SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, September 30, 2009

LAGI ANGIN KENCANG...

Satu lagi khabar angin bertiup kencang dan menusuk lubang telingaku. Khabarnya ada bibit ayam sabungan muda sedang berlatih/dilatih dan mulai keluar meninjau- ninjau ke beberapa gelangang (kampung). Ayam ini dah mula berkokok walaupun belum cukup nyaring. Diberitakan bahawa ayam ini ada taji kerana ada RM dan kebetulan pula sisiknya memang bagus juga, bibit asli dari Tandek. Namun, khabar betul yang saya terima dari informer2 saya di beberapa kampung menyatakan ayam ini perlu "dilumbag" dan "dipurut" oleh pakar jika mahu memenangi pertarungan dengan ayam sabungan yang pegang "tali pinggang" (itupun kalau jadi masuk gelanggang 2 atau 3 tahun dari sekarang ). Sayang sikit sebab saya tak minat main/tengok sabung ayam, maka saya tak tahu meramal siapa menang siapa kalah...

Tuesday, September 29, 2009

RASUAH....APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN

Oleh MindaGuruSabah ( Penulis Tamu SAM)

>> SELASA, 2009 SEPTEMBER 29

Dalam satu laporan akhbar bertarikh 27 september 2009, dinyatakan Indeks Persepsi Rasuah di Malaysia sekali lagi merudum, pada tahun 2007 indeks persepsi rasuah negara pada kedudukan ke-43, manakala 2008 ia jatuh lagi ke tangga 47. Singapura adalah antara tiga negara di dunia yang paling bersih dari gejala rasuah. Menurut akhbar ini juga negara kerugian kira-kira RM10 bilion? setahun akibat perbuatan rasuah. Kita bayangkan jika RM10 bilion itu digunakan untuk membantu rakyat. Nah.. bagaimana kita dapat membantu mengurangkan gejala buruk ini;
  • Jika anda seorang ulamak, imam, padri, pastor, sami atau apa sahaja gelaran anda, ajarlah bahawa rasuah itu "dosa", war-warkanlah kepada umat manusia memberi makan pada anak-anak atau orang tua hasil rasuah akan menyebabkan "kutuk"akibat rasuah turut terpalit pada keluarganya. Jika anda berpeluang menyampaikan ajaran agama di masjid,surau, gereja, kuil dan sebagainya, selitkanlah bahawa rasuah itu "musuh negara".
  • Jika anda seorang pendidik, ajarlah murid-murid tentang bahaya"najis rasuah". Jikapun anda bukan guru agama, sivik, pendidkan moral, tetapi bukankah pendidikan nilai murni itu merentasi kurikulum dan kokurikulum?. Salah satu elemen terpenting dalam nilai murni ialah membenci dan jijik terhadap perbuatan rasuah.
  • Jika anda seorang ibu atau bapa ataupun bakal ibubapa tanamkanlah cara berurusan dan berurusniaga yang bersih, sihat serta mengikut hukum agama dan negara pada anak-anak. Anak-anak harus diajar perbuatan memberi dan menerima rasuah"sama sahaja takarannya". Implikasi buruk perbuatan rasuah pada negara, keluarga dan diri sendiri perlulah diterapkan pada anak-anak. Ia harus dilakukan sejak anak-anak itu masih kecil agar apabila dewasa, sikap jujur, ikhlas dan benci rasuah jadi amalan mereka
  • Jika anda seorang kakitangan kerajaan atau swasta, laksanakan tugas dengan penuh integriti berasaskan "Bersih, Cekap dan Amanah". Bukan dengan omong-omong sahaja tetapi secara praktik. Jangan jadikan kata2 saya benci rasuah atau rasuah musuh negara hanya sebagai slogan penghias dinding pejabat tetapi hiasilah jiwa anda dengan kata2 ini dan lafazkan melalui perbuatan. Ya jangan terima pemberian yang bukan hak anda. Walaupun manusia tidak melihatnya tetapi Dia mampu melihatnya walaupun di tempat tersembunyi.
  • Jika anda politikus atau tokoh terkenal atau bakal politikus jadilah seorang yang bersih, berpegang pada agama yang membenci rasuah. Jangan sekadar pada musim perayaan sahaja anda kelihatan "alim bak malaikat", tetapi biarlah seumur hidup. Tuhan telah berikan kedudukan yang tinggi pada anda untuk berkhidmat kepada rakyat juga mewakiliNya membantu rakyat. Jadilah idola yang terbaik kepada anak-anak muda dengan cara kerja yang berintegriti, transperan, bersih dan amanah .
  • Jika anda cintakan negara, mari kita tanamkan sikap bermusuh dengan perbuatan rasuah. Elakkan terlibat samada memberi atau menerimanya kerana hukumnya tetap salah.Jika anda tercari-cari seorang idola atau " role model",jadikan mereka yang tulus, jujur, bersih, bersemangat tinggi yang berjaya dalam hidupnya dengan cara baik dan tidak terlibat dalam memberi atau menerima suapan sebagai idola. Jangan sekadar " kabur mata dan buta hati " menjadikan orang-orang jutawan yang kita tahu mendapatkan kekayaanya dengan penuh penipuan serta bergelumang dengan rasuah sebagai idola anda.
Teman2 saya bukan mengajar sekadar berkongsi tentang bahaya perbuatan makan suap terhadap diri, keluarga, bangsa dan negara kita. Mari kita mulakan kebencian terhadapnya, bukan esok tetapi hari ini, bukan oleh orang lain tetapi kita. Mari kita sama-sama "belajar"hidup dan beragama tanpa rasuah sebagai amalan.

TERIMA KASIH SEMUA

Salam Lebaran buat semua warga SAM/KUSNET dan pengunjung blog SAM. Apapun, terima kasih kepada semua yang telah datang mengunjungi rumah terbuka DINAKAN. Walau bagaimanapun, disebalik rumah terbuka tersebut terdapat 3 point bisikan yang menjadi fokus utama SAM pada masa depan. 1. SAM bakal mendapat peruntukan khas daripada YB N5 Tandek. 2. SAM menjadi Jawatankuasa e-MAYANG bagi Daerah KOTA MARUDU/PITAS. 3. SAM menjadi perintis pertama di MALAYSIA menggunakan pendekatan 'blog mesra rakyat' dan terpilih menjadi blog contoh 1MALAYSIA sesuai dengan konsep Kerajaan serta bakal dapat peruntukan lagi menerusi satu sumber bantuan kewangan khas menerusi bajet 2010.

SAM & UTARA.FM BOLEH!

KOTA MARUDU, SABAH: Beberapa orang staf SAM telah berkerjasama dengan rakan-rakan DJ Utara.FM menganjurkan beberapa aktiviti termasuk Konsert Felix Agus dan rakan-rakan bertempat di Dewan Komuniti Kota Marudu pada 26 September yang lalu. Di sebelah petangnya team Utara.FM turut membantu menganjurkan pertandingan Auto Show tajaan Titan Power Oil. Beberapa artis telah menyampaikan persembahan termasuklah Felix Agus AF, Ridah Malanjang, Hara Hanara Harun (Finalis Rood To Hollywood 2009), Botak, dan beberapa artis naungan D'sulap Entertainment. Turut menyerikan majlis ialah Nazri Raihan yang turut mempromosikan kehebatan Tinan Power Oil. VIP yang hadir ialah Dato Jaafar Mohamad Yusuf dan YB Anita Baranting, ADUN N5 Tandek serta rombongan beliau.Dalam berbicaraan empat mata antara saya dengan YB Anita, beliau memuji kerjasama dan usaha-usaha murni yang diinisiatifkan oleh pihak SAM dan Utara.FM. Dalam kesempatan itu juga saya mengalu-alukan penglibatan bersama YB Anita dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan anjuran badan-badan NGO yang akan datang.

Astaka Kg. Salimandut

Kayu untuk menadah zink disambung-sambung...Pihak pemaju lebih mengutamakan keuntungan semata-mata daripada ciri-ciri keselamatan dan ketahanan bangunan ini.
sistem perparitan di kawasan belakang bangunan ini juga dibuat cincai..Bagaimana kerja-kerja seperti ini diluluskan pihak berkaitan tanpa mengarahkan pihak pemaju memperbetulkan mana-mana ketidaksempurnaan yang patut diperbaiki?
Sudut-sudut yang dipaparkan ini merupakan bahagian-bahagian bangunan yang diperbaharui manakala bahagian lain telah sedia ada sebelum ini.
Peruntukan menaiktaraf astaka merupakan pemberian YB. Anita Baranting, keseluruhannya berjumlah 50 ribu.. Bagaimanapun, pihak pemaju khabarnya telah memberitahu masyarakat kampung bahawa peruntukan tersebut hanya berjumlah 40 ribu lebih. Mana satu kebenarannya ?

ANGIN KENCANG...

Kasihan. Kejadian angin kencang yang berlaku di beberapa kawasan di Sabah kelmarin dan hari ini telah mengakibatkan beberapa kerosakan dan kerugian harta benda. Syukurlah kerana pihak kerajaan dan pihak dermawan segera menghulurkan bantuan dan sumbangan. Setakat ini pihak SAM hanya mampu memaparkan dan berkempen agar lebih banyak pihak tampil menghulur bakti. Angin kencang juga, maksud saya "khabar angin" sedang berlegar2 di kedai kopi bahawa ada beberapa parti komponen BN Sabah mungkin akan keluar ikut jejak langkah SAPP. Betul atau tidak, namanya pun khabar angin. Jika ia tidak berlaku maka BN akan kuat, jika BN benar2 kuat maka ia tidak akan berlaku. Jika ia berlaku, apakah ia seperti angin kuat yang boleh menerbangkan bumbung BN? Seperti mana angin kuat menerbangkan atap2 rumah yang berlaku di beberapa tempat di Sabah? Ataukah ia hanyalah angin sepoi2 bahasa yang menyegarkan tubuh badan. Kita tak punya pilihan selain tunggu dan lihat...

KEMALANGAN DI JALAN KOTA MARUDU - TANDEK

KOTA MARUDU, Isnin ( 28.09.2009 ): Satu kemalangan berlaku yang melibatkan kenderaan dan motorsikal. Kemalangan itu berlaku dekat dengan simpang masuk kg Kuranji. Kejadian ini dipercayai berlaku bila kenderaan tersebut cuba masuk ke jalan utama tanpa menyedari motorsikal tersebut sedang bergerak laju. Walau bagaimana pun, pemandu motorsikal hanya mengalami cedera ringan sementera pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadiaan tersebut menyebabkan kesesakan sekejap kerana ramai pemandu yang bergerak perlahan untuk melihat kejadian tersebut. SAM

Monday, September 28, 2009

SALAM KENALAN BUAT SEMUA

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, dan Salam Kenalan buat semua....
Terima kasih saya ucapkan kepada tuan sanguru dan rakan-rakan SAM kerana memberikan saya ruang dalam Suara Anak Marudu (SAM) untuk berbakti pada agama,bangsa dan negara. SAM terdiri daripada berbagai latar belakang akademik, pekerjaan, lapangan, fahaman politik, agama dan kepercayaan. Namun semuanya 1Malaysia yang cintakan Malaysia dan manusia. Bak kata pepatah pisang sesikat gula sebelanga tanda muafakat bersama-sama dan ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
Salam kenalan

IDEA SIMPLE BANTU ORANG SUSAH...

Bila melihat dan membaca gambar dan komen terhadap paparan sdr. Al-dusuni, tiba-tiba timbul idea cara mudah membantu insan susah ini (dan insan-insan seperti mereka). Tidak perlu modal besar, tidak perlu campur tangan orang besar-besar (jika mereka tidak berminat)... Caranya: 1. Syorkan kepada pemilik sulap ini jadikan sulapnya "home stay". Saya sendiri mahu ajak anak bini saya merasa keperitan dan suasana orang susah. Anak-anak saya tidak sempat merasa kerana lahir terus menikmati "kekayaan". 2. suruh pemilik rumah ini sediakan makanan ala kadar, alat-alat tradisional, dll yang jarang-jarang dilihat dek orang bandar/pelancong. 2. Kita promosikan orang ziarah Ok, saya ada mesyuarat. nanti sambung. Para pembaca sekalian, sila beri idea. "brain storming" kitorang. "BERSAMA MEMBANTU ORANG SUSAH"

Sunday, September 27, 2009

SEORANG GENTLEMAN BERNAMA BIKO...

Hmmmmm.....Posting sdr. Umar tentang rakan2nya semasa 5 SN di SMKT tiba2 menular cerita mengenai arwah mantan guru saya juga mantan ketua jabatan saya almarhum cikgu Makibin Bodok, antara graduan pertama kimaragang yang telah saya usahakan memberikan Anugerah Tokoh Akademik Kimaragang beberapa bulan sebelum almarhum meninggalkan dunia fana dan penuh tipu daya ini. Memandangkan kisah yang bakal saya coretkan bersifat nostalgik antara saya dengan almarhum maka saya akan menulis beberapa kisah berkaitan arwah cikgu Makibin Bodok di dalam blog peribadi saya http://www.yomogun.blogspot.com

Raya Bersama

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/ ' LENSA MINDA '
YB. ANITA BARANTING ADUN N. 5 TANDEK, KOTA MARUDU, SABAH. (BERSAMA WARGA SAM & UTARA FM)

TAHNIAH MDKM KERANA BUAT KERJA...

(Sanguru bersedia beraksi jadi tukang pungut sampah tetapi tidak kesampaian.) Staf Utara.FM telah turun untuk membersihkan sampah namun mendapati kawasan medan letak kereta telah dibersihkan kecuali beberapa sampah yang tertingal. Jadi tak sempatlah kami beraksi jadi tukang sapu sampah! Tahniah MDKM. Memangpun ini kerja pihak tuan...(kerana pihak penyewa telah membayar sewa). Maaf zahir batin.

SEJAK BILA DG44 JADI TUKANG SAPU SAMPAH?...

Percaya atau tidak, jam 9 pagi esok staf utara.FM akan jadi pemungut sampah di medan letak kereta bersebelahan dewan Komuniti yang kami sudah sewa untuk kegiatan pertandingan kereta. Pihak MDKM pada mulanya mengenakan bayaran yg amat tinggi (berbanding DBKK), namun selepas "campur tangan YB", kadar bayaran dikurangkan tetapi dengan syarat sampah sarap menjadi tanggungjawab kami. Saya tidak menyalahkan MDKM, bodoh kami juga menjadi NGO yang cuba membantu anak2 muda pengemar kereta bermuzik mengembangkan industri dan hobi mereka. Akibatnya orang bergred DG44 jadi tukang pungut sampah...

KEMBALI PANAS? (PANAS TAPI BUKAN MEMANAS..)

Sepanjang raya ini saya banyak menemui orang bahkan dijemput di sana-sini atas "title" Pengerusi Badan Gabungan NGO Sabah, maka dalam setiap ucapan tidak lupa saya selitkan kewujudan SAM, Utara.FM dan NGO Sabah, yang sebenarnya satu rahmat khususnya kepada Kota Marudu, Pitas dan utara Sabah, amnya Sabah dan Malaysia. Ramai, khususnya golongan profesional dan kakitangan kerajaan dan swasta, yang memuji SAM dan memberi galakan agar terus memainkan peranan membantu kerajaan memajukan agama, bangsa dan negara. Mereka menasihati agar tidak ikut resam parti pembangkang dan tidak pula menjadi pak turut pemimpin karut marut walaupun mereka dari parti kerajaan, kerana kata mereka, pemimpin seumpama itulah perosak kerajaan, maka jangan ikut merosakkan kerajaan. Saya kata - "ya. Jangan susah hati kerana SAM lahir atas prinsip tersebut...InsyaAllah, selagi saya menjadi "driver" SAM, saya akan pastikan SAM selamat dan boleh menyelamatkan..." Hakikatnya, SAM kini kian diterima umum termasuk pemimpin, khususnya di Kota Marudu sebagai "suara rakyat" (bukan SUARA PEMBANGKANG), tempat rakyat menyalurkan keluh kesah, masalah dan syor kepada kerajaan. Bukan bermakna saluran lain tidak baik atau tidak proaktif, mungkin kerana SAM lebih dekat di sisi, di hati dan MUDAH DIDEKATI. Mungkin juga kerana mereka yakin dengan cara SAM bersuara - tegas tapi diplomasi, keras tapi ikhlas, tunduk tapi menanduk??? Apa yang pasti, SAM akan lebih yakin dan perkasa kerana menerima suntikan motivasi dan restu dari para pemimpin dan agensi kerajaan sendiri. Terima kasih!

Jika Aku Seorang Jutawan

Siapa yang tidak mahu menjadi jutawan, hahaha! Kalaulah saya diberikan pilihan, saya pasti akan memilih untuk menjadi jutawan yang "duduk diam dapat duit". Tinggal dalam sebuah rumah jutaan ringgit, lengkap dengan orang gajinya. Memakai kereta mewah bersama pemandunya. Mempunyai perniagaan besar yang diuruskan oleh pekerja-pekerja yang mahir lagi dipercayai. Kerja saya cuma tidur makan sahaja. Tidak perlu kerja. Tidak perlu tertekan. Tidak perlu berhutang. Tidak perlu berjauhan dengan keluarga. Tidak perlu berlapar. Tidak perlu berpanas dan berhujan. Wah... seronoknya! Tapi, adakah `dunia` yang seperti itu??? Tiada... jadi, teruskan bekerja! Jika anda ditakdirkan menjadi jutawan... jadilah seorang jutawan yang zuhud.

Saturday, September 26, 2009

MENCARI DIRI DALAM WAJAH MANUSIA

Kenapa? Apa perlunya?.. Kita tidak akan tahu dan tidak akan kenal diri kita sendiri selagi kita tidak mencarinya. Kita akan dapat mengenali diri kita bila kita mula mengenali diri orang lain. Kenal diri sendiri merupakan punca kepada kejayaan diri....banyak sebabnya. Oleh itu belajarlah kita mencari diri kita, bila saja kita kenal siapa kita, kenal kemampuan kita, pasti kita akan menjadi manusia yang sentiasa bersyukur.....

Tangisan Syawal

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com Lensa MINDA
Kg. Salimandut, N. 5 Tandek, Kota Marudu, Sabah.

BENARKAH ?

' Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan '.

Thursday, September 24, 2009

GAM... ohhhh.... GAM...

24 / 09 / 2009 - Hari ini, Khamis. Sewaktu saya ingin membeli sekotak air mineral di sebuah pasaraya gudang bersebelahan pejabat saya di Kudat, saya sangat terkejut melihat 2 orang yang masih boleh kira remaja ( bahasa pun bukan dari bahasa local dialect ), sedang membeli minuman keras dan GAM ! (tin warna oren jenama JEBSEN, saya rasa semua tahu jenis GAM tersebut) Dan pada ketika itu, saya juga nampak yang GAM tersebut dijual di bahagian kaunter ! ( bawah laci kaunter ) Seolah-olah GAM tersebut adalah barangan yang perlu ada untuk dijual ! Setahu saya GAM jenis ini hanya boleh didapati di kedai HARDWARE sahaja. Tapi sudah menjadi seperti barangan keperluan yang lain pula, di jual tanpa ada apa-apa sekatan oleh pihak penjual ini. Memang masih belum ada undang-undang yang sah untuk menangkap penghidu GAM ini. Tapi jika dilihat kesan daripada menghidu GAM ini, ianya lebih berbahaya dan lebih cepat memudaratkan seseorang, serta memungkinkan berlakunya gejala sosial. Kejadian ini juga saya pernah lalui ketika membantu bapa saya bekerja selepas tamat pengajian di Kota Belud. Ketika sedang mengira trip lori menimbus tanah, tiba-tiba datang seorang dari semak berhampiran, dan di tangannya memegang plastik dan tin GAM tersebut! Seraya orang itu terus bertanya kepada saya jika ada kerja seperti saya ketika itu, hanya menigra trip lori menimbus tanah. Saya cuma menggelengkan kepala saja menandakan tiada. Orang tersebut terus duduk berhampiran saya dan " pruuttt...pruuuttttt....prutttt... " orang itu terus menghisap GAM yang dibawanya. Tidak lama selepas itu, orang tersebut jalan meninggalkan kawasan tersebut sambil mengangkat tangannya ke udara, entah apa yang ditunjuknya di langit yang terbuka... Diharapkan kerajaan dapat memperuntukkan undang-undang agar kes menghidu GAM adalah salah disisi undang-undang. Dan kepada penjual pula, jangan asyik fikirkan keuntungan sahaja, serta mengawal jualannya kepada mereka yang menggunakan GAM JEBSEN ini untuk tujuan pertukangan sahaja. Saya juga amat berharap agar anak-anak muda kita sekarang, jangan terlibat dengan gejala menghidu GAM ini.
" KATAKAN TIDAK KEPADA MENGHIDU GAM ! "

Wednesday, September 23, 2009

5A Sains SMK Tandek `97: Dlm Kenangan...

4. Mimie, 5. David, 6. Umar, 7. Juari
Nota: 1. Senarai di atas adalah sebahagian daripada rakan-rakan sekelas yang sempat dijumpai melalui blog. Syukur ke hadhrat Ilahi kerana walaupun terpisah selama kira-kira 10 tahun, berjumpa juga akhirnya samada secara maya atau sebaliknya. 2. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang pernah membimbing kami. Salah seorang daripadanya adalah Sanguru. Walaupun cuma sebentar bersama beliau, tapi cukup untuk menjadikan nama beliau sebagai bualan di kalangan kami. Jasa kalian tetap terpahat dalam ingatan. 3. Diharapkan rakan-rakan yang tidak tersenarai, agar dapat meletakkan link blog di ruangan komen. Terima kasih.

Tuesday, September 22, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS MESRA AIDILFITRI

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430H pada tahun ini. Warga Staf Suara Anak Marudu (SAM) / KUSNET akan mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri Tarikh : 25 September 2009 ( Hari Jumaat ) Masa : 05.00 Petang Tempat : Rumah Dinakan, Marasinsim Villa, Jalan Pitas - Kota Marudu Semua Warga SAM, KUSNET dan Pembaca atau Pengunjung SAM dijemput Hadir memeriahkan Majlis ini. Majlis ini juga buat pertama kalinya akan mengadakan cabutan bertuah dan menyampaikan sumbangan ikhlas SAM/KUSNET kepada beberapa orang masyarakat terpilih sebagai penerima sumbangan tersebut. Antara Orang Kenamaan yang dijemput ialah YB Datuk Dr. Maximus J. Ongkili (Menteri MOSTI), YB Anita Baranting (ADUN N5 Tandek), YB Bolkiah Ismail (ADUN N3Pitas), YB Sarapin Magana (N4 Matunggong), Y.Bhg. Puan Luvita Koisun (Pegawai Daerah KM) dan Y.Bhg Encik Androd Sadian (Pengerusi NGO Sabah). KEHADIRAN TUAN/PUAN DIALU-ALUKAN.......

HAMPER HARI RAYA...

Seperti tahun-tahun yang lepas saya menerima sebuah hamper dari seorang sahabat yang tidak seagama dan bukan sebangsa dengan saya, dan sebagaimana biasa beliaulah antara orang pertama yang saya jemput beraya di rumah terbuka saya, dan saban tahun, beliaulah orang pertama beraya di rumah saya. Beliau yang saya maksudkan ialah En. Pam, seorang Cina yang saya kenali secara tidak sengaja melalui sahabat kami yang telah mendahului kami. Inilah persahabatan 1Malaysia...

Monday, September 21, 2009

Keranda Bergerak

Sorrylah... bukan niat mau putung stim raya, hehe. Tapi sekadar peringatan. Biasalah kalau sudah seronok, banyak perkara yang kita lupa. Apa dia "keranda bergerak"? Tidak lama dulu saya ada mendengar ceramah. Penceramah itu mengumpamakan kenderaan yang sedang meluncur di atas jalanraya sebagai keranda yang bergerak. Ini adalah kerana setiap pengguna kenderaan yang sedang berada di atas jalanraya, mempunyai risiko yang lebih besar menghadapi kematian berbanding yang hanya duduk diam di rumah. Bila-bila masa dan di mana jua kemalangan itu bisa terjadi. Apapun ini cuma kebiasaan, ajal maut adalah tetap di bawah kekuasaanNya. Oleh itu, berhati-hatilah di jalanraya. Sebelum memandu, pastikan diri dan kenderaan itu dalam keadaan yang baik. Berdoalah agar dikurniakan keselamatan. Akhir sekali, amalkanlah pemanduan secara berhemah. Selamatkan permata bangsa. Usah dikurangkan permata yang sememangnya dah kurang itu... Salam Aidilfitri 1430H/2009M maaf zahir dan batin.

Sunday, September 20, 2009

Aidilfitri and Me, 20.09.2009

Once in a while I do feel very down and lonely especially in moments like these....festival seasons. As a person with limited mobility, just by mentally picturing everyone going out and having their great time visiting to our Moslem friends/relative homes to celebrate Aidilfitri enough to torture me with an inexplicable feeling inside. I wish I could go to all 'rumah terbuka' of my SAM's friends. I wish I could go and celebrate raya together with my Moslem relatives....I wish....the list could go on and on but still the answer would never change....at least for the time being...Hopefully, one day will have the chance to do so....as Sanguru said...sinar bahagia akan menjelma jua. Habis gelap, timbul terang....I pray the same too. Selamat Hari Raya Aidilifitri to all Muslimin & Muslimat. Maaf Zahir dan batin. Salam perpaduan.

SALAM AIDILFITRI UNTUK STAFF SAM DAN PEMBACA-PEMBACA SAM

Hari ini Ahad 20hb September 2009,saudara2 Islam akan meraikan hari raya juga hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.Mungkin ketika artikel ini ditulis,rakan2 saya di SAM yang meraikan hari mulia ini sedang bergembira disamping keluarga tersayang begitu juga para pembaca2 SAM.Keseronokan di hari raya memang tidak ada tolok bandingnya.Sambil2 bermaaf maafan sesama keluarga,rakan taulan sudah tentu banyak hidangan2 lazat akan dihidangkan.Saya sangat merindui suasana seperti ini.Apakan daya...saya dikejauhan hanya dapat membayangkan keseronokan suasana ini. Dikesempatan ini,saya bersama keluarga AKIE OGINO(isteri) dan RINTARO J SAMBION(anak) seikhlas ikhlasnya mengucapka SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada ahli2 SAM dan semua pembaca /pengunjung SAM.Kemaafan dipinta sekiranya berlaku kesalahan yang sengaja atau tidak sengaja kepada mana2 individu samada ahli2 SAM ataupun pembaca2 SAM. Kepada anda yang balik kampung,selamat balik kampung dan kepada anda yang ingin melakukan perjalanan jauh..saya mengharapkan agar anda sentiasa berhati-hati didalam perjalanan. Saya harap dapat betemu dengan semua penulis2 SAM pada 10/11 hb oktober nanti.Kerana inilah buat julung2 kalinya semua staff2 SAM akan bertemu buat pertama kalinya.Saya sangat gembira dan tidak sabar2 untuk bertemu dengan rakan2 dalam SAM kerana hampir semua penulis2 SAM tidak pernah saya jumpa seumur hidup kecuali beberapa indvidu seperti TEKONG(rakan sekampung dan rakan sepermainan ketika budak2 hingusan-dekat 30 tahun tidak bertemu dengan beliau) LittleMike(rakan sekampung-pernah jumpa ketika zaman kecil2),LEM(rakan sekampung-hanya melihat beliau ketika masih berumur 6-7 tahun),MOGORON(rakan semasa kursus muzik pinakang di Salimandut-selepas itu tidak pernah bertemu lagi),CARL(rakan menjajal ketika zaman2 kegemilangan) dan ALDUSUNI(pernah bertemu zaman2 lampau)...semantara nama2 seperti ISON,NONG,TOMPINAI,MING,ELLY,MIMIE,UMAR AL-LONGOBI,KYRO,TULUNBUNOU,LtM MUSLI,AZIRUL dan DINAKAN tidak pernah saya temui. SELAMA HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya kepada semua rakan SAM dan juga para pembaca.

PERUTUSAN RAYA DARI SAM

Hari ini 1 Shawal, hari kegembiraan dan kemenangan bagi seluruh umat Islam yang menyempurnakan sebulan puasa. Di kesempatan ini SAM mendahulukan diri memohon maaf kepada semua pembaca dan pihak tertentu yang tersentuh atau tersinggung hati. Paparan dalam SAM adalah ikhlas untuk menceriakan majoriti orang dan pada masa yang sama membantu meningkatkan prestasi agensi-agensi kerajaan, swasta dan para pemimpin. Di kesempatan ini juga SAM ikut berkempen "SAFETY FIRST", hindari kecelakaan di mana jua. Kita mampu melakukannya.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA WARGA SAM & PEMBACA SETIA SAM! SERTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA ! 20-09-2009 BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DI RAYA INI !!! DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS : MING & ELLY SEKELUARGA SALAM 1 MALAYSIA

Kad Raya

'Maafkanlah segala kesalahan nescaya engkau dicintai'

Sarawak, Sabah dapat lebih peruntukan

Oleh Misiah Taib ( Sumber: Berita Harian ) misiah@bharian.com.my

Langkah untuk rapatkan jurang dengan Semenanjung
NAJIB sambil diiringi Abang Johari (kiri) bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Masjid Jamek, Petra Jaya pada majlis berbuka puasa di masjid berkenaan, semalam. KUCHING: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Sarawak dan Sabah akan diberi keutamaan dan peruntukan lebih besar oleh Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dalam usaha kerajaan merapatkan jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat ingin melihat pembangunan prasarana yang lebih meluas di kedua-dua negeri berkenaan yang kini masih jauh ketinggalan, termasuk dari segi bekalan air dan elektrik. "Sudah tentu Sarawak akan mendapat peruntukan lebih dalam hal ini kerana agendanya perlu diperjuangkan kerajaan. Kita inginkan pembaharuan lebih besar supaya negara kita, termasuk umat Islam dan bukan Islam dapat menikmati pembaharuan yang lebih bermakna," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 umat Islam di Masjid Jamek, Petra Jaya, di sini, malam tadi. Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Openg, menteri kabinet negeri dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum. Najib dan isteri turut menyertai umat Islam menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di masjid berkenaan. Mengenai kemiskinan, Najib berkata, ia adalah musuh Islam kerana kemiskinan membawa kekufuran dengan tidak ada mana-mana negara yang memerangi kemiskinan lebih berkesan berbanding Malaysia. "Kita amat komited untuk terus memerangi kemiskinan menjelang akhir tahun depan dengan 45,000 rakyat miskin tegar dalam senarai e-kasih Jabatan Perdana Menteri, insya-Allah tidak lagi akan tersenarai dalam golongan miskin tegar," katanya. Beliau berkata, kerajaan bukan saja melihat kemiskinan dari segi pendapatan, malah kemiskinan dari segi teknologi, ilmu, kemahiran dan semangat serta jiwa. "Kita akan membawa lebih banyak kemajuan kepada Sarawak, insya-Allah. Kita akan pastikan pembahagian (pembangunan) ini dilakukan secara adil dan saksama kerana Islam menuntut kita supaya berlaku adil bukan saja kepada sesama Islam, malah kepada bukan Islam," katanya. Najib berkata, dalam konteks membina sebuah negara bangsa, kekuatan dalaman adalah amat penting. Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari yang mewakili Ketua Menteri Sarawak menyifatkan kehadiran Perdana Menteri dan isteri untuk berbuka puasa bersama rakyat di negeri ini sebagai bukti keprihatinan pucuk kepemimpinan negara terhadap rakyat Sarawak, sekali gus membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Friday, September 18, 2009

Tungkusai Noh It Boros Tokou Kondiri.

Ong waro noh ot moonuduk sid sikul dit boros dot momogun, andangko su'on ku it tanak yah mogom sid tudukan dot boros momogun. Kararatan aso ot momogun monuduk sid sikul daalo tu minaliw noh ponong sid kineyonon dot momogun it iso ot monuduk boros momogun siti. Ogumu ot tulun momoros dot "rojak" it tudukan diri gisom amu sumokubang poh. It tanganak nga amu su'on mogom sid tudukan dino. It nosorow, boros nopo dot momogun nga amu koowit dot komojuan, amu owit midagang, kamamalu nogi tu atanggayan kabarasan dit kentutunan tulun osusa. Iri nogi subai ko ubason dino it tanganak dit boros bansa wokon om kowosian ong it boros bansa dit nokoulok noh sid wulan. Minsan pomah irad dino, sundui dot orompus tokou i bala'ai ong endaraatan it bansa tokou. Nga nokuro tu amu tokou opurimanan dot tokou i kondiri bala'ai ot mongindarat dit bansa tokou gisom dot araratan poh dino ong it tanganak yoh boros noh dot momogun ot elaan momoros? Insan timpu sid kapaltarabang oku, sompi anak-anak ot nakatalad dogon mogom. Momogun ponong sid Pinampang ko Papar dati yaalo diri kempurasanku. Nga it nokotogu sid ginawoku, it tanak ki tumur 4 ko 5 toon iri sera minimbongut momoros dit tidi yo, momogun i daalo dot oluwantas babanar it pomoros. Miboboros nopoh it tidi om tama misalat dot momogun tantu om "english". It gulu aso poh ot koruangku, ong kooli oku sid kampung om kasambat dit monongkamaman, malayu ot gama daalo momoros, tiagonku dino, liyuw kou noh momoros momogun kimaragang tu iti noh boros tokou ot katanda dit bansa tokou kangku daalo. Nunu ot maan, irarakan oku nogi. Ong oluwantas ot gama tokou momoros kimaragang, tulun amu oduya mongoduat nunu kow song bansa. Nga ong boros wokon ot dadan pomoros, ogoliwong ot tulun mintutun dit bansa nu. Biano tu kikoruang oku noh dot bansa wokon, boros malayu ot oguna yah. Monosorou oku dit naajanganku sid kapaltarabang, notungag it ginawoku dot monuduk tongo tanganak ku boros dot kimaragang. Okudik poh ot elaan daalo, nga ilo noh tu lologoton dino. Iri noh kangku, kada tokou atalow momoros dot boros tokou kondiri gisom potungkus poh dit boros tokou sid tanganak kondiri. Kosog tokou noh monungkus dit boros kondiri, okon ko tokou noh kimaragang ot borosonku diti, rungus, sama, om wokon poh bansa dit waro ot boros kondiri. Ong aso poh kopidsalangan pakaio noh it boros kondiri sera miboboros sid walai. Ong okonko tokou kondiri isai poh ot monongkoorubatan dit boros tokou diti. Nunu poh dino ot gorong ong sompoori, aso noh ot kopituturan sid boros yoh kondiri. Minsanko abatil dati ot gama diko'o momoros dino, kada kow noh mongikum, pokirayou kou noh tu kotungkus om gisom koponuduk poh dit boros tokou kondiri. Kopiwosian Tadau Raya kumaa ensanan tobpinee dit Silam ot koosipan yoh, ong waro borosku soleleed diri siti id SAM dot kendaraat om apalui ot gama, liongo noh mantad sid pomusaraan dikoo. Isai-isai dikoo, okonko padarakan palangkas dot kurita ong muli kou noh sid pomogunan nontodonon duyu.

ONCE UPON A TIME IN KG LONGOB

Pada waktu itu saya masih budak2 lagi. Hingus masih meleleh keluar dari hidung dan deras masuk balik apabila disingut (Apakah istilah yang sepadan dengan singut ni dalam BM?). Saya masih ingat banyak permainan yang menyeronokkan di kampung pada ketika itu. Seperti sudah diatur, setiap permainan ada musimnya tersendiri.

Kalau musim main gasing, satu kampung budak2 masing2 ada gasing dan hampir setiap halaman rumah ada 'gelangang' untuk bermain gasing. Begitu juga dengan main guli, main getah, main 'tapak' dan macam2 lagi permainan yang lain. Ada juga permainan yang lebih dasyat. Antaranya, main katub (meriam buluh). Musim bermain katub ni seringkali menjadi amalan menjelang dan di musim2 perayaan, terutamanya Hari Raya.

Kg. Longob bolehlah dikatakan mempunyai penduduk yang majmuk dari segi anutan agama; Ada Kristian, Islam, dan Pagan. Namun apa perayaan sekalipun akan disambut oleh semua penduduk kampung dengan meriah. Kanak2lah yang paling 'bersemangat'.

Pada suatu senja yang hening saya bersama dengan beberapa rakan bermain katub dekat sungai Longob. Kalau diimbas kembali sukar untuk saya gambarkan kemahiran kami bermain katub pada ketika itu. Apa yang pasti katub tatap malatop. Tapi tidak tahu apa kurangnya katub kami pada senja itu. Buluh yang dibuat katub tiada masalah. Tempat pembakaran pun ok. Bahan api dan minyak pun ada. 'Peluru' pun sudah tersedia di muncung katub.

Ketika rakan2 saya mengijos (memperbetulkan) katub kami dan cuba menghidupkan api, saya pergi ke muncung katub untuk melihat dan berhajat untuk mengeluarkan 'peluru', sementara  katub masih belum berfungsi. Ketika saya cuba memasukkan sebelah tangan saya untuk mengeluarkan peluru tin sardin kosong King Cup dari mulut katub, tiba2 katub tersebut berdentum dan melancarkan 'peluru'nya yang sempat menyinggah di jari kelingking tangan kanan saya.

Waduh! Pertama saya terkejut. Kedua jari kelingking saya luka terkena penangan tin sardin yang termuntah dari mulut katub. Mujur luka tidak terlalu dalam dan tidak ada urat yang putus. Pada mulanya saya tidak berasa sakit, tapi apabila saya melihat darah keluar, saya terus menangis dan balut tangan saya dengan baju.

Saya terus beredar menjauhi katub dan membiarkan rakan2 terus bermain. Apabila darah sudah berhenti keluar, saya balik ke rumah pura2 seperti tidak ada apa2 yang berlaku, tapi luka di jari tidak dapat disembunyikan. Akhirnya bapa sedar dan turut memberikan saya 'gaji' atas pencapaian saya bermain katub. Sudahlah luka di jari, kaki saya juga kena rotan. Alala...

Sejak dari hari itu, saya tidak pernah lagi bermain katub sampailah sekarang. Luka di jari sudah sembuh, bahkan parutnya pun sudah tidak kelihatan lagi. Namun pengalaman pahit bermain katub menyedarkan saya bahawa ada permainan yang berbahaya dan ada permainan yang kurang berbahaya. Begitu juga, setiap permainan ada peraturan yang tidak boleh dilanggar dan harus berhati2 apabila bermain.

Ketika saya di universiti, ada seorang profesor kesihatan dan keselamatan persekitaran berkata, "Malang memang tidak berbau, tapi ia boleh dielakkan, dan risikonya boleh dikurangkan."

Nota: Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kita semua, dan beringatlah di musim perayaan ini. Maaf Zahir Batin

SALAM AIDILFITRI

Salam Lebaran... Salam Syawal.. Salam Aidilfitri... Syawal bakal menjelma, ramadhan bakal ditinggalkan... Syukur pada Mu ilahi, kerana memberi seribu rahmat dalamnya.. Maaf bermaafan daripada semua Warga SAM / Kusnet kepada Pengunjung Blog SAM... Salah silap tutur bahasa, salah silap tatabahasa, salah silap tegur dan paparannya... Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin. Buat Semua jangan lupa dihari lebaran ini untuk mengunjungi teratak saya untuk info jemputan aidilfitri. [ http://www.marasinsimvilla.blogspot.com/ ]

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Esok 19 september 2009 akan di umumkan tarikh hari raya samada jatuh pada hari ahad atau hari isnin.Kalau jatuh pada hari ahad tarikhnya cantik sekali 20.09.2009. Tapi jangan pula ada yang beli nombor ekor ya mentang-mentanglah nombornya begitu cantik. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,MAAF ZAHIR dan BATIN kepada semua warga SAM serta seluruh umat islam dimana saja berada. Sengaja buat ucapan awal-awal kerana selepas ini saya akan sibuk membuat persiapan menyambut hari raya. Entah macamana dulu almarhum ibu menguruskan kami 14 orang kerana saya setakat menjadi ibu kepada 5 orang anak lelaki sahaja sudah cukup bengang.Hmn.... Awalnya saya bercadang untuk berhari raya di rumah peninggalan almarhum ibu dan bapa di Tandek, tapi apakan daya kerja-kerja membaik pulih rumah tersebut masih belum siap. Maka terpaksalah saya berhari raya di Kota Kinabalu. Seperti selalu saya akan membuat rumah terbuka pada malam hari raya pertama.Jika berkesempatan jemputlah datang kerumah saya di A40-27,Lorong 8,Taman Indah Permai,Jalan Sepanggar,Kota Kinabalu. Kepada mereka yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya.

Pengalaman Zaman Jepun

Hahaha jangan terkejut...saya tidaklah se Tua itu.Pengalaman ini sebenarnya adalah sebahagian daripada apa yang di lalui oleh almarhum bapa saya sewaktu perang dunia kedua atau tepatnya musim jipun kata orang Sabah. Almarhum bapa saya Kee Abdul Jalil Abdullah dilahirkan pada 23 Oktober 1919 hasil perkongsian hidup antara Kee Kim Swee @ Kee Abdullah dengan Jumatiah Binti Sheikh Ami Maideen.Dilahirkan serta dibesarkan di Tawau,Sabah; bapa kemudian menjadi guru pada tahun 1935.Memandangkan di ketika itu bilangan guru masih terlalu kurang maka bapa selalu berpindah-randah mengikut arahan pemerintah The British Chartered Co yang memerintah North Borneo ketika itu. Kerana tugas bapa akhirnya berpindah ke Kudat pada tahun 1940an dan berkenalan dengan salah seorang pekerja yang bekerja di pejabat residen Kudat ketika itu iaitu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.Mempunyai hobi yang sama iaitu bermain alat muzik terutama sekali biola maka kedua mereka menjadi sahabat karib. Persahabatan mereka tidak terhenti disitu.Walaupun sibuk dengan tugas harian mereka masih mempunyai masa untuk menganggotai kumpulan bangsawan dan seringkali membuat persembahan pentas sebagai penggesek biola.Namun waktu senggang bermain muzik tidak disia-siakan, mereka mengambil kesempatan ini bertemu kawan-kawan sambil meniupkan semangat kemerdekaan dikalangan rakyat tempatan. Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun telah menubuhkan pasukan tentera bawah tanah (gerilla) untuk menentang penjajah.Kata bapa pernah sekali Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun tidak turun bekerja selama 3 bulan kerana sibuk dengan tugasnya sebagai gerilla.Ketika beliau muncul di pejabat selepas 3 bulan cuti beliau mengenakan kaca mata hitam.Bila disoal kenapa lama tidak hadir ke pejabat jawapan beliau mudah saja " saya sakit mata tuan".....hehehe pintarkan,orang putih tidak berani buka kaca mata dia nanti terjangkit sakit mata.Hahaha Begitulah mereka meneruskan perjuangan secara diam-diam.Namun ketika tentera jepun datang menyerang kedua-dua mereka telah menjadi tawanan.Bapa berjaya melarikan diri manakala Tun berjaya menawan hati tentera jepun dengan gesekan biolanya.Mereka terpisah. Bapa terus melarikan diri tidak tahu kemana arah hendak dituju yang penting bebas dari tawanan jepun. Lari punya lari entah macamana bapa sampai di Tandek.Apa yang bapa ingat ialah dia telah menghanyutkan dirinya dengan berpaut pada sekeping papan di sungai Tandek.Beliau tidak bersendirian.Seorang lelaki tionghua ada bersama namun keadaan tidak mengizinkan mereka berkenalan,bapa hanya menggelar orang itu sebagai si kajam mata berdasarkan matanya yang selalu terpejam-pejam. Bapa dan si kajam mata walaupun bersama hakikatnya mereka membawa haluan masing-masing.Bapa meneruskan perjalanannya sejauh mungkin ke atas bukit agar tidak dapat di jejaki oleh tentera jepun.Namun deria tentera jepun dapat menghidu dan terus mengejar.Bapa bersembunyi dalam belukar sambil berdoa memohon perlindungan dari yang maha kuasa.Kata bapa mujur ajalnya belum sampai tapi kecut perutnya ketakutan tidak dapat digambarkan.Apa tidaknya tentera jepun yang mengejar bapa melibas-libaskan pedangnya betul-betul diatas kepala bapa. Kuasa Allah swt tentera jepun beralih dan meninggalkan tempat persembunyian bapa.Sepasang suami isteri orang bukit menyelamatkan bapa.Mereka mengajak bapa pulang kerumah mereka dan membantu merawat luka-luka dibadan bapa.Ketika melarikan diri bapa sudah tidak berkira lagi,ranjau dan duri semua dia redah akibatnya badannya habis calar balar dan luka. Agak lama juga bapa tinggal bersama orang bukit itu.Bila sembuh beliau meneruskan perjalanan dan kali ini turun semula ke tanah rata.Entah bagaimana beliau dapat bertemu semula dengan Tun.Kata Tun dia hendak ke Ongkilan.Dia hendak menyelamatkan adiknya yang menjadi tawanan jepun.Pada masa itu Ongkilan merupakan tempat dimana tentera jepun memancung kepala tawanan mereka. Bapa ikut sama bergegas ke Ongkilan dengan harapan dapat menyelamatkan adik Tun.Namun sudah takdir agaknya ketika Tun dan bapa tiba tentera jepun memenggal kepala adik Tun tepat didepan mata.Dan kehadiran mereka disedari tentera jepun.Dengan pantas mereka menembak kearah bapa dan Tun.Dan sepantas kilat juga Tun mengarahkan bapa supaya berlindung dibelakangnya sementara Tun hanya menghulurkan kedua-dua tangannya seolah-olah menahan sesuatu. Maha suci Allah swt....kata bapa dia tidak tahu ilmu apa yang ada pada Tun tetapi yang pasti peluru yang ditembak bertubi-tubi kearah mereka bertukar cair menjadi air.Ini bukan mitos, ini adalah satu kenyataan yang tidak tercatat dalam buku sejarah namun itulah antara kelebihan Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun - Bapa Kemerdekaan Sabah. Akhir kata SELAMAT HARI MALAYSIA KE 46

Thursday, September 17, 2009

BEBAS TOL MASA PUNCAK RAYA...

Rahaya Cafe, KM: Pengumuman pengecualian bayaran tol hari sabtu dan 27 hb, diterima baik oleh orang ramai walaupun kami di Sabah tidak menikmatinya dan tidak juga dibebani tol. Bagus! Idea yang kreatif dan sepatutnya dibuat dulu lagi. Tanggungjawab sosial namanya, dan kalau ikhlas sudah pasti mendapat pahala besar. Kami di Sabah tidaklah mengharap lebuh raya canggih, memadailah dinaiktaraf jalan2 utama yang menghubungi daerah2 di Sabah. Sekian lama sudah kami menderita.

SABAH, SARAWAK CONTOH PERPADUAN 1MALAYSIA: PM

17th September, 2009 ( Sumber: News Sabah Times. 17/09/09 )

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semangat perpaduan dan keharmonian di Sabah dan Sarawak adalah salah satu contoh terbaik ke arah mewujudkan perpaduan 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata terdapat banyak contoh yang bersemangat untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan keturunan boleh menerima perkara yang menyatukan, dan bukannya berpecah belah dan terpisah.

“Kisah Sabah dan Sarawak ialah kisah 1Malaysia, dan ia telah memberi saya maklumat dan inspirasi kepada komitmen saya terhadap konsep ini.

“Ia merupakan bukti kepada hakikat bahawa perbezaan itu telah menyatukan negara ini,” kata Najib dalam kenyataan peribadinya sempena Hari Malaysia kelmarin, sempena memperingati Sabah dan Sarawak bersatu dengan Semenanjung Malaysia pada 1963 bagi membentuk apa yang kini dikenali sebagai Malaysia moden.

Sambil merujuk kepada perayaan Hari Gawai di rumah panjang di Sarawak, Perdana Menteri berkata beliau dapat merumuskan bahawa rakyat Sarawak telah pun menerima pakai nilai-nilai 1Malaysia “lama sebelum saya menjelaskan tentang pelbagai unsur di dalamnya”.

Katanya contoh itu telah merangsang komitmennya, dan beliau percaya boleh meninggalkan impak yang mendalam kepada pembangunan Malaysia.

“Rakyat Malaysia daripada mana-mana jua bangsa dan fahaman hanya perlu melihat Sabah dan Sarawak untuk memahami perpaduan yang amat sukar dipercayai begitu kukuh dan harmoni yang boleh didapati dalam menerima dan menghormati kelainan rakyat kita,” kata Najib.

Mengenai Sabah pula, beliau berkata negeri itu telah menunjukkan semangat keusahawanan yang membawa kepada pertumbuhan sektor ekopelancongan yang merupakan penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beliau memperluaskan bantuan kewangan kerajaan Pusat kepada Sabah dan Sarawak untuk projek-projek prasarana serta menambahbaik peluang pendidikan di luar bandar.

Beliau berkata adalah penting bagi kerajaan memberi peluang yang sama kepada semua dan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau “ceruk rantau Malaysia yang mereka pilih untuk menjadi tempat kediaman mereka”.

“Pada akhirnya nanti, sama ada kita tinggal di rumah panjang di pedalaman atau di bangunan tinggi di Kuala Lumpur, kita semua adalah sebahagian daripada 1Malaysia yang kita cintai,” katanya.

Dalam blog www.1malaysia.com.my, Najib juga menulis mengenai ingatannya semasa berusia 10 tahun ketika ayahanda beliau Tun Abdul Razak menjadi saksi peristiwa bersejarah kemerdekaan Sabah pada 1963.

“Saya ingat bagaimana bangganya beliau saat peristiwa penting itu berlangsung. Sabah dan Sarawak memenuhi satu sudut yang istimewa di hati saya kerana peristiwa bersejarah itu,” katanya.

“Rumah-rumah panjang kekal menjadi tulang belakang kehidupan di dua negeri ini kerana ia ialah simbol kepada keperluan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mempelajari bagaimana untuk hidup di bawah satu bumbung dan untuk membina tempat tinggal negara kita secara bersama-sama.

“Apabila matahari terbit di langit Malaysia, ia menyinari Sabah dan Sarawak terlebih dahulu. Masa hadapan kita sebagai sebuah negara bergantung keppada keupayaan kita untuk bekerja dan hidup bersama-sama,” kata Perdana Menteri.

Wednesday, September 16, 2009

Ya Aiyuhal Muzzammil!

Salam Hari Malaysia, 16 September! Ya aiyuhal muzzammil maknanya, "wahai orang yang berselimut". Biasanya orang berselimut pada waktu di sepertiga malam terakhir, kerana pada masa itulah masa paling dingin dan nyenyak untuk tidur. Kalau sedang bermimpi umpamanya barangkali jalan cerita mimpi itu sedang berada di kemuncak keseronokan. Selain itu, orang berselimut juga boleh disebabkan oleh rasa ketakutan yang amat sedang menjalar ke seluruh jasad. Berselimut sambil menggigil. Apapun asbabnya seseorang itu berselimut, jika memilih untuk menjadi pejuang... tidak dapat tidak, selimut itu harus dibuang dan mesti bangun! Bangun di sepertiga malam terakhir memang amat sukar dan hanya segelintir manusia terpilih mampu melakukannya. Biarpun ia sukar, detik-detik beginilah yang paling manis untuk bersama-sama dengan Sang Pencipta. Mengadu, merayu dan menangis kepadaNya di dalam kekabutan malam. Singkaplah sejarah para pejuang terdahulu, nescaya kita akan menjumpai kunci kejayan mereka. Iaitulah, dengan menyahut seruan... "Ya Aiyuhal Muzzammil". Ya, di sinilah terletakknya rahsia kekuatan roh juang mereka. Ayuh! Jika anda mempunyai hasrat untuk `membuka` Marudu khasnya dan Sabah amnya, seperti mana al-Fateh membuka Constantinople, anda tidak mempunyai alternatif lain selain daripada... bangun!!!

"DO IT"...save DUIT...

B3, T&G III,KM: Jam 2 am, baru selesai kerja2 baikpulih dapur dan menukar cat dalaman. Pengisisan menanti waktu afdal bersahur. Bukan tak boleh upah orang tapi kalau boleh buat sendiri dan kepingin buat, baguslah buat, boleh save duit... Baru2 ini pula, saya upah "boy2" kampung cat luaran. Bukan tak mampu buat (mengecat luar lebih senang daripada mengecat dalaman), tapi ada kalanya pula eloklah bagi peluang orang lain dapat duit... Demikianlah kehidupan...jangan monopoli dan...kalau baoleh biarlah monogami... salam ramadhan & shawal!

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Semoga perpaduan sentiasa ujud diantara kita dan berjalan seiring untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran......
BENDERA NEGERI SABAH
  • Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
  • Lima jenis warna melambangkan Lima Bahagian di Negeri Sabah.
  • Warna biru zirkon, melambangkan keamanan dan ketenteraman.
  • Putih melambangkan kemurnian dan keadilan
  • Warna merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
  • Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran
  • Warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat berkerjasama.
LAMBANG NEGERI SABAH
  • Dua tangan menjunjung bendeera Negeri Sabah melambangkan perpaduan dan kerjasama rakyat berbilang kaum demi kemajuan dan kejayaan.
  • Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
  • Lima enis warna melambangkan lima Bahagian di Negeri Sabah.
  • Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman
  • Putih melambangkan kemurnian dan keadilan.
  • warna merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
  • Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran.
  • Warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
LAGU KEBANGSAAN NEGERI SABAH Sabah Tanah Airku Sabah Tanahair Ku Negeri Kita Yang Tercinta Pemuda Pemudi Semua Marilah Bangunlah Bersatu Semua Marilah Bersama Serta Maju Jaya Merdeka Sepanjang Masa Bersatu Segala Bangsa Sentosa Sabah Negeri Merdeka

Tuesday, September 15, 2009

BUMIPUTERA HANYA NAMA...

Restoran Bumiputera, KM: Sudah lama tidak minum kopi di restoran ini. Unik tapi bukan perkara biasa kerana sering kali kita jumpa restoran yang namanya bukan calang-calang. Restoran ini misalnya, dari atas sampai bawah bukan bumiputera. Makcik yang selalu bancuh kopi untuk saya pun confirm bukan BUMIPUTERA.... Nama bumiputera memang membawa tuah. Nama yang boleh dibikin cari untung, cari projek dan sebagainya. Saya ada sahabat cina yang kaya. Saya tukang buat nama syarikatnya. Nama-nama syarikatnya semua yang bukan alang-alang, nama-nama yang jelas mengambarkan keistimewaan bumiputera. Alahai...apalah nasib sang bumiputera ini. Kemerdekaan yang belum cukup terisi agaknya...