SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, August 14, 2009

TAZKIRAH DIRI...

HARI Jumaat yang berkat, eloklah kita rehat-rehat dulu dari bertikam lidah, tambahan pula pihak SAM dan Kusnet (Komuniti Utara Sabah)serta Utara.FM sedang sibuk mempersiapakan diri untuk program "48 JAM BERSAMA UTARA.FM" yang bermulai jam 6:00 pm hari ini dan berakhir 6:00 pm Ahad. Besok pun hari Sabat bagi penganut agama Kristian. Ngamlah beri peluang pihak berkenaan memperhalusi pasal cukai demi kebaikan penduduk di kampung-kampung kita. Bagi pihak SAM dan rakan-rakan NGO, kami memohon kemaafan kiranya perjuangan kami agak keras dan seperti "ANTI-PEMBANGUNAN", sebenarnya bukan begitu niat di hati, bahkan kami ingin melihat pembangunan kepada semua khususnya daerah tercinta, Kota Marudu.Tidak terdetik di hati kami untuk menganiaya atau menjatuhkan sesiapa, namun adat berbicara, adakalanya tutur kata biasa dianggap luar biasa oleh orang lain yang berkemungkinan tidak memahami atau berprasangka. Sama-samalah kita mengelak prasangka, kerana PRASANGKA hanyalah PRA. Sudahlah peringkat PRA, cuma SANGKAAN semata-mata pula. Yang perlu kita lakukan sekarang ialah BERSANGKA BAIK dan berkerjasama dimana yang boleh untuk kebaikan kita bersama di Marudu, di Sabah, di Malaysia... Oya, berbalik kepada tazkirah (peringatan diri), barangkali baik juga kalau saya kongsikan satu ayat yang secara tidak sengaja saya terbaca (?) dalam kitab Al-Quran tadi: "Dan, apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa..." (Surah Fushshilat: 51) Adessss....saya terpana, terkedu dan terkesima sebenarnya, kerana saya antara manusia/insan yang dimaksudkan itu. Inilah antara berkat Hari Jumaat barangkali. Wasalam, salam sayang salam perpaduan. "MAAF ZAHIR DAN BATIN"

2 comments:

Umar al-Longobi said...

jauhi prasangka, bina keyakinan & gapailah kejayaan!

Anonymous said...

Syabas dan Tahniah d atas tertubuhnya SAM ini. Apa yg terbaik saya ingin membuat usulan kepada SAM berkenaan dengan Pengeluaran Maykad dan Surat beranak kepada Warga Philipine.Indonesia,Pakistan d negeri Sabah ini, Supaya SAM menguar uarkan d dalam SAM dan Utara FM tentang perkara yg serius ini. Ini bukan sahaja merugikan kepada Rakyat d negara Malaysia malahan ini adalah satu Penghianatan kepada orang2 Melayu dan Bumiputera d negara Malaysia ini.Perkara ini masih dan sedang berjalan lagi.Janganlah d gadaikan HAK kita Warganegara Malaysia kepada PTI ini."KERA D HUTAN TAK USAHLAH D SUSUKAN"....