SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, September 13, 2009

As I See It: Singgah Mata Salimandut

Mata susah mau lelap semalam selepas balik dari pekan Kota Marudu bawa orang rumah melawat-lawat. Pagi tadi sekitar jam 5 a.m.bangun awal lagi - ikut pesanan doktor, mesti "workout"; maka dengan mata yang masih kuyu saya terus manyarungkan pakaian sukan dan "jogging" di sepanjang jalan Kg.Longob hingga ke Singgah Mata hingga sesak nafas.Terpanggil pula untuk "postkan" satu entry sebelum bertolak balik ke Tambunan pagi ini... Singgah Mata...Boleh dikatakan agak ramai juga "beliau-beliau" (veteran-veteran) yang saya kenal di kampung berkenaan - maklumlah jarak rumah beliau pun bukan jauh dari Singgah mata - kalau dulu limpas saja Sungai Mopogun di belakang laitu kampung...Kelmarin, semasa dalam perjalanan naik ke bukit (kebun)saya berhenti sekejap di depan rumah panjang Singgah Mata (ketika ia sedang dibina, saya masih budak kecil lagi; sekolah rendah..)- keadaan bangunannya agak uzur - "seuzur" beberapa orang beliau yang sempat bercerita dan berseloroh dengan saya - keakraban itu tidak pernah hilang...Cuma saya agak sedih melihat kedaifan mereka...Ya la..Seperti kata Sdr. Dr. Nelson kita, "rakyat" kita masih memerlukan "infrastructural development" (mengingatkan saya pada terma yang pernah diwar-warkan oleh YB. Dr. Maximus Ongkili beberapa ketika dahulu - "Equal Regional Development"; dan kelmarin juga saya berkesempatan "driving" sekejap hingga ke Kg. Nolotan - Kagum apabila melihat Kg. Salimandut, susunatur dan "arrangement" perumahan dan lanskapnya yang kemas - apatah lagi apabila terpandang "landmark" atas bukit yang memaparkan nama kampung berkenaan - "SALIMANDUT"...Macam di Hollywood pula..he..he...Semua itu adalah berkat daripada kerjasama dan "mutual understanding" penduduk kampung berkenaan (Contoh yang ideal). Jarak antara Singgah Mata dan Kg. Salimandut bukanlah jauh...kalau waktu budak-budak dulu..sekejap saja sampai kalau pigi "gansau"...Cuma saya melihat macam "two worlds apart" dan tidak "signifying" apa yang "direfleksikan" oleh terma "berkenaan".Sehingga jumpa lagi... Carl, Kg.Longob

6 comments:

ARYA,KK said...

Perkongsian yang sangat menarik.
Kalau bercakap pasal rumah panjang sana singgahmata tu, sudah putus leher Pengerusi JKKK Kg.Salimandut memohon bantuan perumahan PPRT untuk penduduk tapi mungkin kena menunggu giliran kelulusan sebab terlalu ramai yang harus dibantu.Jadi saya tabik sama orang2 yang terus tinggal di rumah panjang uzur itu kerana mereka begitu TABAH dan SABAR untuk menunggu bantuan. Daripada tiada tempat tinggal mereka kata.

Berkenaan dengan kemajuan Kg.salimandut, saya sangat2 kagum dengan pemimpin peringkat kampung yang begitu berusaha untuk memastikan kg mereka kelihatan indah dan maju.Dan setahu saya, penduduk kg.salimandut ini adalah penduduk yang sentiasa bersatu hati sejak dulu lagi.Jadi tidak heranlah kenapa mereka leboh cepat maju mendahului kamgpung2 lain di daerah Kota marudu ini.

Apa yang saudara Carl kongsikan disini sebenarnya boleh diambil iktibar oleh mana2 pemimpin peringkat kampung untuk menjadikan kg masing2 lebih kelihatan baik.Jangan mengharap kepada bantuan kerajaan semata2. Berlambak pun pembangunan kalau setakat di situ, tidak akan kemana juga nama kampung tu.

Saya bukan orang Kg.Salimandut tetapi saya pernah membuat satu kajian di kg.salimandut.Dan ternyata, kegemilangan sesuatu kampung itu tidak hanya terletak pada kewujudan kemudahan awam/pembangunan semata2 tapi yang paling penting adalah bagaimana pemimpin peringkat kampung itu menjalankan tugas dan bagaimana penduduk kampung itu harus saling bekerjasama.Pembangunan adalah satu bonus kepada kita.Apa yang penting adalah kerjasama semua.

SANGURU said...

sokong arya. Kesatuan, semangat dan keazaman mmg kunci kejayaan. Sejarah Tandek: kampung paling awal maju/membangun adalah kg. Tingkalanon (kg. Saya). Sekarang? Yg paling maju dan menonjol adalah kg. Salimandut (kg. Moyang saya : Panglima Tumunda). Kenapa jadi begini? Kg Tingkalanon telah kehilangan 3 aura di atas sebaliknya, kg. Salimandut telah memilikinya. Harap kg2 lain ikut jejak yg baik. Belajar dari kegagalan dan kejayaan. Bukankah bagus kalau semua kg kita maju dan mandiri...

Little Mike (LM) said...

perkongsian yg menarik carl. saya masih melihat keseimbangan bersatu hati di semua kg-kg sekitar Tandek.. ini kebiasaan.. misompuruan. Tapi kita kekurangan daya kemahuan yang lebih tinggi daripada sekadar bersatu hati. Kg. Salimandut adalah contoh pakej yang lebih daripada sekadar menonjolkan kesatuan... keseronokan, 'keghairahan' menjiwai semangat kerja mahu ke depan dengan nilai kedesaan yang hidup serba serbinya.. hasilnya langkah mereka jauh ke depan....

mudah2an, semua kampung suatu hari nanti selepas ini akan sama2 maju ke depan.

NONG said...

THANKS atas pujian untuk kampung saya iaitu Kg.Salimandut.
Bukan mudah sebenarnya menjadi pemimpin walaupun hanya diperingkat kampung.Apatah lagi kalau memimpin sebuah negara.
Cuma resepi kepada pencapaian Kg.Salimandut setakat ini ialah pemuafakatan semua pihak termasuklah pemimpin2 terdahulu dengan rela hati memberikan ruang dan peluang kepada golongan belia untuk menjadi pemimpin.
Tidak ada istilah 'MEMBOLOT' jawatan di Kg.Salimandut.Dan yang paling istimewa ialah golongan pemimpin terdiri daripada golongan terpelajar.
Jadi, tidaklah keterlaluan jika saya menyeru disini kepada semua kepimpinan peringkat kampung di semua kampung supaya memberikan ruang kepada generasi muda untuk memimpin kampung. Supaya kita tidak ketinggalan dalam semua aspek kemajuan termasuk ICT yang memang sukar ditakluki oleh orang lama kita, dan jadilah penasihat kepada pemimpin peringkat kampung. Saya percaya kita mampu mencapai kemajuan jika ada usah2 seperti ini..

DINAKAN said...

ba ka SALIMANDUT sa nampak juga masa sa limpas jalan2 ari tu.. saja2 tgk pemandangan jalan yg baru d naik taraf.. congratulate.!

... good entry carl...

DINAKAN said...

ba ka SALIMANDUT sa nampak juga masa sa limpas jalan2 ari tu.. saja2 tgk pemandangan jalan yg baru d naik taraf.. congratulate.!

... good entry carl...