SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, September 12, 2009

Bersyukur dengan apa yang ada

Masa saya kecil-kecil dulu kehidupan kami serba sederhana.Walaupun almarhum bapa bekerja sebagai Guru Besar, gaji beliau tidak seberapa.Di tambah pula dengan bilangan adik beradik saya yang begitu ramai - 14 orang dan saya adalah anak ke lapan. Gaji bapa sekadar cukup makan. Membesar ditengah-tengah keluarga yang besar ini iaitu 6 lelaki dan 8 perempuan menjadikan saya seorang yang sangat lasak. Jajal kata ibu saya.Lebih-lebih lagi saya lah satu-satunya anak perempuan yang ada di rumah ketika itu.Kakak sulung saya - Norliah tinggal bersama Mak Tua Isa (kakak kepada bapa saya) di Tawau.Manakala kakak saya yang seorang lagi - Rafeah, menetap di rumah Babu Jonah (adik kepada ibu saya dan merupakan kakak kepada ibu Sanguru) di Sikuati,Kudat.Dan seorang lagi kakak saya - Rohaya tinggal bersama Babu Rukinah (juga adik kepada ibu saya) di Tandek. Maka membesarlah saya bersama abang-abang serta pakcik-pakcik yang hampir sebaya dengan kami iaitu Pakcik Makibin dan Pakcik Juali.Kelasakan dan kenakalan mereka membuat saya terikut-ikut dan yakin 110% kalau saya adalah budak lelaki.Sebenarnya saya tidak hairan bila ramai diantara rakan-rakan yang membaca entri saya menyangka bahawa saya adalah lelaki kerana memang saya agak tomboy sewaktu kecil.Kesekolah pun pakai pakaian seragam lelaki.Hanya ketika berusia 8 tahun barulah saya memakai pakaian seragam perempuan.Itupun selepas bertahun-tahun ibu memujuk.Hahaha Menangkap ikan di sungai menyiud,madtamol,memanjat pokok,melastik burung itulah aktiviti harian saya.Paling rapat dengan saya adalah abang saya Maidin (Otok),Nordin (Anang) dan Pakcik Makibin.Kemana saja kami akan berempat.Lastik sentiasa tergantung dileher. Kerana lasak dan nakalnya kami, ibu sentiasa mempastikan kami tidak membuat kerja sia-sia. Maka kami akan dibawa keladang.Kami diajar cara-cara berkebun dan bagaimana boleh menghasilkan wang dari usaha berkebun tadi.Ibu sentiasa memantau kerja-kerja kami sehingga kami boleh bekerja dan membuat keputusan sendiri.Hasilnya kami mempunyai wang sendiri untuk membeli segala keperluan kami contohnya buku dan peralatan sekolah.Kami diajar hidup mandiri. Bapa selalu berpesan 'sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada.Dan inilah yang menjadi amalan kami dalam kehidupan seharian. Dulu-dulu untuk lauk sehari-hari saya akan mengambil paku pakis atau rebung.Sesekali menu ditukar kepada jantung pisang atau sayur-sayuran yang ditanam sendiri dikebun.Ikan... pancing saja di sungai atau pasang bubu.Dapat ikan koruk,turongou atau lontong itu sudah kira lumayan.Kalau mahir boleh juga menembak udang.Ini kepakaran si Anang.Biasanya dia akan pilih udang yang besar saja untuk di tembak sementara udang yang kecil dia biarkan 'kasi basar dulu,dia bilang. Cara hidup ini saya percaya adalah merupakan cara hidup seluruh warga Tandek khasnya dan Kota Marudu amnya.Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha hidup mandiri itulah pegangan hidup warga Marudu.Dan inilah salah satu penyebab kenapa Kota Marudu dan Tandek khususnya lambat maju. Soalnya bukan kerana dungu,jauh sekali lembab atau malas.Apa yang saya perhatikan orang kita tidak suka meminta-minta,tidak suka buat komplen,tidak suka menyusahkan orang walaupun itu bermakna hak sendiri terpaksa dipinggirkan."Biarlah kita sendiri susah jangan kita kasi susah orang lain" inilah antara pesanan ibu saya dan menjadi tabiat orang-orang kita di Tandek khasnya. Merungut sedikit orang kita sudah merasa bersalah merasa berdosa merasa diri telah menyusahkan orang lain.Ditambah pula ada sebilangan besar yang tidak tahu kemana hendak membuat aduan.Akibatnya ada orang-orang tertentu yang mengambil kesempatan atas sifat lemah lembut orang kita. Sikap pasif dan terlalu bertolak ansur menyebabkan segala usaha diperlekeh dan orang kita kata apa 'nda apa bos,palan-palan bah' atau 'ahh...boleh bah kalau kau'. Warga Marudu tidak pernah berhenti berusaha membangun ekonomi bangsa,tanam padi,tanam sawit,tanam getah,buah-buahan serta sayur-sayuran.Tetapi setakat berusaha dengan tulang 4 kerat tidak akan kemana tanpa bantuan pihak berwajib.Maka disinilah SAM main peranan. Kawan-kawan seangkatan,biarlah apa orang kata.Sama-sama kita hidupkan SAM...kita teruskan perjuangan.Kasi kaw-kaw ini SAM.

9 comments:

ison said...

Kau jugalah Kyro. :)

Saya tetap percaya juga bahawa orang2 Tandek dan Kota Marudu sebenarnya masih mempunyai sifat baik ini...

Cuma kini kita sudah sedar bahawa kita tidak mahu terus dipersenda dan diambil kesempatan kerana kebaikan yang kita tunjukkan.

Teruskan perjuangan SAM!

Balsam said...

macam besa juga bha...I like d entry...:)

MindaGuru said...

Kyro, saya setuju orang kita pun ramai juga rajin berusaha ..mandiri, buktinya ramai yg berniaga secara kecil2an menjual sayur, buah2an dsbnya di tamu2 atau tepi jalan.Kalau mereka suka meminta-minta ataupun komplen...tapi biar saya meminta dan merayu pihak mereka..iaitu orang2 kita kalau mau beli sayur/buah2an dll belilah daripada inan, todu, gaman. kalau terasa mau merokok belilah sigup, lopian tembakau dan elakkan membeli daripada "orang lain" selagi ada orang kita..he..he

Saya cinta orang kita..

SANGURU said...

hpy bday kyro. Semoga terus sihat, murah rezeki dan yg paling penting BAHAGIA. Teruskan menulis kisah dulu2

ILLIE said...

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN DATIN KYRO..oppsss..bah nanti sia pulang di Sabah pada bulan 10 ini..sia mau serang restoran ko ah..sia mau makan mee sup..hehehehe

kyro said...

Boleh bah kalau kau illie hehehe.Tq sanguru,illie,dr ison,balsam n mindaguru.

Memang begini la kitorang punya bangsa bah,talampau bagus.Perlu diubah jga tu siikit sebab org bilang buat baik berpada-pada,jgn smpi org pijak kepala.Biarlah kita jadi warga yang lemah lembut tetapi tegas.

Umar al-Longobi said...

apb membaca tulisan pn. @ odu kyro ni, sy kdg2 tergelak seorang diri, haha! sebab dulu sy mati2 ingatkan beliau seorang lelaki veteran, bermisai tebal, beruban sedikit, macho dll. sampai sy membahasakan diri beliau sbg "ayahanda" tidak lama dulu. yg geramnya, si beliau ni ketawa saja, hehe...

apapun, paradigma warga marudu yg `sopan` tidak bertempat ini perlu dianjakkan. spt kata pn. kyro, hak tetap hak. dan, kita perlu berani menuntut dan memperjuangkannya! tak gitu ayahanda... :-)

SANGURU said...

org Tandek ni bkn x berbakat. Apapun boleh. Misalnya, klu d banding aki gunsanad dengan aki Tumunda, rasanya aki Tumunda lebih powerr...itu sebab aki Gunsanad cari tapak di tempat lain dan akhirnya di keningau. Kenapa aki Gunsanad pula lebih menonjol dalam sejarah bangsa Sabah? (ada versi menyatakan aki Gunsanad orang Tandek, KM). Saya ada jawapannya, tapi biarlah tuan/puan meamikirkannya sendiri...
Maksudnya, orang Tandek kena tonjolkan diri, rasa malu2 itu kena dikesampingkan. Tanam sikap saya harus ke depan kerana saya memang layak di depan. Sayang anugerah Tuhan kalau x diguna sebaik2nya...

SANGURU said...

bagi yang tahu sejarah, Aki Tumunda lebih hebat ilmu kebatinannya banding sharif Osman. Lanun2 balingingi di teluk marudu/laut sulu takut aki Tumunda. Justeru itulah aki Tumunda diberi anugerah panglima oleh British kerana dapat "menenteramkan" lanun2 itu. Kenapa sharif osman lebih terkenal? Kerana beliau ada organisasi dan perjuangan sementara aki/panglima Tumunda bergerak solo bahkan x campur gaul politik. - INI ORANG TANDEK KENA STUDY BTL2. JANGAN ASYIK MENGALAH SEDANGKAN KALIAN BUKAN BUDUH DAN LEMAH. JADILAH BANGSA YANG MEMIMPIN, BUKAN ASYIK DIPIMPIN TAK KETENTUAN...