SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, August 20, 2009

Sekitar Hari Peladang Kota Marudu Di Pekan Tandek

Ucapan pembukaan pengerusi penganjur Ybh En. Jaimbol Dangus, antara lain menyentuh mengenai persepsi masyarakat terutama orang muda terhadap industri pertanian desa. Katanya, ramai belia berpendidikan tinggi lebih suka berhijrah ke kota untuk mencari rezeki. Beliau mengajak supaya orang muda melangkah berani untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian dan mempergunakan sepenuhnya peluang yang disediakan oleh Peladang.
Intipati ucapan YBh. Datuk George Sangkin menyentuh mengenai keluhan-keluhan yang dihadapi oleh petani akibat kekurangan sumber air. Beliau juga menyeru supaya Tandek diberi perhatian sewajarnya dari segi pembangunan kawasan dan mahu supaya wajah dan landskap Tandek diubah, yang menurutnya ketika ini 'merimaskan' dan dilimpahi semak-samun. Di samping itu Datuk George juga menyeru supaya masyarakat mendaftar menjadi ahli Persatuan Peladang. Menurutnya, banyak faedah menjadi ahli melalui program-program yang diatur oleh Peladang.
Senator Datuk Maijol Mahap ketika menyambut ucapan balas berjanji untuk membawa perkara ini di ruang parlimen dan dengan kapasitinya sebagai senator, suntikan teknologi pertanian termasuk kaedah-kaedah lain yang mampu mempertingkatkan nilai produktiviti pertanian akan dibawa masuk ke Kota Marudu.
Acara penyampaian cenderahati oleh pengerusi penganjur En. Jaimbol Dangus kepada Senator Datuk Maijol Mahap sambil diperhatikan oleh Datuk George Sangkin.
Senator Datuk Maijol Mahap bertanyakan sesuatu kepada peserta mengenai produk baru baja. Sambil memuji, beliau melahirkan penghargaan dan rasa bangganya kepada peserta kerana memiliki minda inovatif, mengetengahkan idea-idea baru dalam membantu industri pertanian desa.
Suasana ceria menyelimuti suasana pesta Hari Peladang Kota Marudu. Pelbagai hasil pertanian yang bermutu dipamerkan serta dijual dan berjaya menarik perhatian pengunjung pesta
En. Padis, antara tetamu pesta Hari Peladang tertarik dengan mutu sayur yang dijual dan tanpa berlengah membeli sebagai tanda sokongan kepada usaha para penggiat industri pertanian desa.
Nota: Ucapan tahniah kepada pihak penganjur kerana berinisiatif mengadakan program seumpama ini dengan memilih Tandek sebagai lokasi tapak pesta. Ini sekaligus dapat mengembalikan bayangan kegemilangan Tandek silam. Harap Tandek terus antara lokasi perhatian penganjuran akan datang dalam sebarang acara peringkat daerah dan pada masa yang sama membuka mata pihak tertentu untuk melihat sendiri suasana 'terbiar' menjadi titik tolak idea memajukan Tandek mengecapi sekali lagi waktu-waktu gemilang zaman silam dan melakarkan wajah Tandek di peta kemajuan pembangunan.

3 comments:

One said...

Apakah bentuk peluang yang disediakan oleh Peladang. Mungkin ramai anak2 muda yang tidak tahu peluang ini.

Carl S. Adun said...

Teringat pula masa masih kerja dengan Lembaga Pertubuhan Peladang sekitar 94 & 95....banyak peluang tu...datang sja ke PPK Kmarudu...jadi ahli

Carl S. Adun said...

Ya, landscap pekan Tandek harus "diupgradekan": auranya tidak lagi seperti dulu ketika pakan Tandek masih berada di lokasi lamanya (di tepi sungai)-keadaan sekarang cukup merimaskan...