SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, August 20, 2009

USAHA TANGANI MASALAH DISIPLIN MURID

SMK Tandek, Kota Marudu, 20 Ogos: Pihak Unit Hal ehwal Murid dengan kerjasama Lembaga Disiplin Sekolah dan Unit Bimbingan dan kaunseling SMK Tandek telah mengambil inisiatif menangani gejala keruntuhan moral dan disiplin pelajar sekolah ini melalui program Ceramah Keibu-Bapaan berkaitan gejala disiplin dan narkotik. Penceramah jemputan ialah Insp. Ahmadiah dan Insp. Rizal dari PDRM Kota Marudu. Menurut En. Bonar Majangkin, Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid), pendekatan ini dipilih untuk memberi kesedaran kepada ibu-bapa tentang gejala disiplin dan langkah-langkah menanganinya di peringkat ibu-bapa. Menurut En. Keng Chun Seng, untuk program kali ini, hanya ibu-bapa pelajar yang mempunyai rekod disiplin serta menunjukkan tanda-tanda penyimpangan disiplin yang dipanggil untuk mengikuti ceramah dan soal-jawab. Ini bertujuan untuk memberi fokus dan membina kerjasama lebih erat antara pihak sekolah dengan ibu-bapa yang berkenaan. Beliau mengharapkan agar usaha ini dapat membantu memperbaiki mutu disiplin pelajar yang terbabit.

6 comments:

Anonymous said...

Sejauh mana pendekatan ceramah/kaunseling boleh/mampu menangani masalah disiplin (buruk) pelajar???

SANGURU said...

sejauhmana, itu kita minta tolong para penyelidik "ukur"/ kaji baik2 la. Rasanya dah ada tu, cuma sy belum baca.

Yang agak pasti, dengan pengetahuan ibu-bapa tentang gejala sosial remaja, narkotik dan sebagainya, bolehlah ibu-bapa berfikir, menilai, mengubah-suai gaya keibu-bapaan dll.

Gaaman said...

Program Ceramah/kaunseling keibu-Bapaan bukan la SATU-SATUNYA cara menyelesaikan masalah disiplin pelajar.. Syabas kepada SMK Tandek atas usaha ini dan diharap program seumpama ini diteruskan.

One said...

Memang tidak ada dan tidak pernah ada satu pendekatan yang boleh 'stand alone' dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar....

program yang holistik terdiri daripada beberapa pendekatan yang saling mengukuhkan.

Program Ceramah/kaunseling keibubapaan adalah salah satu pendekatan yang sangat penting.

Program ini harus di adakan setiap tahun dengan perbaikan2 yang perlu.

SANGURU said...

apapun masalah ia umpama soalan matematik: ada beberapa rumus. Tiap rumus boleh membantu menyelesaikan masalah. Selesai atau tidak bergantung kepda kecekapan si penyelesai masalah.

Masalah pelajar bersifat kemanusiaan, dan da banyak faktor yang mempengaruhi manusia. Seperti yang tuan2 syorkan, memang payah mencari SATU jalan paling sempurna. Mau tidak mahu, harus dicuba dan terus dicuba. Tidak boleh berhenti dalam menyelesaikan masalah anak-anak muda kita.

Anonymous said...

walaupun hasilnya belum pasti ada, tp smk tandik dah cuba buat,tahniah smk tandik,tahniah sanguru.