SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, September 3, 2009

BEZANYA 1 DENGAN 10

Apa beza antara 1 dengan 10... pasti kamu semua akan memberi respon yang berlainan. Sebenarnya mudah untuk kita fikiran jawapannya....kalau 1...kita mudah kalah, kita mudah kecewa, malah kita mudah diperbodohkan atau diperkotak-katikkan tapi kalau 10..kita kuat...banyak pilihan idea, banyak cetusan idea, banyak peluang peyelesaian dan tiada siapa yang berani mempermainkan kita. Maka itu, untuk mencapai kejayaan, kemajuan dan keberhasilan, kita harus bergabung tenaga, pemikiran dan idea. Tidak mudah kalau seorang saja yang berkerja atau bersuara atau memikir. Tapi bila 10 kepala bergabung pemikiran, wadah perjuangan atau cetusan penyelesaian, maka kejayaan pasti terhasil. Bersefahaman, kekitaan, kekeluargaan, saling mempercayai, mudah menerima teguran dan banyak lagi adalah faktor yang menjadikan 10 itu berjaya. Maka itu..pandai-pandailah menimbang setiap idea yang cuba diutarakan oleh SAM.

3 comments:

kyro said...

Dengan kata lain Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Oleh itu kita harus sama-sama berjuang bersatu padu dalam apa jua keadaan 'junjung bak sireh,rumpun bak serai'

SANGURU said...

ya. Sepatutnya 10 > 1. Ramai itu kekuatan. Cuma tetap ada 2 pilihan yg jelas: beramai2 buat kebaikan, atau beramai2 tinggalkan kebaikan.

Umar al-Longobi said...

ya, kuantiti yg berkualiti itu 1 tuntutan dlm perjuangan. bertolong2lah kita dlm perkara kebaikan. jgn dlm kemungkaran...