SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, August 30, 2009

SALAM MERDEKA DARI SANG PERANTAU

SAYA ANAK MALAYSIA Salam merdeka untuk semua rakan penulis SAM dan pembaca2 SAM.Sudah agak lama saya tidak membuat entri dalam SAM dan saya tengok hanya tekong SAM saja yang tidak putus2 ideanya... Entri kali ini hanya luahan hati seorang anak Malaysia dalam perantauan.Sudah 11 tahun saya meninggalkan negara kelahiran dan dalam tempoh ini sudah 11 tahun saya tidak merasai suasana perayaan dalam negara.Dalam pengertian basic kita, kata merdeka berkaitan dengan penjajahan, bererti terlepas dari berbagai bentuk belengu penjajahan dan penghambaan manusia terhadap manusia lainnya, baik penjajahan secara akal maupun penjajahan dalam bentuk ekonomi, sosial, politik, dan budaya.Kalau baca definisi di atas, kita tentu yakin sejak dibacakannya teks merdeka 52 tahun yang lalu oleh Almahrum Tunku Abdul Rahman, negara ini secara automatik,terbebas dari penjajahan kuasa rakus barat. Tidak ada lagi perang, kerja paksa,atau kuli kepada Inggeris yang gila kuasa. Para penjajah sudah terbuang dari bumi pertiwi. Namun apakah hanya demikian makna kemerdekaan?Kita generasi yang lahir selepas merdeka,perlu memahami kembali erti kemerdekaan. Selama ini kemerdekaan didefinisikan sebagai suatu keadaan berdiri sendiri, bebas, lepas, tidak terjajah, atau dengan kata lain, kemerdekaan mutlak dengan kebebasan (freedom). Dan kebebasan itulah yang paling asasi untuk kita miliki. Sebab, dengan kebebasan itu seseorang dapat berbuat tanpa perbatasan (the ability to act without borders). Kemerdekaan seringkali diterjemahkan sebagai kebebasan tanpa batas untuk menuntut hak-hak, tanpa diiringi pelaksanaan kewajiban. Lazimnya, persepsi salah itu hampir melekat pada setiap lapisan elemen bangsa, dari rakyat biasa sampai pemerintah, dari orang awam hingga golongan cendekiawan, bahkan para guru dan pelajar! Jadi Bagaimana seharusnya kita memahami kemerdekaan itu? Kemerdekaan pada dasarnya merupakan sesuatu yang sangat emosional bagi setiap pribadi maupun bangsa. Kemerdekaan merupakan hak yang sangat asasi dan bersifat fundamental dalam kehidupan.Kemerdekaan itu akan menjadikan hidup menjadi lebih bererti dan bermakna, apabila diisi dan dihiasi dengan nilai norma kemanusiaan yang mulia. Jadi sangat jelas, persoalan kemerdekaan bangsa, bukan sekadar masalah kebebasan secara umum. Tapi, juga seharusnya kemerdekaan ini dipandang sebagai sebuah nikmat seperti nikmat-nikmat lainnya. Kita menoleh kembali sejarah secara ringkas, kemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini adalah jasa para pahlawan kita.Mereka telah berjuang dengan mengorbankan segalanya untuk membebaskan tanah air dari kekejaman para penjajah. Kita boleh meniru semangat juang mereka untuk mempertahankan sesuatu yang merupakan cita-cita luhur bangsa. Kita harus bersyukur dan berterima kasih dengan jasa2 baik yang telah mereka berikan kepada kita.Bersyukur itu caranya beragam, bisa saja kita menyebut-nyebut jasa baik mereka yang telah berjasa.Namun saya melihat ada golongan2 tertentu yang mula mempersoalkan dan tidak menghormati pahlawan2 dan pemimpin2 kita yang telah berkorban jiwa raga mereka demi kemerdekaan ini.Kemerdekaan ini adalah hak mutlak kita sebagai warganegara Malaysia tidak kira dari Semenajung,Sarawak dan Sabah.Malangnya ada golongan tertentu di Sabah yang cuba menidakkan semangat kemerdekaan dengan alasan bodoh.Kononnya Sabah tidak terlibat dengan sambutan kemerdekaan 31 Ogos 1957 kerana Sabah merdeka melalui Malaysia pada 16 Sepetember 1963.Saya tidak perlu komen pada individu2 ini kerana mereka adalah orang2 yang cukup terpelajar kalau istilah kampung mereka2 ini adalah golongan yang " ada utak". Kita harus memberi pemahaman erti kemerdekaan kepada anak2 kita.Pada mereka kita semai dan tanam semangat merdeka.Jika anda seorang pelajar atau mahasiswa, maka tanamkan dalam diri anda semangat juang kemerdekaan untuk menggali ilmu yang lebih banyak lagi, kemudian mengembangkannya secara bebas dan bertanggungjawab, dengan didasari nilai-nilai agama yang benar. Atau Jika anda seorang pekerja, maka tanamkan dalam diri anda semangat juang kemerdekaan untuk bekerja dan bekerja lah dengan seikhlasnya demi kemajuan bangsa ini. SALAM MERDEKA UNTUK WARGA SAM DAN SALAM 1MALAYSIA!!

13 comments:

SANGURU said...

anak2 Malaysia berjaya di rantauan, jiwa perantau, jiwa merdeka....

Umar al-Longobi said...

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. memang baik lagi di negeri sendiri, tapi merantau dulu. kumpul `emas` banyak2 kemudian baru balik ke negeri sendiri. hehe...

NONG said...

megahnya jalur gemilang ada d negara matahari terbit...
TAHNIAH illie..tak pernah lupa asal usul.

RIDWAN.ct said...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ILLIE KAU TATAP ANAK MALAYSIA.....

SANGURU said...

gang2 putrajaya, inilah dia DJ Lugu utara.fm. Berjiwa patriotisme.

Anonymous said...

anony fr. KK said:
I proud of u #Djlugu fr. Kyoto jepara?
I kagadesuka.

Little Mike (LM) said...

selamat hari lahir malaysiaku ke 52. Salam merdeka 1Malaysia. sejarah kemerdekaan tidak pernah mengkisah perjuangan yang mudah sebagaimana harmonisnya kita pada hari ini.. generasi muda mulai lupa keperitan bagaimana Malaysia bertapak di atas darah pejuang. Sayang kalau sejarah kemerdekaan tidak lagi menjadi 'kitab pengetahuan dan inspirasi' dalam minda generasi akan datang...

mka said...

DJ LUGU jangan lupa kasi makan anak2 kita lombiding...

SANGURU said...

mka, ades tuan, kepingin lombiding...

azirulgcarl said...

Malaysia Boleh. Walaupun dimasa saja berada!!!!! Sabah boleh!!!

One said...

Ngamlah Illie, mesti sentiasa menjunjung negara sendiri walaupun di perantauan.

Anonymous said...

Kita d Sabah/Sarawak merdeka
melalui Malaysia dan Pembentukan nama Negara kita Malaysia memanglah pada 16hb September 1963. Bagi Negeri Sabah/Sarawak kita sebenarnya Merdeka hanya 46 tahun yg lalu...Tetapi Pemimpin Malaya mahukan kita ikut kemerdekaan Malaya pada 31hb Ogos 1956.Pembentukan Negara Malaysia ni d buat d Padang Bandaran Merdeka Kota Kinabalu pada 16hb September 1963....Itulah Sejarah Malaysia tercipta...

SANGURU said...

Sabah merdeka sebelum pembentukan atau pengumuman hari Malaysia, tapi perkara ini tidak dibesar2kan...