SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, September 23, 2009

5A Sains SMK Tandek `97: Dlm Kenangan...

4. Mimie, 5. David, 6. Umar, 7. Juari
Nota: 1. Senarai di atas adalah sebahagian daripada rakan-rakan sekelas yang sempat dijumpai melalui blog. Syukur ke hadhrat Ilahi kerana walaupun terpisah selama kira-kira 10 tahun, berjumpa juga akhirnya samada secara maya atau sebaliknya. 2. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang pernah membimbing kami. Salah seorang daripadanya adalah Sanguru. Walaupun cuma sebentar bersama beliau, tapi cukup untuk menjadikan nama beliau sebagai bualan di kalangan kami. Jasa kalian tetap terpahat dalam ingatan. 3. Diharapkan rakan-rakan yang tidak tersenarai, agar dapat meletakkan link blog di ruangan komen. Terima kasih.

24 comments:

Anonymous said...

IKUTLAH RESMI PADI..MAKIN BERISI MAKIN TUNDUK..JANGAN IKUT RESMI AYAM..TELUR SEBIJI RIUH SEKAMPUNG..TAHNIAHLAH KEPADA SEMUA..

SANGURU said...

tahniah kepada semua pelajar. Setakat ini saya belum dengar bekas pelajar saya jadi PENJAHAT. Ada yg jadi PEMBANGKANG tapi bukan JAHATTT...
SAYANGI SESAMA MANUSIA. BANTU YANG MEMERLUKAN. - itu saja permintaan saya...

ison said...

Tahniah buat kalian. :)

JMimie said...

aikk...macam 'a rose among d thorns' pula gambar sya di sini...diapit oleh 6 jejaka ganteng..hehe

Thanks umar atas paparannya. Bukan untuk menunjuk2 bah kan tapi happy dpt jumpa kawan2 lama di alam maya dan dgn harapan agar paparan ini akan 'memanggil' rakan2 lain yg masih dalam pertapaan supaya keluar berkongsi sama hasil/ilmu pertapaan utk kesejahteraan bersama.

Syukurlah kerana spt kata Sanguru, tiada di antara kita yg jadi penjahat...setakat yg sya tau, 99.9%(0.1%..mana tau sya silap) exclassmates kami dulu semuanya jadi org2 yg berguna utk bangsa dan negara dalam pelbagai bidang. Terima kasih guru2 yg berjasa mendidik kami.

Tahniah sahabat2ku!

maikong said...

mestilah ada yg akan jadi pembangkang..susah kita nanti klu ikut saja...syabas anak2 marudu/tandek...

David Meja said...

syukur kepada Tuhan. Berkat didikan dari semua guru dan komitmen utk belajar maka kita berjaya. Syabas kawan-kawan dan terima kasih buat guru-guru SEMENDEK 97.

RIDWAN.ct said...

Tahniah semua.... dari kami staf SMKTKM.

Umar al-Longobi said...

ganteng ka mimie, haha!

ramai lagi tu... spt, ali lasang,juan, norman, ajak, stephen, roger, niko, winie, masniah, dll.

apapun, setinggi mana kedudukan kita... jgn lupa asal-usul. tahniah kpd sahabat semua. tahniah juga kpd seluruh warga kerja SMK Tandek. teruskan menghasilkan `produk` utk bangsa dan negara!

Umar al-Longobi said...

ehem... yg numbur 4 pun pernah menjadi bahan bualan jejaka2 ganteng sekelas tu, hehehe..

Anonymous said...

Salamz..Thanks umar for the post.
mengalir air mata masa sya tingu ni gambar2. teringat macamana gaya-gaya kita masa dulu2..mcm cakap c mimie.. perhaps the 0.1% that u mention was me..haha. but life is very subjective, we born with so many desire..tapi bukan maksud sya jd jahat la..coz sya yakin 5A 97 semuanya orang2 yg berwawasan tinggi dan bakal memimpin kawasan mereka masing2 suatu hari nanti..kepada kwn2 selamat berjuang..tidak ramai yang menyertai tapi sangat ramai yg memerhati..tunggu masa ja mau join..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat sang guru(guru kami dulu) and the team!! keep up the good job..

me..satu-satunya org pitas dlm tu kelas..

JMimie said...

Salam perpaduan sahabatku dari Pitas(sya mau sebut nama buli ka cikgu? hehe..nda apalah). Thanks krn menyertai kami memeriahkan SAM di ruangan komentar ini.

Emmm...sorry kalau ada yg terasa sya tdk kasi cukup itu peratus sampai 100%..yg 0.1% tu sya tdk maksudkan kpd mana2 individu. Yg itu sya tujukan kpd diri sendiri dgn jangkaan mana tau sya tersilap cakap, so masi ada ruang 0.1% utk org lain tolong betulkan. Itupun kalau betul sya tersilap sebab sya yakin memang semua sahabat2 5A Sains '97 adalah permata2 yg mempunyai minda kelas pertama dan telah berjaya membuktikannya menurut kapasiti masing2...dan pasti masih byk kejutan(revolusi) baik yg bakal dilakukan oleh permata2 ini pada masa2 mendatang...

All d best to you my friend!

#Umar, bahan bualan ka...adeii...patutlah ko 'malu2' sama sya dulu...hahaha

# bah, kawan2 yg lain...kurual kamurang...jom ramai2 mengimbas nostalgia '97 :D

Anonymous said...

salam,

Kepada semua bekas pelajar SMK Tandek bantulah adik-adik yang masih dibangku kelas ketika ini mudah-mudahan kejayaan yang sudara-sudari kecapi kini akan dimiliki jua oleh adik-adik ini.

Bantulah dengan apa jua cara sekalipun demi anak bangsa.

Umar al-Longobi said...

terima kasih semua. sahabat sy dari pitas apa khabar? moga sihat di samping keluarga tersayang. teruskan berkilau... sdr adl di antara sahabat sy yg hebat!

sy tau ramai yg sedang memerhati. tinggal tunggu `seru` saja. "Nota Utk Pejuang" di dlm http://revolusimarudu.blogspot.com mungkin boleh memberikan idea kpd kita.

mudah2an kita akan diberikan kelapangan/kemudahan utk menganjurkan apa2 program di SMK Tandek pada masa akan datang. rasanya x masalah, sbb kbnyakan mereka adl guru.

# bukan sia sija yg `malu2` tu mimie. ramai yg memendam tu, hahaha! (kec si anon, hehe)... gurau2 di aidilfitri bah.

Anonymous said...

haha..koondom kow e bala ai.. will join u all someday..
Banar e kangku dika mimie,ogumu pominat nu digulu-gulu.kito waro sorita cuma nasib to,kidu-duo nga amu tantu awasi..but i believe the gracious of the All mighty..waro e sompori ot balasan dilo..kon.
Njoy..wowosion mapanau k..

Love you all myfren..

SANGURU said...

sy suka sekali melihat klu sdr/i tubuh alumni smk tandek. Bah pakat2 la. Kami guru2 ok saja. Merestui. Bantu adik2. Makin gawat dorang tu menongkah arus pemodenan.

Norman said...

Saya sangat bersetuju sang guru..mungkin saudara omar boleh usahakan perkara ini. Kalau saudara2 masih ingat arwah Makibin,beliau pernah menyatakan hasrat untuk meminta lepasan smk tandek untuk menubuhkan alumni terutama mereka yang telah keluar dr universiti.

Saudara2 yg berkemampuan,sila usahakan...obuli ka ambaya umar?

Umar al-Longobi said...

Man,

obuli ie teno nga, madko osodu oku siti, hehe. osususah sabat korurusan... mungkin cikgu david yg paling sesuai. atau "Dr" kita. apapun, jika tiada yg berkelapangan... kita logot2lah man sama si mimie. :-)

#al-fathihah utk allahyarham cikgu Makibin. beliau seorg guru yg berjiwa revolusioner.

SANGURU said...

setuju. Arwah cgu makibin seorang yg amat rendah diri tapi amat kuat patriotismenya. Beliau penerima anugerah tokoh akademik kimaragang pertama. Syukur ada yg memberi anugerah sebelum beliau meninggalkan dunia fana ini...

Umar al-Longobi said...

benar sanguru... sebenarnya sy amat mengagumi allahyarham. di sebalik `kebengisannya` itu terselit tekad yg kuat utk melakukan perubahan khususnya kpd bangsanya. beliaulah pengetua pertama yg sy tahu, berani `mencemar duli` memotong rumput di halaman sekolah. kalaulah ada "umar al-khattab" kimaragang, mungkin allahyarhamlah orangnya...

SANGURU said...

manusia mati meninggalkan nama. Saya ada beberapa rahsia dgn arwah, sy kongsikan 1 saja pesan arwah: "jika peluang datang, jangan lepaskan" (ini kesilapan arwah dan beliau x mahu kita mengikuti jejaknya)
Arwah x suka meninggi diri, tapi pantang orang meninggi diri...

Norman said...

Terima Kasih atas ingatan saudara sekalian terhadap arwah. Saya juga faham apa yg dimaksudkan oleh sanguru dan saudara umar. Peribadi arwah boleh kita contohi dari segi dos & donts, kesilapan beliau hanya satu dan sebenarnya masih berlaku sehingga kini pada kaum kita sekarang..saudara2 fahamkan maksud saya. Dari segi sifat perjuangan, beliau antara contoh tauladan terbaik.

Mungkin sehingga kini, masih belum ada pegawai kerajaan yg pernah berkorban seperti beliau, pergi kemesyuarat dengan memandu bas sekolah sendiri,memotong rumput,mengangkut air,mengangut pelajar asrama untuk mandi ke sungai dan sebagainya. Dari segi kesukanan dan kepimpinan, sepengetahuan saya pasukan bola sepak PSKPPS Sabah pernah menjuarai peringkat kebangsaan di bawah bimbingan beliau. Pemain bola sepak tersohor tanah air, Matlan Marjan sendiri mengakui jasa beliau terhadapnya dalam bidang ini.

Dalam hidup beliau,tidak pernah kita saksikan kemewahan, kereta besar dan sebagainya..sedangkan rasanya beliau mampu atas kapasiti pegawai kerajaan gred A.

Dari segi jasa beliau terhadap orang ramai terutamanya di Tandek, tiada siapa boleh menafikannya. Sesiapa sahaja yg berkunjung ke rumah beliau dan memohon pertolongan tidak pernah beliau hampakan. Saya teringat satu kejadian di mana ada hamba Allah yang meminta pertolongan daripada beliau dalam bentuk kewangan, beliau datang kepada kakak saya untuk meminta semula duit yg sepatutnya untuk membeli keperluan dapur dan diberikan kepada hamba Allah tersebut. Kalau tidak salah saya,bulan tersebut mereka terpaksa mengurangkan bajet dapur hampir separuh dari yg biasa.

Keperluan(bukan kehendak) beliau sendiri diletakkan jauh ke belakang berbanding orang lain, rasuah tiada dalam kamus hidupnya,pemimpin sebegini yang patut kita cari dan angkat untuk menjadi pemimpin pada masa sekarang. Mesti mereka yang tahan godaan RM,kebendaan dan kesoronkan. Kerana apabila ini tidak dapat dielakkan,maka tiada bezanya pemimpin sekarang dan yang bakal muncul..

Seperti kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama..seprti halnya beliau ini,sehingga kinipun namanya masih kita ingati kerana jasa-jasanya masyarakat iaitu kita semua. Anugerah yang diilhamkan sanguru iaitu 'tokoh akademik kimargang' amat tepat dianugerahkan kepada beliau. Mungkin selepas ini bolehlah pula sanguru usahakan 'Tokoh Revolusi Kimaragang' atau nama lain yang bermaksud sedemikian.

Usaha-usaha revolusi kimaragang telahpun bermula dengan wujudnya kesatuan bebas seperti SAM ini.

Teruskan perjuangan wahai pembela bangsa sekalian..semarakkan obor perjuangan,cetuskan lahar kebangkitan,tiupkan semboyan perjuangan..(kenapa obor,kenapa lahar pasti sanguru lebih faham!)

Selamat berjuang..

SANGURU said...

jangan risau, arwah ok2 saja....insyaAllah...
Berkat kebaikan kepada manusia, keikhkasannya dan prinsip hidupnya.
(sesekala bersua jua d dalam mimpi....)

Taufik said...

Tahniah kpd sahabat2 SEMENDEK 97, Ucapan terima kasih kpd SANGURU dan guru2 yg banyak memberi tunjuk ajar kepada kami. JASAMU TETAP DIKENANG.......

JGunsalam said...

Thaniah buat semua warga Tandek.. Kita dilahirkan ada maksudnya.. Ibarat kereta diciptakan dengan potensi kelajuan yang maksimum.. kita juga demikian.. masing2 kita ada potensi dan wibawa.. marilah kita terus saling menyokong dan memperhatikan satu dengan yang lain.. Demi untuk menjayakan Kota Marudu yang baru.. :)