SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, August 21, 2009

TAZKIRAH DIRI...

7.40 am: Pagi Jumaat yang dingin kerana kelmarin hujan lebat hampir seluruh Tandek/Kota Marudu. Telah menjadi rutin pagiku setibanya di pejabat - melihat surat-surat baru atas meja, buka buku catatan harian untuk lihat tugasan perlu dibuat, dan......kemudian, jika ada kelapangan, buka komputer untuk baca blog/akhbar, dan jika tiada tugasan segera, akan ambil masa sekejap untuk menulis. Tadi semasa membelek-belek al-kitab (Quran) di atas meja, secara tidak sengaja terselaklah hal. 303, surah At-Taubah, dan mata saya terus terpaku pada ayat ke-128 yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu,amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu'min". Ayat di atas, ada yang perlu tafsiran oleh yang ahli, ada juga yang boleh difahami oleh orang-orang biasa termasuk saya dan sdr/i. Ada TIGA yang menarik perhatian jiwaku. Pertama, "dari kaummu sendiri". Sebagai yang Maha Bijaksana dan Maha Adil, tentu ada sebab-sebab mengapa Tuhan memilih seseorang rasul atau pemimpin dari kalangan kaum yang dipimpin. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana sdr/i tentu sudah maklum atau biarlah sdr/i mengkajinya... Kedua, "sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu...", rasul dan para pemimpin mulia sememangnya ada sifat ingin membawa kebaikan, keselamatan, kesejahteraan, kemajuan dan sebagainya kepada umat atau rakyat yang dipimpin. Tentu tidak manis jika jadi pemimpin tetapi tiada gagasan yang sungguh-sungguh untuk membawa kebaikan kepada kita. Dan amat menyedihkan jika pemimpin mengabaikan rakyat, atau lebih fokus kepada perkara-perkara lain. Ketiga, "amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu'min", s seperti yang kita maklum rasul dan para pemimpin yang terpuji, jiwa mereka memang ditakdirkan ada sifat pengasih, penyayang, empati, simpati dan sebagainya. Maka yang demikian, wajarlah bagi mana-mana pemimpin kita bersifat demikian jua atau bilamana tiba peluang untuk kita memilih pemimpin, wajarlah kita memilih....(sdr/i sambunglah sendiri)... 7:05 am. Cukuplah di sini. Aku telah menggunakan beberapa minit masa kerja pejabatku untuk menulis, tapi rasanya ini jauh lebih baik dari duduk di kantin/cafe.

3 comments:

Sulaiman Hanim said...

Salam Bro...Tazkirah, Tazkirah juga. Enjoy, enjoy juga tetapi pendatang asing d berikan Maykad Malaysia baru sampai d negeri/negara Malaysia 3 bulan sudah dapat IC ni bukan sahaja Tazkirah pengubatnya...Tetapi pemikiran positif dan Blog2 yg bisa membuatkan rakyat dan masyarakat menyedari terutama sekali pemuda/pemudi d Zaman IT lah penyambung PENGERTIAN sebenar untuk mencegah kita kena gadai d dalam negara sendiri oleh Pemimpin Penghianat masa kini !!!

Umar al-Longobi said...

Tazkirah (peringatan) yg cukup baik!

SH,

Peringatan itu amat berguna kpd setiap manusia yg yakin kepada penciptanya. Jadi, x salah memberikan peringatan sesama insan. Semoga peringatan itu akan bisa melahirkan anak2 Marudu yg berjiwa pejuang utk menyelesaikan isu IC yg SH usulkan. Perjuangan itu berperingkat... Sabarrr. :-)

SANGURU said...

S:H,
Isu IC Palsu SAM x sentuh kerana SAM suka papar 1st hand data. SAM x punya sebarang data sahih tentang perkara ini.
Syabas kr selalu timbulkan isu ini. Jika sdr punya bukti elok sdr kemukakan kpd pihak berkenaan.
Saya pernah buat tesis pasal PTI ni dan study kes mahkamah (NLikas, KK). nnti la sy crita yaaa...