SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, August 31, 2009

TERIMA KASIH "BOS" KERANA MENGEJUTKAN AKU...& KAWAN-KAWANKU.

OLEH: TEKONG SAM (Maaf, aku sekadar ingin berkongsi cerita...)
Tahukah tuan/puan, siapakah yang mengejutkan saya/ kita dari "gua pertapaan"? Saya harus perkenalkan "orang tersebut" supaya kita dapat mengucapkan...terima kasih...
Sebelum cerita panjang, izinkan saya cerita sikit pasal diri saya agar tuan/puan/sdr/i boleh mengerti "kenapa dan mengapa". Saya sendiri sukar menyatakan siapa dan orang jenis apa saya ini. Ada pensyarah saya gelar saya "mat revolusioner". Kawan-kawan dlm tentera cakap saya "si gila-gila", mak saya pula panggil saya "si gorompusss..." . hehehe...Memang saya tak boleh diam jika ada yang tak betul saya dengar, saya nampak atau saya rasa. Bukan sebab tidak sabar, sebab ada beza antara sabar dengan dayus dengan tuyu dengan layu dan sebagainya. Dalam banyak hal saya boleh sabarrrr...ada masa siapa pun boleh hilang sabarrrr...
Seperti juga tuan/puan/sdr/i barangkali, saya sebenarnya bukanlah kemaruk mahu jadi YB/MP....cuma saya ditakdirkan untuk meminati memikirkan politik, kerana politik itu ada kena mengenanya dengan hak, maruah, rakyat, budaya bangsa, sejarah dan kehidupan. Kerana lampau meminati dan berfikir barangkali maka semasa di tingkatan Dua saya sudah "tubuh" Parti Baru, maksud saya mencari nama dan logonya. Lucu! Saya sudah lupa nama dan logonya...Di universiti, sebagai editor beberapa majalah, memang saya "digilai" oleh persatuan-persatuan mahasiswa yang berotak politik terutamanya yang pakai "kopiah" tapi saya memilih untuk memakai "beret" (maksud saya ikut latihan pegawai tentera). Saya malas pidato di hadapan mahasiswa, bukan tidak pandai, atau takut, tapi "bikin geli-gelaman", maka saya memilih untuk dengar puisi di pasar budaya, KL. Tapi di bilik kuliah, sang pensyarah akun kalah kalau tersilap cakap pasal sejarah negarabangsa khususnya yang melibatkan Sabah, sebab saya sanggup lawan cakap pensyarah dan seluruh isi dewan kuliah (faham maksud saya?...). Dan untuk kes-kes begini...saya belum pernah ada rekod kalah di dewan kuliah, jadi pensyarah pun tentulah malu kalau menghalau saya keluar dari kuliah. Hehehe...
Keluar dari universiti, mendiang Datuk Saibul Supu (ketika itu masih PBS) sebenarnya ada mencuba untuk "menarik" saya masuk dalam dunia politik, tapi saya lebih suka bertapa. Demikian juga parti UMNO yang ketika itu diterajui oleh Datuk Saidi Suari cuba mempengaruhi saya untuk mengiatkan diri dalam UMNO namun saya masih lebih suka bertapa. Ada juga yang mencalonkan saya bertanding exco pemuda PBS tanpa pengetahuan saya. Memang lucu...apa tidaknya, saya tiada pun keahlian PBS ketika itu. Saya kata, terima kasih, saya fikir belum tiba masanya...
HABIS TU, KENAPA TIBA-TIBA JADI BEGINI???
Simple saja sebabnya. Tahun 2004 membuka cerita baru dalam hidup saya. Apa bila saya dengar ada suara-suara sumbang memperlekeh dan memperendahkan bangsa dan orang KM khususnya orang Tandek, saya sangat-sangat HAIRAN.... dan semacam BANGSAKU DIPERBUDAKKAN, DIPERKUDAKAN. Nar! Terasa seluruh jagat diri menjadi nanar!
"Tiada orang Tandek yang boleh memimpin? Tiada yang layak jadi YB/MP di kalangan anak watan Tandek/Kota Marudu/Matunggung??? Cuba bayangkan, kalau saya (orang luar) selaku YB/MP di kawasan anda sejak berpenggal-penggal, tiba-tiba bila ada desakan/ permintaan daripada masyarakat anda agar saya mengembalikan/ memberi peluang kepada anak tempatan, dengan selamba saya cakap: "tiada orang kamu yang layak..." (maka biarlah saya pegang kedua-duanya sekali lagi...kerana "perjuanganku" belum selesai) APA PERASAAN ANDA? APA DALAM DADA ANDA? NAH...INILAH KEZUTAN HALUSSS YANG MENGUSIK KHUSYUKKU DI "GUA PERTAPAAN"... (TERIMA KASIH KEPADA SANG PENGEJUT, JIKALAU TIDAK, SAYA/KAMI MASIH DI GUA-GUA...maksudku; gua-gua, lu-lu...)
Nota: Artikel ini ditulis di luar masa pejabat dan bukan ditulis atas status saya sebagai pegawai kerajaan sebaiknya sebagai seorang bloggers. Harap Maklum.

22 comments:

Umar al-Longobi said...
This comment has been removed by the author.
Umar al-Longobi said...

Nar! narr!! narrri!!! Terasa seluruh jagat diri menjadi nanar!, bergetarr!! dan bergegar!!! Kalau anak-anak lelaki Marudu tidak rasa tercabar, lebih baik sy pajak saja sarung batik kelantan di sini. bagus ramai2 kita pakai. buka seluar dan pakai sarung... dan kita bergotong-royong mencuci lampin bayi di tepi sungai. fikirkan...

ming2elly said...

kenapa harus ada lalang jika rumput dapat di jaga dengan baik???

adat resam padi, bila berisi makin tunduk... tapi, jika padi diganggu oleh sang burung dan sang siput, nescaya padi tunduk terus menyembah bumi... jika adanya "orang2" dan racun untuk menangani siput, nescaya padi tunduk dengan berisi sekali...

kalau "orang" berumah di tepi pantai, pasti "orang" itu sangat2 bersedia utnuk dilanda badai.

masih banyak pemimpin anak watan yang mampu untuk memimpin KOTA MARUDU !!!

JANGAN SEKALI-KALI CAKAP " orang kamu / KOTA MARUDU tidak ada yang layak jadi pemimpin " jadi yang sekarang tu, " LAYAK KAH ??? "

APA YANG ADA DENGAN KOTA MARUDU SEKARANG???

MAJU BERBANDING DAERAH LAIN ?

tolong lah... tolong lah " orang2 " tengok keadaan KOTA MARUDU. terutama bahagian kampung, projek di kampung... bantuan orang kampung... pernahkah ada projek yang dibuat dengan telus untuk ORANG KAMPUNG?

minta juga " orang2 " kepala atas projek ini disalurkan, datang atau hantar orang yang TELUS untuk periksa setiap projek PIAS... ya, saya sebut lagi PIAS... tolong tengok apa sumbangan projek ini dapat membantu rakyat kota marudu??? atau projek ini untuk kasi hidup .............. kita semua tahu jawapannya...

Mr. Aki Abad 21 said...

'' Nar! narr!! narrri!!! Terasa seluruh jagat diri menjadi nanar!, bergetarr!! dan bergegar!!! Kalau anak-anak lelaki Marudu tidak rasa tercabar, lebih baik sy pajak saja sarung batik kelantan di sini. bagus ramai2 kita pakai. buka seluar dan pakai sarung... dan kita bergotong-royong mencuci lampin bayi di tepi sungai. fikirkan...'' - AL- LONGOBI


MR.AKI tertarik kata2 sdr al-longobi .... karajaan nagara jipun tumbang d tangan PAMBANGKANG,akibat kamarahan rakyat karana cukai...cukai d jipun bukan tahunan tapi bulanan kana bayar...mr.aki mau tamba , cuci lampin d sungai... banyak urang suka mantapsir mimpi dari mencipta mimpi...

Mr. Aki Abad 21 said...

'' Nar! narr!! narrri!!! Terasa seluruh jagat diri menjadi nanar!, bergetarr!! dan bergegar!!! Kalau anak-anak lelaki Marudu tidak rasa tercabar, lebih baik sy pajak saja sarung batik kelantan di sini. bagus ramai2 kita pakai. buka seluar dan pakai sarung... dan kita bergotong-royong mencuci lampin bayi di tepi sungai. fikirkan...'' - AL- LONGOBI


MR.AKI tertarik kata2 sdr al-longobi .... karajaan nagara jipun tumbang d tangan PAMBANGKANG,akibat kamarahan rakyat karana cukai...cukai d jipun bukan tahunan tapi bulanan kana bayar...mr.aki mau tamba , cuci lampin d sungai... banyak urang suka mantapsir mimpi dari mencipta mimpi...

SANGURU said...

aik, terkezut saya! Sy pernah dan memang tulis artikel ini tapi bila ya....x sangka pula dijadualkan terbit ni hari. Hehehe
Nda pa la, kita anggap HADIAH HARI MERDEKA DAN PADA RAMADHAN MUBARAK

SANGURU said...

kepada orang luar KM khususnya rakan2 di putra jaya, di kesempatan lain saya akan ceritakan bagaimana sejarah pahit politik N5 Tandek/P168 boleh berlaku. Siapakah dalang2nya, bagaimana muslihat mereka dan apakah kesannya kepada mentaliti, perpaduan bangsa kami.. Ramai yang tidak tahu hal ini, tu la sebab mereka hairan kenapa anak2 KM bisingggg....

SANGURU said...

prinsipku mudah :"kalian boleh berebut-rebut DUNIAWI ini, tapi jangan sentuh NURANI bangsaku. Jangan main KARUT MARUT, jangan perbodoh2kan org sendiri"

SANGURU said...

"sebenarnya, aku/org2 sptku ini hanyalah pejuang, bila nanti "kemerdekaan" itu datang, orang lain juga akan berlagak hero dan mengaku pejuang dan bakal diangkat memimpin kita. Saya tidak kisah selagi tanahku, bangsaku dipimpin oleh anak watanku. Demi untuk merdeka, aku tidak boleh meletakkan terlalu banyak syarat...dengan berbagai syarat, dia akan memanipulasinya utk terus berkuasa"

SANGURU said...

sekadar penjelasan, "kawan2ku" adalah merujuk kepada gerakan 2004"& 2008 (Tandek for tandekian) dan bukannya staf SAM. Saya punya beberapa sayap perjuang senyap yg boleh diaturgerak utk pro siapa.... Saya tidak pernah berpakat dengan mana2 penulis SAM utk bersetuju denganku. namun kebetulan saja, kami akhirnya boleh menari dengan rentak yang sama...jd penulis SAM sekalian, jgn risau, kalian bebas...

gundohing km said...

..adakah anak jati Sepanggar juga menentang Datuk Jainab yg kononnya bukan anak watan sana atau Datuk Abdul Rahman MP KB pun dengarnya dari Tuaran..

SANGURU said...

kes Tandek lain tuan...kami bukan anti orang luar, sesekali tidak...tentu ada sebab mengapa orang Tandek bising...
Kawasan lain, itu saya/kami no komen, jika mereka berpuas hati dan mahu begitu, itu terserah. Kami tidak! KM antara daerah termiskin d malaysia, dan ada banyak kebobrokan, manipulasi, taktikal, dll.

Tuan Cobra said...

Kepada adik2 ku yg masih mentah d dalam dunia politik sebenar(Bukan abg bermaksud merendah2kan kerir anda d dalam berpolitk)tetapi anda masak dan matang dari segi berfikir kearah jalan berpolitik...Reformlah diri anda terlebih dahulu dan berjinak jinaklah anda d dalam Platform parti yg mana anda inginkan.Tidak kirapun juga parti yg mahu d sertai,BERSIHkan diri anda dari luar dan dalam terlebih dahulu...Kerana itu adalah jalan pintas untuk anda naik keteraju kepimpinan peringkat Kampong,Bahagian dan Negeri...Seandainya anda sudah punya Academy yg bagus,Perangai yg bagus,mesra rakyat yg tidak d buat2seperti melakon,Perasaan tidak Riak dan bongkak,boleh makan/minum bersama sama rakyat d Kampong2 tidak lokek bersedekah dan beramal jeriah dan jiarah kepada yg memerlukan apa juga Ras Rakyat d KM,tidak ada perasaan pilih bulu d antara suku kaum Ras & agama (Islam,Kristian,Pagan,
Buddist) dengan rakyat/masyarakat d daerah KM maka ciri2 ini sudah memperlihatkan anda tidak lama lagi akan muncul menjadi Pemimpin d KM dan bersedialah untuk memimpin.Seandainya syarat ini sudah ada tertanam d dalam jiwa senubari adik2 maka anda pasti akan menjadi pemimpin yg d segani,d senangi dan d sayangi pada suatu hari d KM,Insyallah....

SANGURU said...

tq kunjungan bro tuan cobra. Komen yg bagus Kpd yg mau berjinak2 dgn politik dan yg telah jadi pemimpin. Matang berpolitik tidak menjanjikan boleh menjadi pemimpin yg baik. Matang berpolitik blh buat seseorang pemimpin lebih bijak kekalkan kuasa dan lebih licik mainkan rakyat. Itu realiti yg saya nampak.

SANGURU said...

saya harap komen tn cobra bukan ditujukan kpd adik2 dlm SAM. Jika ditujukan, rasanya orang SAM tidak terlalu miskin dlm apa yg dinasihatkan oleh tuan, misalnya ttg hubungan baik dgn semua kaum, blh minum dgn semua kaum, x lokek, dll. Cuma kami mmg bkn otak politik, kami hanya sahabat rakyat.

SANGURU said...

Untuk makluman pembaca SAM yg x ikut dari mula, Setakat ini SAM telah paparkan sambil bantu selesaikan masalah rakyat berbagai kaum. Tiada pilih kasih kerana SAM media alternatif. Cth: kes jalan, kes projek cincai, kes cukai, dan beberapa kes individu dusun, cina, bajau. SAM juga berbagai kaum dan agama. SAM jg ada hubungan baik dgn pemimpin dan agensi kerajaan.

Mr. Aki Abad 21 said...

pandangan yg bagus....mr.aki suka ulasan COBRA walaupun padas dan panas....sambal balacan kalau inda cukup ramuan itu bukan sambal namanya....sambal sadapppp pasal semua jenis parasa ada, makanya sadap bikin buka salira makan....

SANGURU said...

yap. Sy jg x ada masalah dgn ulasan panas dan pedas, bahkan saya respek org yg berani tegur . Saya dah Lali dgn kutuk puji. Cuma saya sebagai tekong kena rajin perjelaskan...utk kebaikan SAM dan staf SAM. Itu antara tugas saya.

Anonymous said...

Reformlah diri anda terlebih dahulu dan berjinak jinaklah anda d dalam Platform parti yg mana anda inginkan.Tidak kirapun juga parti yg mahu d sertai,BERSIHkan diri anda dari luar dan dalam terlebih dahulu...Kerana itu adalah jalan pintas untuk anda naik keteraju kepimpinan peringkat Kampong,Bahagian dan Negeri...Seandainya anda sudah punya Academy yg bagus,Perangai yg bagus,mesra rakyat yg tidak d buat2seperti melakon,Perasaan tidak Riak dan bongkak,boleh makan/minum bersama sama rakyat d Kampong2 tidak lokek bersedekah dan beramal jeriah dan jiarah kepada yg memerlukan apa juga Ras Rakyat d KM,tidak ada perasaan pilih bulu d antara suku kaum Ras & agama (Islam,Kristian,Pagan,
Buddist) dengan rakyat/masyarakat d daerah KM maka ciri2 ini sudah memperlihatkan anda tidak lama lagi akan muncul menjadi Pemimpin d KM dan bersedialah untuk memimpin.[TN.COBRA]

Salam Tn. Cobra.
Saya tertarik dengan ulasan ni. Baik untuk semua . Saya rasa, ulasan ni ditujukan untuk semua warga SAm & tidak khusus. Oleh kerana Tn tujukan kepada adik2, saya rasa, tn. ni mungkin sudah berumur atau...Apapun, umur x penting bagi saya tapi isi yang mau disampaikanlah yang terpenting. Tn Sangguru & Mr. Aki, tidak ada cabai panas pun dalam ulasan ni bahkan isinya penuh motivasi sebab diakhiri dengan ayat:-

".....ciri2 ini sudah memperlihatkan anda tidak lama lagi akan muncul menjadi Pemimpin d KM dan bersedialah untuk memimpin.Seandainya syarat ini sudah ada tertanam d dalam jiwa senubari adik2 maka anda pasti akan menjadi pemimpin yg d segani,d senangi dan d sayangi pada suatu hari d KM,Insyallah...."

Bagi saya, apa yang Tn. Cobra sampaikan wajar diterima sebagai satu ingatan & panduan atau sekurang2nya ilmu. Pun, jika dalam perkiraan kita, ilmu ni sudah ada bahkan sudah dibuat, it's okay...anggap sajalah sebagai mau'refresh'....

Ingatan berulang kalau bagus tidak pun mengurangkan ilmu kita, bahkan tambah 'baek punya...'
Thanks Tn Cobra..

Maksud hadith Rasulullah Saw:

Tiga perkara, membinasakan manusia:
kikir yang dipatuhi ,
hawa nafsu yang dituruti dan
keta'juban manusia pada dirinya

Dirawikan Ath-Thabrani,Abu Naim dan Al-Balhaqi dari Anas..

Balsam.

SANGURU said...

ya x ada masalah. Org kg pun kita dgr ckp mereka, apa lagi datang dari para tuan dan tuan.

Anonymous said...

sebenarnya manusia tetap manusia. x da yg lebih jga x da yg kurang, sama ja. pernah ada entry sebelum ini yg mengatakan seseorang dilantik sebagai pengerusi gabungan NGO Sabah, bkn diminta ttpi dipilih. wlpn merasa x layak tpi demi kepercayaan, mau tak mau terpaksa jga terima. Jga x sanggup melepaskannya(jawatan yg diserahkan) kecuali kpd org yg punya komitmen lebih drp penyandang(tpi macamana mau ukur??). Dgn kata lain setakat ini blm ada org lain yg pnya keupayaan(layak) utk memikul(memegang steering) tggjwp tsbt.

Anonymous said...

Salam Bro semuanya terutama Sanguru he he he...sesudah membuat komen dan pendangan hari tu, Saya pulang Kampong 2,3 hari. ternyata selepas pulang ke KK aduh Streamyx (Server Telekom)melebihi 6 hari nda bagus bah...Malam ni baru ja bagus...Nah sekarang mau juga saya menulis sedikit2 lagi...Kerana rindu sudah tidak menulis dan memanaskan SAM ni...Sekurang kurangnya masih juga ada kurangnya tu Sanguru...Kerana anda (SAM)tidak boleh memberikan peruntukan kepada Rakyat d dalam Daerah KM bukan seperti MP/ADUN..Anda hanya melalui SAM boleh menyuarakan secara direct/indirect alhamdulilahlah juga dari tidak ada yg ambil peduli....(TN.COBRA)