SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, August 16, 2009

SAM Tetap No. 1 Di Marudu!

Berdasarkan reaksi yang diberikan oleh YB. Anita Baranting (Adun N. 5 Tandek) semasa ditemubual dalam program "48 Jam Bersama DJ Utara.FM" semalam, memberikan petunjuk bahawa SAM memang mendapat perhatian daripada majoriti rakyat Kota Marudu. Termasuk dari kalangan pemimpin berprofil tinggi. Beliau juga menyatakan prinsip keterbukaannya di dalam menerima sebarang kritikan daripada siapapun demi kesejahteraan rakyat khususnya di N. 5 Tandek. Bercakap di Marudu Inn, beliau sempat memberikan penghargaan kepada bloggers Marudu khususnya bloggers SAM yang diterajui oleh Cikgu Androd Sadian. Terima kasih YB. atas kesudian meluangkan masa bersama mendengar dan merasa denyut nadi rakyat Marudu khasnya dan Utara Sabah amnya. Permata Bangsa amat menghargainya.

14 comments:

Anonymous said...

BALIKBALIK ANROD.BALIKBALIK ANROD,TIADA NAMA LEN KAH???

SANGURU said...

hmm...nta la anony, x pernah sy kempen sebut2 nama sy yg kerdil, tp mgkn salah sy sebab x larang orang sebut nama sy, sebagaimana SAM x pernah larang anony2 masuk ruang komen ni...

Umar al-Longobi said...

Tq Sdr/i Anon.

Cuba kunun kau tanya sama YB kenapa beliau sebut nama "Cikgu Androd"... :-)

Penghargaan wajar diberikan kpd mereka yg telah berkorban demi rakyat dan negaranya. Tidak diminta pun, penghargaan itu akan datang sendiri.

Tahniah sekali lagi kepada semua yg terlibat di dalam menjayakan program 48. Teruskan!

Anonymous said...

Tanpa nama; ada lagi ba nama2 urang2 kuat d utara ini antara dia...dj.aldusuni, dj.rumput, dj.siput,dj.kupang,dj.mka,dj.tom,dj.nong dan semua pangarang SAM, Komuniti utara sabah.... dan banyak lagi. ko pili saja mana satu ko mau..? pikiran diurang macam2 ada, pintar2, cuma inda jadi YB, cuma inda jadi jutawan, cuma inda jadi tarkanal.... tapi inda lama lagi diurang akan ternama....inda lama lagi diurang akan pigang ini UTARA . INDA parcaya ka ? inda apa....yg lain ini d sebut juga nama diurang, jangan susa .....tingok saja karaja diurang masing2

cuma indada yg kasi lambungm, indada yang kasi puji2, kecuali yang minta puji.... mangkali tercari-cari itu pujian.....tapi antara diurang2 suda pasti inda sala katawa2,senyum2,guyang2 kaki minta puji atas barjayanya siaran 48jam ....

mr.aki pun subuk2 juga karaja diurang masa siaran bah...indada nama ko saja yg inda datang....

Anonymous said...

Khusus untuk warga SAM:

Teruskan perjuangan untuk bangsa KM sehingga selesai. Seperti seorang 'successful motivator' berkata "Where you start is not as important as where you finish."

Sehingga hari ini SAM sudah melakukan beberapa perkara hebat namun mungkin dianggap remeh oleh orang lain. Biarkan sebab orang yang berpengalaman berkata " The difference between a big shot and a little shot is that a big shot's just a little shot that kept on shooting"

so keep shooting SAM!

SANGURU said...

tarus saja jalan ini. umpama bas mini KK-Telipok-Menggatal. Baranti sakejap hanya untuk AMBIL PANUMPANG.
Bah kaaaa...

Utama.FM
macam biasa juga bah!!!

ming2elly said...

SAM tetap mara ke hadapan...!

Perjuangan Tetap di teruskan!

Little Mike (LM) said...

berjalan sama dipapah, berganding sama memikul... konsep SAM KUSNET tidak akan luntur dek kata-kata yang 'enggan mesra' dengan beberapa langkah besar SAM-KUSNET.. teruskan MANTAP!!! atur dan lulus kawan2... :)

rumputt said...

SAM memang mantap dan layak diangkat untuk No. 1 :)

SANGURU said...

besar kecil ada gunanya. Cuba renung aksara ini: MaNtoP. - ada huruf BESAR, ada huruf kecil. Tanpa huruf kecil? - tuan/puan fikir/jawab sendiri.
So, yg huruf kecil, bila x berapa kena highlight oleh orang yg x nampak, harap sabarrrr...sebab rakan sebelah (huruf besar) syg anda dan tahu menghargai anda...insyaAllah...

SANGURU said...

dlm perjuangan, sedaya upaya sudah sy melow profilekan diri. D lohan misalnya, sy dah betapuk d baris belakang wpn secara protokol, sy patut duduk sebelah pak lah. Namun akhirnya, Tuhan menentukan, sy berdiri d sisi pak lah, dan pak lah tepuk2 bahu sy. Sy cerita ini utk bahan renungan. Sy ulangi: UNTUK KITA RENUNGKAN...
(singkirkan debu...kata ebit g. Ade...)

SANGURU said...

impian sy: setelah pelita telah dihidupkan dan cahayanya telah menerangi...sy ingin pergi jauh...agar tidak perlu lg org menyebut2 namaku. Ini dunia sementara wahai sahabat2. Amat fana dan memperbodohkan kita. Apa blh buat, wpn persingahan...antara kita mesti ada yg BANGUNNN:..

Carl S. Adun said...

Syukur la...sinar keterbukaan nampaknya mula menjelma...tahniah sang guru...untuk anynomous..he...he...you're really provocative in a way that we take your comments & criticism as a means of checking & balance...padas jga kritikan ko ya anynomous...ha...ha..

SANGURU said...

saya tidak mengalah/tunduk kepada provokasi, kalaupun saya menunduk adalah kerana saya suka menunduk. Tidak tahu bila, tapi memang dalam perancangan untuk BERSARA, bermain di arena lain pula. Mungkin di pisuk-pisuk surau. hehehe...so, kabar baik untuk yang berkenaan?

Bagi saya, memadailah apa yang telah saya buat. Saya sudah enjoy dan berbahagia. Dunia...dunia..lawak.