SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 29, 2009

Astaka Kg. Salimandut

Kayu untuk menadah zink disambung-sambung...Pihak pemaju lebih mengutamakan keuntungan semata-mata daripada ciri-ciri keselamatan dan ketahanan bangunan ini.
sistem perparitan di kawasan belakang bangunan ini juga dibuat cincai..Bagaimana kerja-kerja seperti ini diluluskan pihak berkaitan tanpa mengarahkan pihak pemaju memperbetulkan mana-mana ketidaksempurnaan yang patut diperbaiki?
Sudut-sudut yang dipaparkan ini merupakan bahagian-bahagian bangunan yang diperbaharui manakala bahagian lain telah sedia ada sebelum ini.
Peruntukan menaiktaraf astaka merupakan pemberian YB. Anita Baranting, keseluruhannya berjumlah 50 ribu.. Bagaimanapun, pihak pemaju khabarnya telah memberitahu masyarakat kampung bahawa peruntukan tersebut hanya berjumlah 40 ribu lebih. Mana satu kebenarannya ?

28 comments:

maikong said...

tuan,boleh bagaitau kah siapa pemaju yg dilantik...sebab kes2 masing ini tidak ada penghujungnya..dari zaman2 dulu lagi..
cadangan..cari siapa pemaju/pemberi projek/peruntukan/pihak kg..dll..kenapa? pihak pemaju mendakwa hanya rm40ribu..saja..sedangkan..sepatutnya..rm50ribu..menyebabkan rakyat sendiri(salimandut) yg menanggungnya..(kes ini bukan hanya di kg salimandut)..malah seluruh negara)...
tapi saya rasa pihak kg salimandut ada pihak yg akan bertindak seterusnya..yg wajar..tq

Anonymous said...

oddoi dogo'...kalaulah 40k, begini ka rupa dia...hehe..kalau 30k pun macam lagi cantik dari ni...
bah..kasian saja itu YB kalau dia cakap 50k tapi ada yang lapis cakap 40k...tak kan YB barani bohong rakyat terang-terangan?
Surulah pemimpin-pemimpin kg pigi tanya itu pemaju..jangan diam-diam..orang kg pun jangan kana tipu-tipu...kosian bah...

SANGURU said...

kawan saya renovate rumah dia, lebihhhh besarr, lebihhhh tegappp, lebihhh lawaaa, lebihhh canggihhh...
dia bilang tak sampai 40 ribu. so, keliru dan muskyil jugalah saya bila tengok paparan ini.
Harap masa2 akan datang buatlah baik sikit. yang pakaipun orang sendiri/diri sendiri. tak bagus dicakap2 dek orang...
ok bosss...maafkan SAM menegur.

Mr.Aki said...

pamaju dia Jamadil edaron...tanya dia kanapa dia buat ini karaja cincai..kalau kira2 urang bukit pun ini bangunan inda sampai 3o ribu bah...untung basar dia inda apa kalau dia buat bagus2

Neutral Daily said...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

Anonymous said...

mr. aki,, aiks? butul kaitu nama pamaju?? macam familiar jak nama dia di sabah times...

Pyan Krista said...

bah...mcm ada yang x betul ni gang. saya pun asal marudu...

Mr. Aki Abad 21 said...

anon, kalau mau tau lagi tanya itu pagawai sanaaaaaaaa pajabat daerah bah...urang2 kampung salimandut pun buli tanya. tarkanal ka dia apa ka dia...mana kita paduli kalau inda butul...

Anonymous said...

ya ka aki...??sy sudah cari balik tu news Pper..dalam gambar tu dia sengih-sengih sebab baru bagi bantuan kerusi ruda sama urang kampung...itu bantuan si datuk max mangkali tu..dia wakil saja..oddoi...dia kuntarakter ka pulak?? hehe
apa laitu? minta dam..dam..dum di media?? ba...pas ni, jangan lupa p minta dia bikin ungkus itu ruma yang kana papar juga di SAM...
Susuai laitu kan? kalu dia kasi tabal pakit pakai duit peruntukan astaka salimandut..kasi suru nipis balek siikit tu pakit untuk urang memerlukan di salimandut...Itu namanya, dari Salimandut untuk Salimandut...

Little Mike (LM) said...

terus-terang, untuk bangunan seperti ini, RM25k pun lebih cantik dari bangunan yang 'dimajukan' di salimandut.... kalau tidak salah bangunan ini di tambah sana sini (maknanya sudah sedia ada-cuma mau kasi cantik)... BIKIN PENING/ BIKIN PANAS ba orang-orang yang jalan tugas macam ini...

Mr. Aki Abad 21 said...

Lm urang yg layak bagi angaran kos, layak buat kira2 pasal dia tarlibat pakara2 buat bangunan d paringkat nasinul.... bukan kampuing2 jadi apa lagi urang2 pajabat km yg tarlibat kasi angar kos dan sabagainya... tulung antar urang2 kamu tinguk ini bangunan..... bikin malu sama karajaan. kasi capat2 sabulum muka2 kita urang malu.....

urang salaimandut said...

Ini Jamadil- semua urang kampung tahu butul parangai dia ini...kalau pasal purijik A TO z sipak tarajang dia kami tahu. Yang malawan anak si botong bin anjuk saja, yang lain malawan juga tapi panas2 tahi karabau...Apa lagi bungkar habis2an wahai SAM.

ming2elly said...

adakah ini ada persamaan dengan dewan kg kandawayon?

ini baru salimandut dan kandawayon yang kena post...

kg2 lain macam mana? adakah kita sebagai end user ini berpuas hati dengan infrastruktur ini?

rakyat sangat berpuas hati dengan sumbangan kerajaan, cuma PELAKSANA ini macam mana?

saya juga amat sedih melihat paparan ini, RM 50 K? atau RM 5 K saja tu?

tolong lah bagi mana2 PELAKSANA projek ini, sila buat kerja anda dengan sebaiknya, ini adalah sumbangan kerajaan untuk rakyat dan juga untuk PELAKSANA projek ini.

jika projek ini dilakukan dengan baik, PELAKSANA juga akan ada rekod baik, dan boleh menaikkan nama PELAKSANA itu sendiri. tidak kah itu cukup bagus???

Umar al-Longobi said...

bungkar saja bah siapa yg ada maklumat...

Aldusuni said...

Minta YB. anita dan pejabat daerah kota marudu lihat astaka tersebut, keraja si jamadil ini bikin malu pada kerajaan. jika tidak saya akan panjangkan perkara ini pada SPRM.

Anonymous said...

atookkk....oiii...aldusuni, biar betul mo ditalipun sprm tu....kosian laitu pamaju..runding-runding dulu suru dia kasi cantek siiiikit lagi bah...hehe..

Aldusuni said...

macam ini saja anon, kita kesian dialah kita tegur kerja2 dia. jamadil ini siapa tidak kenal di tandek...semua kenal, perjuangan dia, gaya2 dia, cakap2 dia dan sebagainya... jamadil itu menantu bapa saya, saya pulak di panggil IPAG tapi kalau sikap tidak baik buat apa di kasi TUTUP bukan ?

Little Mike (LM) said...

saya tidak mengerti apa KEKURANGAN dn KELEMAHANnya memiliki prestasi dan rekod baik dalam melaksanakan tugas....

Anonymous said...

Tuan, jagan la ba sikit2 riput sana SPRM. Kalau urang buat silap, tagur la ba dulu. Kalu nda mandangar juga, baru la kasi hukuman. PBT dan YB sendiri boleh lawat baitu tapak purijik tu. Kalau nda puasati suruh bikin balik bah..Sapa ba kontaktor yng bagus di tandek ni....cuba kasi sanarai sikit...Sinang cerita, ko tagur dulu ba ipag kau tu...apamasam?

SANGURU said...

hmm, inilah tanda SAM tiada double standard. Apapun harap ada penyelesaian yg lebih baik dan berdiplomasi kelak. Sy akan cuba hubungi penulis Utk tindakan selanjutnya yang lebih harmoni.
"Tuhan memberi peringatan demi peringatan sebelum tindakan/bala. " - saya fikir inilah yg sebaik2nya.
Dalam hal2 bersuara, saya pegang 1prinsip: "saya jauh lebih teruk dari Nabi Musa, dan yang saya tegur jauh lebih mulia dari Firaun" - sedangkan Nabi Musa pun tetap juga memelihara adab2 di hadapan Firaun laknatullah (laktanullah ini bukan saya yg cakap, andang2 begitu dlm kitab), apatah lagi saya manusia serba kekurangan ini. ...
Kepada semua kontraktor yg pernah SAM paparkan, saya bagi pihak SAM memohon ribuan kemaafan. Tindakan kami memang menyakitkan/melukakan tapi kami ikhlas. Mengubati masalah memang menyakitkan. Kerja ini amat mencabar dan membahayakan, kami sanggupi demi kebaikan kita semua akhirnya. Percayalah bahawa kami tidak berniat buruk terhadap tuan/puan/datuk/dll.

Anonymous said...

aik? ipag ko pulak tn aldusuni...oddooiii dikaa...Bah..pigi katuk2 dulu pintu dia sebulum lapor sprm aaa...kosian anak bini bah...tapik bila dipikir-pikir balik, betul jugaklah..laaagi kosian kalau dia terus-terusan kasi makan anak bini pakai duit @#$%&**...Sy tdk barani cakap...bah, mana-mana saja kamurang, sy ikut saja pasal sy sudah parnah nampak astaka bernilai under30k...laaaagi cantek dari tuuuuna astaka kamurang di kg. salimandut...mana sudah itu YB anita yang prihatin....tolon...tolong...mejensi kol...tuuuutttttt....

Anonymous said...

Dulunya saya 9 tahun juga pernah pegang dan meluluskan projek luar bandar....Saya amat muskillah juga seperti mana kawan2 d SAM memberikan komen mereka...Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) d Tandek lah yg bertanggung jawab d atas kelulusan yg telah d berikan...!!!Dengan kelulusan tanpa PEMERIKSAAN inilah yg akan terjadi...Kepada DO dan ADO (R)Tandek dunia sekarang ini semakin canggih SPRM (BPR) pun boleh melihat sendiri d dalam Permasalahan rakyat d Selimandut ni....Oleh yg sedemikian setiap Peruntukan MP/ADUN "WAJIB"lah d selia/d luluskan dengan mutu kerja yg BERKUALITI....

Aldusuni said...

saya kenal ipag sya...dulu sya diam kerana sya sangat hormat dan sya masi kecil namun tidak hari ini, kalau org lain tdk berani kerana @#$%^&*() maka sya berani kerana sya tdk mahu di cop 2x5 fahamkan maksud sayakan

SANGURU said...

sy kenal en. Jamadil. Beliau juga prihatin dgn keluarga dan anak2 buah. Ada 1 kenangan lucu saya dgn beliau. Masa tu sy kanak2, saya arah dia hantar saya ke SK tandek dari kg mosolog pakai motor buruk. Gara2 dia tahan kami jangan pulang dulu dari ramai2 keluarga di sana. Nanti sy hantar katanya. Hehhe. Masih ingatkah tuan itu alkisah.
Begini sajalah, Rasanya kes astaka salimandut ni lebih ok banding kes runtuh sana sini, namun pada masa2 akan datang, harap semua kontraktor kita berkorban sedikit utk beri yg terbaik kpd org2 kita. Bantu pemimpin kita bangunkan masyarakat. Klu kontraktor x kerjasama, pemimpin boleh jatuh, klu pemimpin jatuh, mcmna nak kasi peluang kpd kontraktor kita? Step by step menuju kejayaan dan kekayaan bah.
Cubalah kita amal konsep payung yg betul. Pemimpin beri peluang kpd kontraktor, kontraktor beri sumbangan kpd masyarakatnya.
Nota: sebenarnya bukan polisi SAM mendedahkan nama kontraktor, hanya kontraktor cemerlang yang SAM dedahkan. Mr Aki BUKAN STAF SAM, mungkin beliau ada dengar cerita d sana-sini.
Lagi satu: matlamat SAM memaparkan sesuatu isu bukan berniat nak bawa "pesalah" ke peringkat hukuman bahkan sekadar paparan untuk direnungi dan sedikit peringatan kepada yang tersilap langkah. Syukurlah, selepas adanya SAM, khabarnya para kontraktor dah mulai hati2. Ini baik utk kita semua, baik juga utk YB/MP, namun...berapa org kah yg berfikir sejauh ini...

Saya Anak said...

Eh eh eh C Jamadil Edaron ni memang saya kenal betul bah kalo saya tdk silap...Dia dulu CDO bah kan sewaktu Gundohing YB Saibul Supu (waktu PBS)? Wah kami kawan akrab kira2 9 tahun bah pula ini...Aduh Tampinai JE kenapa lah pula kau bikin kelaja tidak ikut Spek Pej.Daerah Tandek tu kawan.
Jgn bah terlalu mau untung banyak Jamadil....Jaga2 baa nama C YB MP/ADUN Tandek/KM kita tu.....BE END ni mungkin C Jamadil fikir2 nda boleh kalah bah lagi mungkinkan? Sekuat kuat Kerajaan USNO,BERJAYA dan PBS kecundang juga akhirnya,Sekuat kuat Kerajaan LDP d Jepun memerintah selama 53 tahun (Kalau tdk silap) melabik juga bah.Apa lagi Kerajaan BE END yg memang sudah mcm2 repuh d Malaya sana tu kaaan....

Anonymous said...

gali lubang tutup lubang... jamadil ooooo jamadil

SANGURU said...

hmm, wpn en jamadil buat silap, tapi beliau masih dianggap orang bawahan yg banyak menyumbang kepada orang atasannya yg juga 2X5 malah lebih teruk kelicikannya. Maksud saya di sini, kalau kita berani lanyak org bawah, kena berani juga lanyak org besar2/atas2.
Inilah akibatnya kalau membuka pekung orang secara spesifik. Saya minta usahlah lagi kutuk2 en jamadil secara terus2an begini. Jika tuan2 benar2 pejuang sejati, sila kutuk juga misalnya YB2, MP2, menteri2, DO2, ADO2, dll. "ikan busuk dari atas/kepala"- pepatah inggeris.
Memaparkan silap salah org biarlah sederhana dan sipi2 saja sekadar untuk teguran. Kerana itulah, wpn saya agresif dan pernah dicop pembangkang no.1 tapi...bila saya menegur, saya memilih cara sindiran dan tak pernah menyebut secara spesifik. Cara saya mmg mengundang musibah kpd saya kerana ramai sahabat2 merasa dirinya yg kena walhal bukan. Maafkn saya kerana inilah cara yg terbaik sy terfikir menulis.
Ingat, hari ini kita mungkin betul, esok?
Sekali lagi saya bg pihak SAM menyatakan bahawa tujuan kami memaparkan hanyalah utk pendidikan. Bukan tugas kami membawa ke pengadilan atau hukuman. Selama ini kita tidak ada badan penegur peringkat daerah/kg2, kalau ada pun pihak pembangkang yg membangkang bertujuan menjatuhkan, maka lahirlah SAM. Kami tentunya tidak sempurna tapi mudah2an boleh menjadi role model.
Kpd pihak yg tergugat kerana paparan SAM, bersyukurlah, kalau di semenanajung, lagi dahsyatttt. Kita di sini masih dan terus berhemah. Kalau kasar pun hanya bunyi saja, kata p. Ramlee...tq.

Sam. Malaysia7 said...

Bagi saya Sanguru SAM adalah mata dan Lidah secara tdk resmi kepada Pengundi,Pemimpin dan terutama sekali adalah Rakyat KM/Tandek itu sendiri.Sedangkan saya dari luar kawasan pun meraskan dapat gembira dan terpanggil untuk mengomen juga d ruang Komen SAM...Terima kasih banyak kerana d berikan peluang mengomen. he he he he he he