SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 31, 2009

Teori M-A-R-U-D-U

Jangan marah, ini cuma teori politik. Baiknya ada teori adalah, kita boleh melihat pelan peralihan kepimpinan sesebuah kawasan. Kemudian wujudlah harapan. Ya, walaupun mungkin ia hanya akan kekal sebagai teori. Dulu saya telah mencadangkan Teori M-A-X-I-M-U-S. Haha... seperti yang saya ramalkan, ramai pembaca yang tersengih. Namun, ada juga beberapa sosok anak Marudu yang memandang serius teori ini. Sebenarnya teori ini merupakan jawaban tentang siapa 'Sukarno' Marudu dan bila kemunculannya. Namun ada yang tidak berpuas hati. Mungkin kerana kurang bersetuju nama Ahli Parlimen P. 168 digunakan sebagai asas teori tersebut. Baiklah, apa kata kita lihat satu teori lagi. Teori ini lebih adil kerana tidak menggunakan nama indvidu tertentu tetapi nama daerah yang tercinta ini. Teori itu adalah, Teori M-A-R-U-D-U. Teori ini tidak berkaitan dengan 'Sukarno' lagi. Tapi ia merupakan jawaban kepada persoalan, siapakah pemimpin (Ahli Parlimen P. 168) di Kota Marudu selepas YB Datuk Max. Jawabannya terdapat di dalam perkataan "Marudu" itu sendiri. Cadangan saya adalah seperti, M(Maximus)-A(?)-R(?)-U(?)-D(?)-U(?). Saya menjangkakan, pemimpin "A" akan mengambil alih kepimpinan pada PRU-13 akan datang. Siapakah mereka (?) itu?, tidak pasti. Kalau saya namakan di sini, nanti ada yang berkecil hati pula, haha... Apa yang pasti, bloggers KM yang mungkin juga mewakili suara rakyat rata-rata inginkan pemimpin dari kalangan anak watan Kota Marudu. Sekarang mari bersama kita mencongak, siapakah si "A" itu. Cuba lihat di sekeliling anda, mungkin mereka di antara calon yang bakal mengisi kekosongan itu. Jika anda yakin dialah orangnya, angkatlah dia dan berikan sokongan sepenuh hati. Bukan ramai pun anak watan Kota Marudu yang berani dan bersedia mengorbankan segalanya untuk terjun ke dunia politik. Boleh dibilang dengan jari. Bererti, tidak sukar mencari calonnya. Sama-sama kita nantikan kemunculan mereka di persada politik Kota Marudu!
Nota: Nama saya bermula dengan huruf "M" bukan "U". So, jangan memandai-mandai mengatakan saya masuk bakul angkat sendiri, hehe...

15 comments:

Lombiding said...

JARANG2 MANUSIA BETEORI.TORI INI KRETIP WALAUPUN BULUM PASTI JADINYA @ TIDAK,CUKUP MEMIHAK PADA SUGEST AGAR ANAK WATAN DI KASIH PELUANG...TIKUNG KAMU INIPUN APAKURANG.DUKTUR PUN ADA,KADA KAMU SIGAN2,YAKIN PADADIRI SENDIRI,RAYAT PASTI SUKUNG. GBU!

Lombiding said...

MY SUGEST SEJA YAH;

M= YB DATUK MAX
A= ANDROD,ALEXENDER,ANITA
R= ?
u=?
D=DR.JUALANG,DR.NELSON,DR.JURIN,DR.ANITA
U=?

ambaya said...

salam kemerdekaan,
saya selaku pembaca setia SAM tidak selesalah dengan cara penulisan yang ada baca selanjutnya di sini.
seolah2 menjadikan SAM sebagai pusat PROMOSI pula..
Kalau boleh, staff SAM cuba elakkan menulis dengan cara ini.tidak sesuai dengan GAHnya nama SAM.

Tambalud said...

Promosi untok barang baaeeeek punya mungkin ok kot ambaya.

R= Redza,Ridwan,Rohzan

SANGURU said...

syabas sdr umar kerana rajin berfikir utk bangsa.
Pembaca2 SAM yg sy hormati, sejujurnya sy katakan, takala aku bersuara dan berfikir, tidaklah timbul ghairah yg amat sangat utk jd pemimpin, memadailah menjadi sahabat rakyat.
Sdr umar, elakkan baca selanjutnya, habiskan saja di sini. Hehe. pembaca kepingin klimaksnya bah tu...

SANGURU said...

syabas sdr umar kerana rajin berfikir utk bangsa.
Pembaca2 SAM yg sy hormati, sejujurnya sy katakan, takala aku bersuara dan berfikir, tidaklah timbul ghairah yg amat sangat utk jd pemimpin, memadailah menjadi sahabat rakyat.
Sdr umar, elakkan baca selanjutnya, habiskan saja di sini. Hehe. pembaca kepingin klimaksnya bah tu...

SANGURU said...

sesuatu teroi misalnya rahman, menjadi kerana, 1. Takdir menyebelahi. 2. Ada kesinambungan dari R ke A ke H dan seterusnya. M ke A (Anita baranting) telah menjadi...kini ditangan A siapa seterusnya. Itu klu kes ADUN. Dan bergantung jg sama ada PBS masih relevan or not. Apapun, terus berfikir para sahabat sekalian...

Umar al-Longobi said...

okey... sudah diedit. maaf atas kesulitan. tq kpd semua pengulas. komen anda walaupun pendek, ia pasti akan membantu mencorakkan perjalanan politik di Kota Marudu.

nota: diharapkan sdr/i ambaya ni betul2 pembaca setia SAM. bukan 'perisik' kpd mana2 badan...haha. gurau ya ambaya :-)

SANGURU said...

siapapun memimpin saya dan rakyat, sayangilah kami ya. Jadilah pemimpin yang dicintai manusia, Tuhan, para malaikat dan sekalian makhlukNya. Anda boleh jika berusha ke arah itu...

SANGURU said...

Oleh sebab SAM media bantu majukan rakyat, biarlah TEORI MARUDU jd begini:
M: makanan. Fikirkan bagaimana tingkatkan kualiti makanan org KM.
A: air. Selesaikan masalah air d KM
R: Rakyat. Satupadukan rakyat.
U: Untung. Bgmana tingkatkn untung para petani, nekayan dll.
D: duit. Bgmana tingkat duit/eko rkyat KM.
U: utiliti. Tingkatkan utiliti.

Mr. Aki Abad 21 said...

M-majukan pikiran, kasi merdeka jiwa dan batin, A-angan2 saja inda jadi atau d mimpi2kan. R-rajin tangga kajayaan, U-usaha lapas itu tawakal, doa abis2an tatap dapat, D-dengki panyakit mazmumah tuhan inda suka, U-utara fm macam biasa juga ba...ini kira main2 saja tapi kalau d pikir2kan ada ilmu barguna....siapapun jadi YB d tandik inda kira, yg panting dia bakaraja untuk rakyat ....

SANGURU said...

nah kan, bagus juga usaha sdr umar berteori. Kini muncul teori2 baru yg baik2.
Syabas SANG UMAR.

Umar al-Longobi said...

1. Teori Marudu-Versi Tekong SAM
Oleh sebab SAM media bantu majukan rakyat, biarlah TEORI MARUDU jd begini:
M: makanan. Fikirkan bagaimana tingkatkan kualiti makanan org KM.
A: air. Selesaikan masalah air d KM
R: Rakyat. Satupadukan rakyat.
U: Untung. Bgmana tingkatkn untung para petani, nekayan dll.
D: duit. Bgmana tingkat duit/eko rkyat KM.
U: utiliti. Tingkatkan utiliti.

2. Teori Marudu-Versi Mr. Aki
M-majukan pikiran, kasi merdeka jiwa dan batin, A-angan2 saja inda jadi atau d mimpi2kan. R-rajin tangga kajayaan, U-usaha lapas itu tawakal, doa abis2an tatap dapat, D-dengki panyakit mazmumah tuhan inda suka, U-utara fm macam biasa juga ba...ini kira main2 saja tapi kalau d pikir2kan ada ilmu barguna....siapapun jadi YB d tandik inda kira, yg panting dia bakaraja untuk rakyat ....

3. Teori Marudu- Asal(Mr. L)
MY SUGEST SEJA YAH;

M= YB DATUK MAX
A= ANDROD,ALEXENDER,ANITA
R= ?
u=?
D=DR.JUALANG,DR.NELSON,DR.JURIN,DR.ANITA
U=?

Gabungan teori 3 versi ini akan bisa menggegarkan KM. Tapi, semua itu bergantung kepada siapa pemimpinnya. syabas kpd para pemikir... :-)

Anonymous said...

Setiap apa yang difikirkan dan diluahkan untuk kebaik dan logik kenapa ada yg masih mempersoalkannya dan mempertikaikannya. Hakikatnya rugi sesama sendiri bah...

SANGURU said...

teori marudu itu kita ajukan kpd pihak yg berkenaan. Mmg perlu diselesaikan itu. Itu masalah di KM. Saya bkn main hentam keromo bikin tu...
Harap Dtk Max d YB Anita ambil perhatian sikit. Ini masalah kita bersama.