SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 15, 2009

BUMIPUTERA HANYA NAMA...

Restoran Bumiputera, KM: Sudah lama tidak minum kopi di restoran ini. Unik tapi bukan perkara biasa kerana sering kali kita jumpa restoran yang namanya bukan calang-calang. Restoran ini misalnya, dari atas sampai bawah bukan bumiputera. Makcik yang selalu bancuh kopi untuk saya pun confirm bukan BUMIPUTERA.... Nama bumiputera memang membawa tuah. Nama yang boleh dibikin cari untung, cari projek dan sebagainya. Saya ada sahabat cina yang kaya. Saya tukang buat nama syarikatnya. Nama-nama syarikatnya semua yang bukan alang-alang, nama-nama yang jelas mengambarkan keistimewaan bumiputera. Alahai...apalah nasib sang bumiputera ini. Kemerdekaan yang belum cukup terisi agaknya...

8 comments:

Anonymous said...

Pergolekan politik yang melanda Malaysia pada Pilihanraya Umum ke 12 sedikit sebanyak memberikan kesan kepada Kaum Bumiputera Sabah yang diputar belitkan dan dimomokkan dengan Hak Istimewa mereka yang tidak ada pada kaum lain, walaupun hak mereka sebenarnya ‘Utopia’ atau ‘Tidak Wujud’ dan hanya menjadi 'Halwa Telinga' selama ini.
Dengan bangganya Kaum Bumiputera Islam, Bukan Islam dan Bumiputera UMNO(PTI yang mendapat kad pengenalan melalui pintu belakang Rakyat Indonesia,Philippine, Pakistan & India) mendabik dada menuntut hak mereka yang hilang dan saling tidak tumpah seperti keldai mencari garam yang dibawa di dalam guni selepas menyeberangi sungai Nil!

Mereka mendakwa ‘Hak’ mereka dijamin dan terpelihara di dalam Perlembagaan sedangkan pada dasarnya, Perlembagaan Persekutuan menafikan hak mereka sebaliknya hanya menyebut Hak Bumiputera di Sarawak, menyebabkan Bumiputera di Sabah bagaikan status anak Seksyen 10, iaitu ‘Anak Luar Nikah’ yang belum ditentukan kewarganegaraannya.

Pemansuhan Sijil Anak Negeri oleh Kerajaan Berjaya, menyebabkan mereka yang berkahwin campur gagal memperoleh hak menurut Prinsip Jus Soli, manakala Dusun Tulen atau Kaum Bumiputera yang tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan kehilangan segala ‘Hak’ melainkan hak untuk memiliki rumah PPRT.

Kerajaan Barisan Nasional telah menurunkan taraf Bumiputera Sabah dan menjenamakan mereka sebagai ‘Golongan Sasar (GS) dan Golongan Miskin Tegar’ (GMT) semata-mata kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan lebih banyak melepak di kedai kopi atau menjadi Mat Jenin di bawah pokok durian yang baru di tanam kelmarin.

SANGURU said...

posting yang serius. Lahir dari jentera pemikiran yang tentunya ada keseriusan. Bagus anonymous.

Tuan Cobra said...

Sanguru posting itu memanglah serius.Hanya orang2 tertentu dan anak2 muda sahaja yg bisa membuat andaian dan tafsiran yg jitu menjurus kearah itu...Kerana Negara Malaysia ini adalah HAK kita bersama dan tidak boleh d Kongsikan dengan pendatang (yang baru saja d berikan Mykad beberpa tahun dan tidak tahu akan perasaan anak Watan d negeri ini)yg baru sahaja datang kenegara ini....Hanya Sanguru,kamu dan kita semuanya bersatu baharulah bisa MEROBAH segala gala yg mungkar dan batil ini...

Anonymous said...

Status BUMIPUTERA janganlah d kenang lagi. Kerana semenjak pemberian Mykad kepada Pendatang tanpa Izin daripada Indonesia/Philippine/Pakistan/Indiad sekitar 1980an itu benar2 membawa 1 kehancuran yg nyata pada Generasi negeri/negara ini.Apakah UBAT dan PENAWAR yg MUJARAB kepada penyakit ini? Apakah d dalam Agama kita Islam Hukuman Bunuh pada Zaman para Rasul/Nabi? Jika sekiranya terjadi perkara ini d Negara ini apakah kita mahu HUKUMAN BUNUH juga yg akan d terima bagi Pemimpin,Pegawai JPN yg memberikan Mykad ini? Saya ingin Mensyorkan HUKUMAN BUNUH juga WAJIB d lakukan kepada Pesalah ini...!!!

Umar al-Longobi said...

kita bersuara mcmana pun, kalau pemimpin mcm itu juga... tidak akan ke mana isu ini. so, kita sedang menanti seorang pemimpin yg mampu membela nasib bumiputera. kita harap dia akan muncul! sbg rakyat, gunakanlah kuasa undi itu sebaik mungkin.

salam 1malaysia!

kyro said...

itulah org bilang "kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan"

Org tempatan hilang kerakyatan org pendatang pula diutamakan.Tidak lama lagi org kita akan jadi pendatang haram di tanah sendiri.

Tapi ini salah kita juga sebab ada org kita pigi kawin sama itu pendatang...aiyaa...sikarang kalau masuk kg terutama sebelah kundasang anak dusun muka Timur...ada muka shahruk khan....ada muka 1dunia.

Saya ada kawang kadazang....hehe

SANGURU said...

nahhh...itulah antara sebab2nya...
DUSUN OM BAJAU...
OMMMMM....

Anonymous said...

Kalau yg kawin campur tu lainlah...Itu sudah d namakan JODOH dan teratur dan terarah sudah...Jenis yg kawin Campur ni bersangkutan dengan JODOH bro tidak sampai jutaan banyaknya d Negeri dan negara ini...Kita tdk boleh ubah dan hentikan...Ini berkaitan dengan Nafsu nafsi sudah tu...Tetapi Pemberian dan Penganugerahan Mykad Malaysia secara terang2an ni lain HALnya...Ini hukum BUNUH saja kepad sipemberi mykad Malaysia tu bro....Lihat saja d (sabahkini.net)