SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, September 9, 2009

CUBA KITA BERTANYA

Salam perpaduan dan salam perjuangan kepada semua rakan2 SAM dan para pembaca yang budiman. Di kesempatan ini saya sekali lagi ingin berbicara tentang daerah kelahiran dan di mana saya mula mengenal erti hidup; Kota Marudu. Sudah banyak posting dalam SAM mengenai banyak isu, dan banyak sekali komen2 dari rakan2 SAM dan para pembaca lain dari pelbagai golongan. Saya hargai semuanya. Izinkan saya untuk menghidangkan di sini apa yang saya lihat di Kota Marudu dalam 30 tahun ini. 20-30 tahun yang lalu, pekan Tandek terasa sangat jauh dari Kg Longob. Apatah lagi pekan Kota Marudu. Waktu itu jalan dari Kg. Longob ke pekan Tandek dan ke pekan Kota Marudu begitu teruk sekali. Tidak beraspal, berlumpur dan berhabuk mengikut keadaan cuaca. Kadang2 ada kereta yang tersangkut dalam lumpur yang dalam. Kadang2 ada yang terbalik di tepi jalan kerana tergelincir. Begitulah keadaan jalan2 di sekitar daerah Kota Marudu, khususnya di kawasan Tandek dalam ingatan saya. Sejak dari itu sedikit demi sedikit jalan2raya utama mula dinaiktaraf; dilebarkan, diluruskan dan diaspal. Pekan Kota Marudu juga berkembang; wujud pekan Gohsen, dan penambahan bangunan di kawasan pekan utama Kota Marudu. Pekan Tandek di Tepi Sungai Tandek yang penuh nostalgia juga dipindahkan ke pekan baru dengan bangunan konkrit. Seiring dengan itu bekalan elektrik dan talian telefon juga mula dipasang di kampung2. Sekolah baru, klinik baru, dan hospital baru juga dibina. Sudah tentu semua kemudahan ini amat dialu2kan oleh penduduk setempat agar tidak lagi perlu terlalu bergelap di malam hari, lebih mudah berhubung antara satu sama lain, kesihatan rakyat terjaga, dan pendidikan anak2 terjamin. Syukurlah kerana penduduk daerah Kota Marudu dapat merasakan semua 'kemajuan' ini. Cuma saya tertanya2... Dengan kemajuan yang ada ini, kenapa Kota Marudu masih di antara daerah yang termisikin dan termundur di Malaysia? Ada banyak kemungkinan yang boleh difikirkan. Cuba kita selidiki bersama; Mungkinkah kerana kemajuan yang disebut itu 'bergerak' dengan amat perlahan? Sementara di tempat lain, hanya pembaikpulihan aspal jalan2raya utama yang dibuat, jalan Tandek-Kg. Longob pula baru sekarang diaspal (dan masih bengkok), manakala jalan masuk ke kawasan bukit seperti Samparita dan Gana2 masih lagi 'jalan kayu balak'? Mungkinkah kerana Pekan Baru Tandek kelihatan begitu hodoh dan kotor sekali dan Pekan Kota Marudu juga tidak terurus dengan baik? Mungkinkah kerana bangunan sekolah yang dijanjikan sampai sekarang masih ada yang belum dibina lagi? Mungkinkah kerana penduduk Kota Marudu tidak membayar cukai yang diminta oleh MDKM menyebabkan 'hasil' daerah Kota Marudu seperti yang dibentangkan kepada kerajaan terlalu sedikit? Atau mungkin kerana Kota Marudu tidak mempunyai pengeluaran yang signifikan dalam produk tanam2an, ternakan, perindustrian, pelancongan dan sumber2 yang lain? Lalu salah siapakah semua ini? Pihak berkuasa tempatankah yang alpa menjalankan tugas untuk mengurus dan mentadbir daerah? YBkah yang salah kerana gagal membawa pengaruh kepimpinan untuk memajukan daerah ini? Atau penduduk daerah Kota Marudu yang begitu dungu kerana tidak pandai memajukan diri? Di sebalik semua persoalan ini, ada orang yang gembira kerana Kota Marudu 'cemerlang' dalam kemiskinan dan kemunduran. SAM juga disalahkan kerana memaparkan masalah rakyat. Nota: Kalau namanya paku memang perlu penukul untuk memakukannya. Paku mungkin kesakitan apabila ditukul, tapi akhirnya ia akan berterima kasih juga kepada penukul kerana memungkinkannya menjadi 'berguna'.

7 comments:

MindaGuru said...

Tulisan dr membuat saya terkenang situasi penghujung 80-an, hanya di pekan KM sahaja yang beraspal.Manakala di persekitarannya belum diaspal/ masih berhabuk, rasanya pembangunana hanya benar2 bermula semasa YB Datuk Max menjadi Adun Langkon(maafkan kalau saya tersilap) manakala Tandek pada ketika itu YBnya adalah orang lain.

Pembangunan KM yang lambat bermula "mungkin" menjadi salah satu sebab gelaran antara daerah termiskin masih terpalit di kaw kita hingga sekarang, selain faktor2 yang sdr Ison sebut.

Sdr. Ison, perumpaan tentang paku dan penukul menarik minat. Saya setuju paku hanya berfungsi apabila ada penukul, malah paku itu dapat memaksimakan peranannya apabila mengalami kesakitan ketika mendapat pekena penukul..tapi itulah tanggungjawab penukul dan itulah juga peranan paku.

Apabila kedua-duanya melaksanakan peranannya. Maka kekuatannya,ketahanan,kesepaduan dan kekukuhannya "benda" yang mereka hajati berlipat kali ganda.malah lebih cantik, kemas, indah dan sebagainya. Mungkin inilah maksud si Tom dengan "frasa saling melengkapi" untuk mencapai tujuan.

Walaupun paku hanya berguna apabila menerima hentaman penukul, jangan juga "terlalu kasar", kerana ia mungkin akan menyebabkan paku itu patah atau bengkok.Rasanya ia akan merugikan kerana benda yang dihayati tidak akan kesampaian.

Rakan2, yang memegang penukul ataupun berperanan sebagai penukul dalam blog ini ..diharap dapat melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya..kita2 juga bai ni untuk tulung orang kita.

Salam perpaduan 1Malaysia..
tq Ison dengan bidalan penukul dan paku..

Little Mike (LM) said...

tidak dapat tidak, saya harus bersetuju dengan tulisan ison... Saya masih terkenangkan jalan ke KM yang penuh berbatuan... waktu itu saya sangat malas untuk pergi ke KM kerana keadaan jalan tersebnut. Saya rasa org kampung pun begitu ketika itu. tahun beralih tahun-maka nampak la jalan yang selesa digunakan. Boleh la merasa ganti lampu pom dengan lampu kalimantang.

Analogi penukul dan paku intpretasi jelas betapa perlunya 'suara orang lain' sebagai pemangkin kepada usaha sedia ada. Memang sakit menerima kritikan, tapi kalau itu diperhatikan baik2, ibarat penukul yang siap menukul paku dan sebuah rumah yang tersergam indah.

SANGURU said...

org selalu mempersendakan pahat dgn pemukul tanpa memikirkan peranan dan "tanggugjawab" masing2. Asyik kondem pahat sedangkan penukul tidak pula dipersoalkan fungsi dan tugasnya. Ayuh pahat, ayuh penukul, gandingan anda diperlukan mengukir arca kemajuan tandek, KM, Sabah dan malaysia.
Komen ini rasanya relevan di mana2 sb...bkn di KM saja ada kebobrokan, bukan?

SANGURU said...

bagi saya, inilah entry sdr yang paling baik setakat ini. Masej yang jelas dan disampaikan dengan tertib, sopan dan berbahasa serta gaya bersahaja. Teruskan berfikir dan kongsikanya. Mungkin pihak yang berkenaan terasa logik dan faedahnya lalu secara diam2 ambil tindakan.
Sebenarnya, sedar atau tidak, SAM telah mengubah Kota Marudu sejak kebelakangan ini, cuma rakyat ramai yang tak sedar. X pa, bg SAM yg penting impaknya, bukan pujiannya.

Gaaman said...

paku, pahat, tukul dan penukul(pemahat) masing2 ada fungsi(kegunaannya). Kalau tukul saja dan x ada paku/pahat yg ditukul x guna juga. Begitu juga sebaliknya, sekalinpun paku berkilo2 banyaknya kalau x da tukul(penukul), jadi la BESI BURUK namanya.

SANGURU said...

setuju dengan sdr gaman.
Siapakah gerangan tuan? Hehe...

Umar al-Longobi said...

kerjasama pintar di antara tukul & paku itu amat dituntut. konsep "kesederhanaan" adalah rahsia kejayaannya.