SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, August 6, 2009

SEBAHAGIAN KAJIAN BERHUBUNG CUKAI OLEH MDKM

Berikut sebahagian daripada hasil kajian saya berhubung cukai pintu yang dilaksanakan MDKM kepada penduduk kampung. Pertama. Setiap undang-undang kecil yang dibuat oleh MDKM ianya perlu merujuk kepada perlembagaan dan perundangan sedia ada. Terdapat dua tatacara akta boleh dirujuk iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Dalam Perkara 103, tiap-tiap undang-undang kecil, kaedah atau peraturan tidak boleh dikuatkuasakan sehinggalah disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Kerajaan Negeri Sabah dan kemudian disiarkan dalam warta. Sebagai contoh mewartakan kawasan kampung secara tiba-tiba sebagai kawasan termasuk dalam perbandaran atau Majlis Daerah, mengenakan cukai pintu sedangkan tiada warta dibuat sebelumnya, sedangkan adalah menjadi kesalahan sekiranya setiap perihal kuasa undang-undang dibuat tanpa merujuk enekmen yang sepatutnya. Kedua. Merujuk perlembagaan bab 8, pemakaian bagi negeri Sabah dan Sarawak, perkara 95E (Fasal 3 - dibawah perkara 92, tiada kawasan didalam daerah atau negeri itu boleh diisytiharkan sebagai suatu kawasan pembangunan bagi maksud apa-apa rancangan pembangunan tanpa persetujuan Yang Dipertuan Negeri / Gabenor / Raja / Sultan. Ketiga. Perkara 142(1) seseorang yang merasa terkilan atas mana-mana alasan berkaitan cukai atau kadar dikenakan Majlis atau PBT, ianya boleh membuat bantahan secara bertulis kepada Majlis atau PBT dan Kerajaan Negeri selepas 14 hari warta dikeluarkan. (contoh dalam surat khabar dan papan kenyataan Majlis atau PBT) Namun didapati tiada warta atau pengesahan persetujuan sebagai lampiran untuk diwartakan oleh MDKM. Keempat. Perkara 142(3) PBT atau Majlis (MDKM) tidak boleh memutuskan nilaian kadar sesuatu cukai sekiranya belum mendapat surat pengesahan senarai nilaian mengikut subseksyen (1) untuk diputuskan. Kelima. Jika terdapat pihak yang ingin mempertikaikan sesuatu keputusan Mahkamah rendah berhubung bantahan dibuat, rayuan boleh ibuat di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu denan cara usul permulaan perkara 145. Rayuan akhir juga boleh diteruskan ke Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan ketetapan muktamad sekiranya perlu.

12 comments:

SANGURU said...

pembaca/rakyat patut berterima kasih pd sdr atas pendedahan ini . Semoga rakyat lebih celik hukum/undang2....

SANGURU said...

masalahnya sekarang, menurut tuan DO, kampung2 yg terbabit sudah diwartakan sejak tahun 80-an. Sekarang pihak MDKM sudah buat penilaian cukai pintu d cukai tanah yang perlu dibayar. Rakyat terkejut, marah, kecewa dan hilang punca. Ada juga bbrapa org yang suka sebab nilai hartanah mereka akan melambung. Ni la orang yg penting diri....

SANGURU said...

Ramai yang tidak tahu perkara ini kecuali orang2 kampung yang terlibat. Cth: kg. Tondig, kg. Tingkalanon, kg, bunsadan, goshen, lotong dll. Saya pun baru tahu perkara ini bulan lepas selepas mendengar orang2 kampung berkenaan mulai bising...

SANGURU said...

harap disiasat siapa yang terlibat mewartakan kampung2 ni sebagai kawasan perbandaran sejak tahun 80an. Untuk makluman sahabat2 d KL, tahun 80an, KM dan Tandek sangat2 daif, sekarang dah ok sikit tapi masih daif dan naif.

SANGURU said...

oya, sejak isu cukai disiar dalam SAM, tiba2 ada lampu jalan depan rumah saya di taman perumahan, namun di kampung2? Gelappp, air paip tiada, cuma ada jalan aspal yang baru siap bulan lepas! Itupun penuh kontroversi dan SAM juga yang paparkan...

SUSAH INI MACAM BOSSSSS....

SANGURU said...

kerajaan, tolonglah MDKM, kasi peruntukan khas agar tidak perlu kutip cukai dari orang2 kampung. Betul2 belum patut kena cukai bah bossss...

MDKM, sila batalkan pewartaan itu. Atau tangguh sehingga betul2 sesuai. Mungkin 50 th dari sekarang....

SANGURU said...

mcm zikirrr pula komen2 sy ni. Mentang2 malam jumaat. Tuan/puan....memikirkan kemaslahatan rakyat pun amal juga bah tuan. JOM FIKIRRRRRR....jgn asyik dok zikir jerrr...

SANGURU said...

Tuan DO, YB, MP...jgn marah. Bukan niat melawan atau memperlekeh. Saya sahabat tuan2 dalam menyayangi rakyat dan membangun daerah ini. Mungkin cara kita berbeza. Biarlah berbeza, asal utk kebaikan...

SANGURU said...

Datuk max, terima kasih kr telah membawa kes ni dalam meting. MDKM....eloklah dibatalkan niat2 nak kutip cukai. Kutip dlm kawasan pekan/perumahan saja. Jgn kutip dari org kg2....
JANGAN!JANGAN!!JANGAN!!!

Anonymous said...

ada kwn yg bagi cadangan.... dia bilang, "kana bikin 'sesuatu' pd 'key personnel' dlm MDKM yg mo kutip cukai dr org2 kg". nampak extreme pla tapi berkesan kio, pasal kerajaan pun bikin mcm itu juga... mimang bkesan.

MDKM ka sepa ka, kutip la bah cukai2 yg inda patut dr org kg. sa tingu sija 'key personnel' di MDKM 'gone with the wind'. hehehe....

Umar al-Longobi said...

terima kasih atas pendedahan dari segi perundangan. kata kuncinya di sini adl tentang "pewartaan". semacam berlaku kesilapan di dalam pemilihan kawasan utk diwartakan pada tahun 80an. mungkin juga kws2 itu dicadangkan sbg kws perbandaran. tapi, tidak kesampaian? jadi, perwartaan itu perlu dikaji semula. atau siasat kemudian jelaskan kepada rakyat KM. sebab dari segi pembangunan dan kemudahan yg dibekalkan, kg2 itu nyata belum layak dicukaikan. harap yg berkenaan bertindak secara profesional.

Little Mike (LM) said...

kalau ada 'pewartaan' sekitar tahun 80-an maknanya, ikut logik seawal tahun 80-an kampung2 kita sudah lama nampak tanda-tanda MAJU kan?. sekarang era milenium, rupa2nya status kampung kita sebagai kawasan PERBANDARAN sudah melangkaui 25 tahun(ikutkan lebih 25 tahun tuu...)

Bukan ka ini sebenarnya satu gambaran kawasan kita KETINGGALAN lebih 25 tahun ke belakang dengan negeri lain????

TIDAK HAIRAN LA KENAPA KOTA MARUDU DI COP ANTARA DAERAH TERMISKIN DI MALAYSIA! Nak pungut cukai lagi? Hak rakyat yang sepatutnya mulai dikecapi 25 tahun lepas bagi dulu ba sama kampung-kampung ba.... mcam mana MDKM?

25 tahun lepas.... ini zaman parti hmmmm.... fikir sendiri la. (Penjelasan: sentimen begini bukn bermaksud mempertikaikan perjuangan anda tapi saya ingin bertanya BANGGA ka dengan pencapaian selama ini?? MDKM tidak juga boleh dipersalahkan sepenuhnya.... Tapi klu MDKM tutup mata juga, masih mau pungut cukai... macam ni la jadinya...