SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, September 9, 2009

1 Malaysia

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com
Aldusuni ISU MEREKA JUGA HARUS DI PANTAU OLEH PIHAK ATASAN....TERIMA KASIH, SALAM RAMADHAN 2009-09-08 1:54 PM Aldusuni UNTUK MENGATAHUAI KISAH DAN SUARA HATI MEREKS SILA BACA POS PERTAMA DAN TERKINI... 2009-09-08 1:52 PM Aldusuni SALAM ZETI ...SILA MASUK DI BLOG SAYA DAN BUAT KAJIAN PERMASALAHAN PARA MUALAF... 2009-09-08 1:50 PM
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Lihat dan baca pos saya di ruangan mesej ' Suara Anak Marudu ' yang saya tujukan kepada salah seorang pengunjung bernama ZETI. Menurut sahabat2 saya di SAM , ZETI adalah antara orang penting di Putera Jaya yang sekian lama membuat pemantauan blog SAM atas dasar ketelusan paparan berita dan gambar-gambar yang SAM entrikan selama ini. Kewujudan ZETI ini mendapat tempat di hati pengulas2 SAM termasuklah seseorang yang mengelarkan dirinya 'INGIN TAHU'. Secara peribadi, apabila saya merujuk kepada rasional pertanyaan ‘INGIN TAHU’ , saya berpendapat, pertanyaan beliau tidak salah dan tidak melanggar perundangan mahupun peradaban. Bagaimanapun, ada juga di kalangan pembaca melihat pertanyaan itu tidak wajar. Saya sedar perkara sebegini timbul dikeranakan hak memberi respon para pembaca dan saya hormatinya . Saya kemudiannya menghantar cadangan kepada ZETI agar turut memantau blog saya kerana isu mualaf juga sebahagian tanggungjawab kerajaan. Mereka wajar mengetahui sekali gus membantu menyelesaikan masalah saudara-saudara baru. Inilah sebenarnya harapan saya mempelawa ZETI memantau blog SMS melalui ruangan mesej SAM . Namun, tanpa disangka tindakan saya mendapat reaksi pelawat ( saya percaya beliau turut mengikuti blog saya) yang bersikap menikam saya tanpa memberi peluang atau sekurang-kurangnya ‘duduk berbincang’ mengikut adab perbincangan yang sepatutnya dengan saya. Beliau tanpa tapisan melempar pelbagai andaian dan kata2 kurang sopan seolah-olah saya selama ini telah menconteng arang ke muka pembaca. Hukuman yang saya terima membuatkan rakan2 yang mengikuti blog saya (SMS) membelasah 2 orang pelawat ini tanpa pengetahuan saya. Mereka bukan seagama saya tapi membela apa yang telah saya perjuangkan...Ringkasnya, pada pengamatan saya, mereka melihat apa yang telah saya buat selama ini sedikitpun tidak membawa mudarat atau virus pada mereka malah membawa kebaikan... Apa yang saya perjuangkan untuk golongan mualaf ini adalah hak2 mereka yang selama ini terlepas pandang oleh pihak2 berwajib....( lihat pos pertama saya dan terkini di Suara Mualaf Sabah ). Sila lihat gambar dan baca setiap artikel yang saya poskan. Wujudkah unsur mudarat atau gangguan terhadap peradaban kehidupan manusia sejagat ? Kenapa saya berjuang habis-habisan untuk golongan ini ? Pandangan yang mengatakan saya berkepentingan untuk melobi atau untuk mendapatkan anugerah dan jawatan SENATOR atau YB itu jauh sekali kerana sah saya tidak punya sijil akademik berjela jika itu diletak sebagai prasyaratnya. Saya hilang kelayakan. Tapi ingat, saya masih layak bercakap dan berjuang. Sejarah sebelum ini membuktikan bahawa Tun Datuk Mustafa, bapa kemerdekaan Sabah bukannya seorang tokoh akademik tapi, beliau seorang tokoh pejuang berjiwa rakyat. Jadi, yang sakit hati pada saya dan melemparkan kata ejekan dan penghinaan itu, sekarang terjawab....Mungkin juga andalah yang layak mejawat jawatan itu.. Seperkara lagi, jika kata-kata anda lemparkan pada sifat peribadi saya, saya tiada halangan dan akan sentiasa maafkan anda. Namun, jika kata2 berbaur prejudis itu dilemparkan sebagai menghalang usaha2 dakwah yang saya buat maka, saya lemparkan anda kata2 seperti sdr. Sonsogon katakan pada anda dan selayaknya anda dapat kata2 itu....Benar , yang memburukkan Islam adalah golongan yang FASIK ' menzahirkan Islam tapi tidak beramal pada ajarannya'.. Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui, saya menerima Islam di tengah-tengah keluarga lain saya beragama Kristian dan Pagan, tapi saya tidak pernah putuskan hubungan keluarga saya hanya kerana perbezaaan agama. Begitu juga sikap saling hormat menghormati dan tolong menolong antara sesama kami. Untuk makluman anda di kalangan mereka yang membalas cakap2 anda itu adalah keluarga saya yang bukan Islam. Selama ini, tidak pernah ada api sengketa antara kami. Mujur mereka berhati lurus dan bersikap terbuka. Jauh dari itu, mereka sentiasa mengasihi sesama saudara.. Akhir sekali, sila keluarkan fatwa berkaitan kesalahan saya di kandang pengadilan, jika saya bersalah atas cadangan saya pada pihak atasan…

17 comments:

mohd fadzil said...

Semoga Allah bersama orang-orang yans sabar

mka said...

Teruskan perjuangan wahai sahabatku, saya juga seorang mualaf, bapa saya masih lagi beragama kristian, saya sentiasa berdoa agar bapa saya dapat petunjuk dari Yang Maha Pencipta agar dapat menerima Agama Islam dalam hidupnya.

Itu merupakan Sunnahtullah di mana setiap perjuangan untuk menegakkan Haq akan sentiasa mendapat tentangan dari pelbagai penjuru.

Bezanya zaman ini kita berdakwa dilempar dengan kuih muih lauk pauk, zaman nabi mereka berdakwa di rempuh dengan senjata pedang.

Hanya DIA yg Maha Tahu.

ison said...

Sabar itu Kasih.

Little Mike (LM) said...

Antara orang yang dikasihi-Nya ialah orang yang sabar dan mengasihi

SANGURU said...

kata guru saya, opss kawan saya, umpama org bertarak, kalau tiada cobaan itu tanda tiada aura masuk. Jadi dalam hal2 perjuangan, apapun perjuangan itu, oleh siapapun, agama apapun, di mana pun, eloklah tiru macam p.ramlee: cobaaaannn...
Memang menyakitkan, sakit itulah pendewasaan akal, jiwa dan world view.
Tuan sudah makan garam, maka tidak perlulah saya terlalu bersajak pantun. Teruskan mana yang baik itu...

Aldusuni said...

inilah suara hati saya...maaf pada semua sahabat2 di SAM, pada masyarakat malaysia, jika sekiranya kenyataan saya ini kurang di senangi..jika ada kebaikan pada suara hati saya ini, maka ambillah dan jika sekiranya buruk maka buangkanlah.

MindaGuru said...

sabar. sabar dan terus sabar...

SANGURU said...

bila saya pilih penulis2 SAM (kemudian diurus oleh mr kyoto), sengaja saya pilih berbagai gaya penulisan dan kecenderungan. Niat saya cuma 1: agar pembaca puas hati. Dapat penuhi aneka citarasa. Tidak ada yg sempurna, sy pun kdg2 terbuai rasa, bila ditegur cepat2 saya menyedarkan diri. Harap kita semua begitu baik dalam SAM atau luar SAM. Perkongsian pintar namanya.

SANGURU said...

klu pasal miskin, KM mmg top ranking, tapi klu pasal TOLERANSI BERAGAMA, saya berani calonkan KM TERBAIK DI MALAYSIA. Kenduri kendara, islam, kristian, dll blh kerjasama, sporting habis. Org islam meninggal, org kristian ikut urus/bantu. 1kkeluarga banyak agama, itu biasa di KM. Terlalu istimewa. Besarlah harapan kita agar kita tetap No.1 dalam aspek ini.
Tuhan, kekalkan kami begini. Amin...

SANGURU said...

ada yg saya risau sebenarnya, gejala perkauman di semenanjung bakal/akan masuk ke sabah dengan pengembangan sayap parti2 politik dari sana. Maafkan saya kerana menulis perkara ini. Saya risau sangat2 kerana saya amat cintakan perpaduan dan toleransi sejati Borneo utara ini....

Little Mike (LM) said...

sentiasa menyokong dari belakang. Jangan patah semangat aaldusuni. Saya antara penulis SAM tidak pernah rasa gagasan aldusuni membelakangi norma dan tatasusila perjuangan

Balsam said...

[jika kata-kata anda lemparkan pada sifat peribadi saya, saya tiada halangan dan akan sentiasa maafkan anda. Namun, jika kata2 berbaur prejudis itu dilemparkan sebagai menghalang usaha2 dakwah yang saya buat maka, saya lemparkan anda kata2 seperti sdr. Sonsogon katakan pada anda dan selayaknya anda dapat kata2 itu....Benar , yang memburukkan Islam adalah golongan yang FASIK ' menzahirkan Islam tapi tidak beramal pada ajarannya]

Saya ikuti & kejar msj-msj ringkas dalam shoutmix SAM...
Sdr Aldusuni, sy faham anda sebagai seorang yang tidak luak dek kutukan..Blog saudara antara blog yang saya ikuti perkembangannya selain beberapa blog staf SAM yang lain.

Memang mengecewakan sikap segelintir pemberi ulasan dalam SAM namun, ini adalah warna warni yang menambah 'daya tarik' SAM.

Entri ini menampakkan sedikit kemarahan sdra terhadap pengulas2 yang memberi ulasan di tempat yang kurang sesuai tapi saya rasa ini patut dan ada hikmahnya...Saya lihat rating pengunjung SAM untuk hari ini mencecah hampir 300 pengunjung...ini petanda baik...Blog saudara juga menampakkan pertambahan pengunjung hari ini..

Saya setuju dengan cara sdr 'mengajar' pengulas2 yang 'kurang' bertanggungjawab dengan ulasan mereka...

Saya sendiri sebenarnya tersentuh dengan bicara sdra Sonsogon sekali gus merasakan tidak wajar pengulas2 yang 'kurang' bertanggungjawab ini dibiarkan tanpa diberikan 'sepatah dua kata'...

Teruskan perjuangan!

NONG said...

Sesungguhnya SABAR itu ada hikmahnya yang tersendiri.

Gaaman said...

lumrah dunia, ada yang sokong ada juga yang tolak. Hitam putih kehidupan..

SANGURU said...

sependapat dgn bro gaman. Hitam putih kehidupan, harap kita semua nanti PUTIH di penghujungan.
Kita sama2 merenung diri, kurangkan pergeseran, jika tidak, kita sudah terpedaya dengan ragam dunia. Dunia ini mmg x ubah mimpi 1malam. Ingat pesan Nabi Isa yang agung: DUNIA INI CUMA 3 HARI...

Aldusuni said...

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya::” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”

Riwayat at-Tabrani

Umar al-Longobi said...

kasi lajak saja aman...!