SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, August 18, 2009

TERIMA KASIH KEPADA KETUA UMNO BAHAGIAN P.168 KOTA MARUDU

SAM - KUSNET merakamkan SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN kepada YBHG.En.Wetrom @ Mohd.Fikri Bahanda atas kesudian untuk hadir di temuramah oleh UtaraFM pada program 48jam bersiaran tanpa henti dari 14-16 Ogos baru2 ini di konti 101 Hotel Marudu Inn, Kota Marudu.
Kerendahan hati Ybhg. Wetrom ini kerana sudi ditemuramah oleh pihak kami di UtaraFM wajar dicontohi oleh semua pemimpin kita.Kehadiran beliau pada temuramah ini telah memberikan kami semangat juang untuk berkhidmat kepada masyarakat sebagai radio online Sabahan sukarela.Kami amat bahagia dan bertuah kerana ada pemimpin yang menghargai usaha murni kami ini seperti YB.Puan Anita Baranting ADUN N.5 Tandek dan Ketua UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu sendiri iaitu YBHG.Wetrom Bahanda..
Terima kasih juga atas sumbangan yang telah diberikan kepada UtaraFM.
Kami percaya suatu hari nanti YBHG,Wetrom akan melangkah jauh lagi dalam dunia politik dan semoga perjalanan politik beliau akan terus disertai olehNYA..

5 comments:

Anonymous said...

Alalala...Kana makan pulitik sudah korang.HIHIHI

Anonymous II said...

cian ko ni anon...wakakakakaka...

Anonymous said...

Berbicara tentang ANJAKAN PARADIGMA dan KONSEP "1MALAYSIA:RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

Kita adalah SATU BANGSA: BANGSA KM. Kita adalah SATU KELUARGA: KELUARGA KM.

SEBERKAS LIDI tidak akan dapat dipatahkan. Tetapi 1,2 atau 3 lidi mudah dipatahkan.

BERSATU kita TEGUH, BERCERAI kita ROBOH.

PBS,UMNO dan parti komponen BN lain dalam P.168 KM adalah seperti adik-beradik dalam KELUARGA KM. Memerlukan satu sama lain demi BANGSA KM. Demi anak2 cucu cicit yang mendatang. Demi generasi yang mendatang.

Masing-masing ada peranan. Saling melengkapi. Jika bersatu menjadi serba lengkap.

Anjakan paradigma politik yang benar ialah c 'adik2' membantu c 'abang' dan c 'abang' berlaku adil kepada 'adik2nya'. Usahakan jangan 'bertelingkah' untuk kepentingan sendiri. Tetapi hormati satu sama lain. Maju sama2. Dipimpin dan memimpin. Dibantu dan membantu.

1MALAYSIA/1KM: Bekerjalah untuk Rakyat kerana dengan bekerja untuk rakyat kita bekerja untuk cucu cicit kita sendiri yang mendatang.

Mari kita bekerja untuk anak cucu cicit kita yang akan datang.

SANGURU said...

kawan dengan orang politik atau pemimpin atau agensi2 kerajaan salah satu keinginan NGO Sabah yang saya pimpin. Perkara ini telah saya umumkan semasa perhimpunan Gabungan NGO Sabah di Lohan, Ranau. So...tiada yang makan siapa. Kerjasama untuk kebaikan masyarakat.

SANGURU said...

jika sesuatu kerjasama itu benar-benar baik untuk rakyat/masyarakat, saya (secara peribadi) tentu saja sanggup untuk berkerjasama dengan sesiapa jua termasuk orang yang dicop sebagai "pembangkang/parti pembangkang".

Bila saya (hanya merujuk kepada diri saya, bkn SAM) berkerjasama dengan sesiapa, sesiapa itu tidak boleh pula mengikat saya. Itu saja prinsipnya. Untung-rugi, siapa kena puji, tak penting pada saya. Simple. x payah pening2 kan kepala. Banyak lagi kerja patut dibuat untuk kebaikan bersama.