SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, August 15, 2009

UTARA.FM MELANGKAH KE HADAPAN...

MARUDU INN, KOTA MARUDU: Utara.FM Radio Rasmi Gabungan NGO Sabah telah melangkah mencipta rekod bersiaran tanpa henti 48 Jam bermula jam 6 petang kelmarin. Ketika ini para DJ masih bersengkang mata di bilik 101 Marudu Inn yang menjadi konti sementara Utara.FM. Seandainya Tun Abdullah mengetahui perkembangan terkini ini, beliau pastinya berbangga kerana beliaulah yang telah melancarkan Utara.FM sebagai radio gabungan NGO Sabah pada 25 Julai lepas bertempat di Lohan Rest House, sempena Majlis Jasamu Diabadikan Tun Abdullah, anjuran Gabungan NGO Sabah. Selaku penasihat Utara.FM, saya bertekad untuk mencemerlangkan Utara.FM agar menjadi radio online No.1 di Malaysia. Berdasarkan kepada komitmen dan daya usaha ahli-ahli Utara.FM saya yakin impian ini boleh menjadi kenyataan.

1 comment:

Umar al-Longobi said...

1 langkah yg gagah dan berani!