SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, August 18, 2009

Terima Kasih Yang Berhormat Puan Anita

Oleh: Kulanz Salleh(admin Kusnet)

ADUN N.5 Tandek, YB Puan Anita Baranting, adalah antara tetamu jemputan yang sempat hadir untuk sesi temubual secara langsung di UtaraFM sempena Program Mencipta Rekod 48 Jam Tanpa Henti Bersama DJ-DJ UtaraFM. Kehadiran beliau pada sebelah malam, 15 Ogos 2009 di Konti Sementara UtaraFM, di Hotel Marudu Inn merupakan satu penghargaan yang amat bermakna buat UtaraFM. Ini juga membuktikan bahawa Yang Berhormat amat perihatin terhadap masyarakat, khususnya kepada KUSNET. Galakan dan sokongan daripada Yang Berhormat juga telah memberikan suntikan semangat kepada seluruh warga UtaraFM dan KUSNET untuk lebih maju pada masa akan datang. Selepas temubual tersebut, Yang Berhormat, Puan Anita juga telah menghulurkan derma kepada KUSNET. Kami warga KUSNET mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Anita di atas komitmen beliau. UtaraFM ( SAM/KUSNET )

5 comments:

Anonymous said...

Sikap YB Puan Anita Baranting sangat bagus.

Dalam setiap organisasi besar yang berjaya aptitude tidak sepenting attitude. Aptitude boleh dikuasai dengan cepat dan mudah tetapi attitude bukan mudah diubah.

Saya fikir untuk membantu bangsa KM, golongan berpendidikan KM khususnya SAM perlu "ringan tulang" membantu dia.

SANGURU said...

Benar anonymous. ya kita saling bantu mana yang mampu. SAM telah berusaha seada-adanya. Kalau SAM tak mampu buat banyak, usahlah dikritik sangat kerana kami hanyalah NGO...bukan dibayar gaji dan tiada peruntukan khas. Majoriti kami staf kerajaan yang kena agih-agih masa. Teruk bah sebenarnya tapi demi melihat kebaikan dalam masyarakat, kasi okk saja. korbankan mana yang boleh...

Mr. Aki Abad 21 said...

butul itu sanguru.... pada kawan2 jangan cakap sja lain x itu ini kalau inda buat.... mr.aki punya kawan langsung indada karaja, kurita buruk2 pun ke sana ke mari malalang buana buat karaja NGO apa lagi yang kaya2 tiap2 bulan ada d takan2 dapat gaji....inda buli buat, bikin malu lah.... cakap biar butul2, biar sikit tapi ada bukti....kalau inda kamu parcaya tanya urang itu sendiri ALDUSUNI

NONG said...

tiada kata2 yang mampu saya ungkapkan sebagai tanda penghargaan saya pada YB.Puan Anita Baranting pada program 48 jam UtaraFM bersiaran di Marudu inn..

Bak kata Sanguru, kerendahan hatilah yang paling sukar didaki tapi YB Anita mampu melakukannya.
Semoga YB Anita akan terus berjaya dalam kerjaya politik dan keluarga.

Kami sayang YB.Anita.

TUHAN menyertai

SANGURU said...

saya sayang semua orang termasuklah para barua. Inilah masalahnya, hujung2 barua kenakan saya! Tapi saya tidak kisah. Saya/kita masih punya "seseorang" yang tetap baik, MAHA BAIK dengan kita - ALLAH.