SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, September 5, 2009

BERKAT

Ramai orang bercakap tentang keberkatan. Tapi berapa ramai yang faham apa itu "berkat" dan berusaha untuk mencapai keberkatan? Berdasarkan sedikit pembacaan saya, berkat itu adalah satu kebaikan yang bertambah, berterusan dan berpanjangan. Lawannya adalah, keburukan yang bertambah, berterusan dan berpanjangan. Bagaimana mencapai keberkatan? Saya lebih suka memakai istilah yang selalu digunapakai oleh golongan Tabligh iaitu, "Melaksanakan perintahNya mengikut cara PesuruhNya". Kalau kita menunaikan perintahNya tanpa mengikut cara yang ditunjukkan oleh PesuruhNya, bererti tiadalah keberkatan yang kita perolehi. Apatah lagi bagi mereka yang ingkar perintahNya, bukan hanya tiada keberkatan malah akan ditimpakan dosa lagi. Ramai yang memandang enteng soal keberkatan ini. Tidak kira di dalam kehidupan persendirian, perniagaan, politik dan lain-lain lagi yang berkaitan. Sifat amanah diketepikan, menipu pembeli, mengamalkan politik wang dan banyak lagi. Ya, kita tahu ramai di antara mereka yang kaya raya hasil daripada perbuatan culas itu. Tapi, kesudahannya? Kaya tapi hati gundah gulana. Kaya tapi keluarga porak peranda. Kaya tapi penyakit bermaharajalela. Kaya tapi musuh sentiasa mengancam nyawa. Dan, kaya tapi dapat secupak belanja sebelanga. Akhirnya sengsara, lebur dan binasa. Bersempena bulan mulia ini, saya menyeru kepada diri sendiri dan kepada pembaca semua, marilah bersama mengejar keberkatan. Kerana dalam keberkatan itu ada kebaikan yang bertambah, berterusan dan berpanjangan.
"Biarlah sedikit yang penting berkat. Daripada banyak tapi mendatangkan mudharat."

4 comments:

Balsam said...

Thanks sdr Umar...Semoga tulisan ini membawa keberkatan kepada semua...

otakguru said...

sdr Umar betul,.. bila kita sentiasa menjadikan Sang Pencipta sebagai paksi kehidupan, kita tidak akan sanggup melakukan perbuatan yang tidak memberkati..satu mesej yang baik untuk semua.

Norawi said...

walau macamana kaya pun seseorang itu, jika kehidupannya tanpa keberkatan umpama kehidupan helang terbang tinggi,tapi akhirnya turun juga tanpa apa-apa.Yang ada baginya kehidupan tanpa anugerah rahmat.

Umar al-Longobi said...

terima kasih semua. yg cukup merisaukan saya sekarang adalah sistem riba yg diamalkan sejak sekian lama di dalam kebanyakan urusniaga khasnya dinegara kita. setahu sy, semua agama menentang riba. riba byk mencairkan keberkatan hidup yg sepatutnya kita miliki. jangan main2 riba ni. boleh lumpuh ekonomi 1 negara oh kalau tidak dibendung. mari bersama menentang riba!