERDEKAAN

"1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" - Tema Hari Kebangsaan ke-52
Salam 1Malaysia. Pihak SAM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan kepada semua pemimpin, pembaca SAM dan seluruh rakyat Malaysia.
Pada bulan yang bersejarah ini, meskipun kita berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan dengan penularan wabak H1N1 serta keadaan sosio-politik yang kurang memberangsangkan, marilah kita sama-sama merenung kembali sejarah perjuangan kemerdekaan yang telah dimulai ratusan tahun dahulu. Mari kita bersyukur dengan perjuangan seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh dan rakan-rakan syuhada yang lain, serta perjuang kemerdekaan era moden seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Mustapha, Tun Tan Cheng Lock, E.E.C Thuraisingham dan lainnya. Mereka ini permata bangsa yang telah memerdekakan negarabangsa kita, yang menjadikan kita berbahagian hari ini.
Perjuangan kemerdekaan tentunya amat mencabar, perit, menyakitkan bahkan membahayakan jiwa dan raga. Kita anak-anak pewaris kemerdekaan ini berhutang budi kepada generasi pejuang kemerdekaan. Ayah dan datuk kita mungkin juga terlibat dengan perjuangan tersebut, demikian juga individu-individu di sekeliling kita mungkin terlibat secara langsung atau tidak langsung. Mereka ini juga merupakan permata dan wira yang tidak dicanang. Di bulan merdeka inilah seharusnya kita mengambil peluang untuk menzahirkan ucapan syabas dan terima kasih kepada mereka...
Maka, seharusnya bulan merdeka ini tidak setakat diisi dengan laungan merdeka atau kibaran jalur gemilang atau bendera negeri, bahkan harus diisi dengan tafakur sejenak agar kita kenal sejarah kita. Imbaslah kembai sejarah agar kita tahu bersyukur dan kenal diri.

4 comments:

DINAKAN said...

ngam tuan, slmt mnyambut bulan kemerdekaan...

Little Mike (LM) said...

ini bumi yang kita pijak. mari kita lanjutkan perjuangan kerana kita merdeka bukan untuk merasa lega melainkan memperkasakan ARAH bangsa berpanjikan rasa syukur.

SANGURU said...

BAH, LM...BIKIN SAJAKKKKK...

Umar al-Longobi said...

Perutusan merdeka disambut dgn rasa kesyukuran yg menggunung. Orang Sabah bertuah, ada 2 bulan kemerdekaan (Ogos & September). Bah, apa lagi... mari kita merdekakan diri, keluarga & masyarakat kita!