SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, August 8, 2009

SMK PINGGAN-PINGGAN TERBAKAR?

PITAS, 8 Ogos 2009 : SMK. Pinggan-Pinggan yang terletak berhampiran dengan jalan raya utama Pitas - Kota Marudu hampir terbakar disebabkan pembakaran terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kebakaran yang bermula dari puncak bukit berhampiran telah merebak ke kawasan antara bangunan flat guru dan surau sekolah itu.

Setakat ini, tiada kerosakan harta benda yang dilaporkan. Walau bagaimanapun, kebimbangan kejadian ini berulang menghantui guru-guru sekolah ini kerana masih terdapat api lain yang masih marak di kawasan atas bukit yang berhampiran dengan sekolah ini.

Gambar menunjukkan asap tebal yang menunjukkan masih terdapat api yang berkemungkinan akan merebak ke sekolah ini atau mungkin akan membabitkan kampung yang berhampiran.

Sumber: Komuniti Utara Sabah.

3 comments:

Tulunbunou said...

Pembakaran terbuka mengancam nyawa, merosakkan habitat semulajadi,menambah kesan rumah hijau dan menyebabkan jerebu yang boleh mengakibatkan jangkitan salur pernafasan,menyukarkan penglihatan

PELIHARA ALAM WARISAN KITA

YAJORYOBUK said...

inilah kalau tidak faham ba..
tidak faham perkataan "Elakkan Pembakaran Terbuka". Kemarau2 begini pun mau juga membakar. Kalau ada korban nyawa bagus kalau boleh tanggung..
Kalau saya ini ah, saya cari siapa yang mulakan pembakaran.Kasi CUCI habis2 utak dia.
Semoga perkara seperti ini tidak berulang..

Anonymous said...

tiada jg mati?