SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 8, 2009

ADUAN NELAYAN: BOT TUNDA MENCEROBOH PESISIR PANTAI!

(Gambar: En. Basman Gadur) Rahaya cafe, KM: Para nelayan pesisir pantai Kota Marudu amat kecewa dan marah kerana bot-bot pukat tunda yang sepatutnya beroperasi di lautan dalam sering menceroboh zon pesisir pantai. Tindakan mereka ini mengakibatkan tukun2 nelayan, pukat nelayan turut diredah disamping mengangu pembiakan anak-anak ikan. Dipercayai mereka ini nelayan warga asing yang afresif dan berlagak samseng. Diharap pihak berkuasa segera ambil tindakan. Demikian aduan En. Basman Gadur bagi pihak nellayan-nelayan pesisir pantai Teluk Marudu.

13 comments:

Anonymous said...

kalau tiada pencerobohan pun bukan buleh dpt juga org kg.

Anonymous said...

untuk apa d paparkan ini?

Anonymous said...

aduan ini utk SAM dpt publisiti ka?
hehe... minta maaf ja cakap kasar. SAM kan telus.

SANGURU said...

sudah terlalu lama kes pencerobohan ini. Siapa peduli kesusahan para nelayan? Anonymous nelayan kah? Sy bkn nelayan tapi sesekali ikut turun laut, pernah nampak pencerobohan ini. Hampir langar perahu kami kerana bot besar itu tak pasang lampu. Main redah saja!
Betul2 la anonymous ni x berperikemausiaan.
Maaf, ni kali pertama sy sekasar ini.
Wpn kiranya rak suka SAM, tapi kasihanilah nelayan itu. Kasihanilah!

SANGURU said...

para pembaca tahukah, para nelayan itu sanggup bina tukun tiruan sendiri. Senang2 saja pukat2 tunda rosakkan. Tak kah kasihan? pukat2 tunda tu x kira ikan kecik kah besar, semua sapu, ini merosoakkan pembiakan ikan2. Masihkah kita tidak prihatin?

MindaGuru said...

yaa..kita mengharapkan pihak berkuasa ambil tindakan yang sewajarnya..Sdr Sangguru, kalau penceroboh itu benar2 warga asing, penyelesaiannya amaat4 diharapkan demi keselamatan para nelayan dan warga KM.

SANGURU said...

menurut pengadu, aduan dah dibuat sekian lama tapi tiada tindakan proaktif. Nelayan2 kecil, sudahlah miskin, periuk nasi mereka lagi kena usik. Sepatutnya, pelaut dalam, tangkaplah di laut dalam, jgn sapu semua.

RIDWAN.ct said...

salam...

terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada SAM ini kerana mengutarakan masalah kaum nelayan kususnya nelayan teluk Marudu.

Memang benar apa yang diperkatakan oleh sdr. basman tentang pencerobohan bot pukat tunda yang sekian lama mengancam nelayan kecil dan hidupan laut sekitar teluk marudu ini.

saya sendiri pernah mengelami kerugian akibat perbuatan rakus bot pukat tunda ini. Bagi nelayan yang cuma bergantung pendapatan dengan cara memancing sudah tentu terancam. Ramai nelayan pancing mengunakan tukun-tukun tiruan yang dibuat sendiri hilang dan rosak begitu sahaja oleh perbuatan bot pukat tunda ini.Bayangkan berapa kos yang ditanggung oleh nelayan tersebut.

Bantulah kaum nelayan yang serba kekurangan dan tertindas oleh perbuatan segelintir manusia yang pentingkan diri sendiri.

Bagi mereka yang bercakap seperti Anonymous di atas adakah anda mempunyai sudara mara menjadi nelayan? kalau ada bantu mereka, sekurang-kurangnya Anonymous kau dapat pahala bah.... dari ALLAH dan tanamkan sifat suka membantu sesama manusia.

wasalam.

Mr. Aki Abad 21 said...

untuk apa d kasi papar ini ? aduiiiii macam indad kapal utak ko ini anon...apa beza surat kabar kasi papar macam2 barita ? tiba2 ko tanya untuk apa ...ilang suda pikiran ko mangkali ooooooooooo ko mau utak ko inda berpungsi lagi ka ? cakap ba ? kalau mau sya buli bagi doa d bulan puasa ini.....jenis manusia apa ko ini

Little Mike (LM) said...

Jaga nelayan kita. Mereka juga mahu satu kehidupan yang harmonis demi anak-anak dan generasi akan datang.

DINAKAN said...

yes... paparan ini merupakan salah satu aduan yang perlu kita ajukan kepada pihak terlibat.

Namun, mengapa perlu anon pertikaikan? mungkin anon2 tidak suka makan makanan laut ba tu kan. tidak suka makan ikan, ketam, udang dan siput kan anon?

untuk Jab. Perikanan Kota Marudu, info perhatian mungkin telah mereka 'take note' tapi, apa tindakan seterusnya?

SANGURU said...

aduan ini telah di "take noted". harap ada perubahan nanti.

SANGURU said...

dulu saya urus hal ehwal murid. Ramai anak2 nelayan susah belajar gara2 kemiskinan. Nelayan pesisir pandai setakat memukat dan memancing, kdg2 balik duit minyak pun tidak. Marilah bersama memahami permasalahan nelayan kecil, ombak besar mereka tak gentar, permainan kecil/halus itu yang mereka tak mampu memenanginya melainkan ada insan2 spt kita ikut menyebelahi mereka.
Di pihak manakah kita?