SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, September 11, 2009

DI MANA KEKUATAN KITA?

Salam perpaduan dan persaudaraan. Sebagai seorang pemikir bebas, saya ingin mengajak kita untuk merenungkan perkara ini. Dalam perjuangan kita untuk membela nasib rakyat Kota Marudu, di manakah letaknya kekuatan kita? Tentu sekali jawapannya ialah dalam kesatuan kita. Tapi di manakah letaknya titik kesatuan itu? Jika kita berkata kesatuan perjuangan adalah atas nama bangsa, penduduk Kota Marudu terdiri daripada pelbagai sukubangsa. Meskipun ada kaum yang lebih banyak berbanding yang lain, namun untuk memperjuangkan nasib Kota Marudu secara keseluruhannya, perjuangan atas nama bangsa hanya akan menaikan bangsa tertentu dan secara tidak langsung (walaupun tanpa niat) akan meminggirkan bangsa yang lain. Jika kita berkata kesatuan perjuangan atas nama agama, penduduk Kota Marudu juga terdiri daripada pelbagai anutan agama, dan sebagai seorang penganut agama yang baik, tentu sekali masing2 akan mempertahankan 'kebenaran' dalam agama masing2. Sama seperti bangsa tadi, perjuangan berlandaskan agama mungkin akan berjaya, tetapi akan menyebabkan penganut2 agama yang lain akan berasa terancam. Bagaimana pula dengan fahaman politik? Idealnya tentu sekali pemimpin sesebuah parti politik mahukan semua penduduk Kota Marudu menyokong perjuangan partinya. Malangnya di dunia ini yang ideal itu hampir mustahil untuk terjadi. Ini kerana setiap orang punya fahaman dan kecenderungan tersendiri. Parti juga ada yang ditunjangi oleh perjuangan kaum dan agama tertentu. Akhirnya pencarian kesatuan itu hanya menuju kepada apa yang praktikal. Lalu secara praktiknya, di manakah kesatuan kita? Saya melihat bahawa kesatuan kita terletak pada keinginan bersama untuk membawa daerah ini keluar dari selubung kemiskinan dan kemunduran. Kesatuan kita terletak pada ajaran yang sama tentang kebaikan yang masing2 agama perjuangkan, sementara tetap saling menghormati serta menerima perbezaan agama masing2. Kesatuan kita terletak pada perjuangan untuk membela nasib rakyat yang tertindas, tanpa mengira fahaman politik (parti pemerintah mahupun pembangkang). Kesatuan kita ada pada nama Kota Marudu. Samada kita berasal dari Kota Marudu ataupun tidak, dan samada pada ketika ini kita sedang tinggal di Kota Marudu ataupun tidak, kecintaan kita terhadap daerah inilah yang menyatukan kita. Atas nama Kota Marudu, kita ibarat adik-beradik dalam sebuah keluarga yang besar. Kita mungkin sesekali bersengketa, tetapi keluarga mana yang tidak pernah ada pergolakan. Namun seperti kata pepatah, "air dicincang tak akan putus", demikianlah ikatan yang menyatukan kita semua, dan di situlah letaknya kekuatan kita. Nota: Para pejuang sejati Kota Marudu, sesungguhnya kita bersatu atas nama Suara Anak2 Marudu! Salam perjuangan.

8 comments:

TANAKGOUTON said...

penulisan yang sangat cantik.
Bertuah SAM memiliki permata bangsa seperti Dr.Nellson ini.
Teruskan mencoret dengan pelbagai perkongsian yang berguna.

ison said...

TanakGouton, terima kasih atas penghargaan. Saya bukan penulis yang hebat. Saya tidak pandai bersastera.

Saya hanya menulis dengan jujur. Apa yang tersimpul di dalam hati dan dibenarkan oleh fikiran yang tenang.

Saya lebih suka menulis secara bersahaja sambil mengajak pembaca untuk berfikir dengan matang.

Balsam said...

Kaca matamu memang sentiasa digilap dok..Pasal tu, fokus sentiasa maintainnn...

Phrase ; " keluarga mana yang tidak ada pergolakan "...ya..tu laitu..sedangkan rapat2 gigi dan lidah ponn, ter ber gigit jugak kadang2...hehehe...

Little Mike (LM) said...

Bersatu teguh! Kokoh ganding bahu di antara bangsa usah diusaikan..

Umar al-Longobi said...

kita boleh membina kesatuan itu di titik kebersamaan dlm apa medan sekalipun. Samada agama, bangsa, bahasa, tempat, perjuangan dan yg sewaktu dgnnya. dan pada masa yg sama spt kata tuan dr., saling menghormati jika wujud beberapa perbedaan.

bersatu kita teguh, bercerai kita kawin balik, haha...!

MindaGuru said...

Saya percaya ramai pengunjung yang tertunggu2 pendapat seperti ini tuan. Pendapat "emas" yang amat dinanti2kan warga kota marudu. Pada saya bangsa KM, merentasi sempadan agama dan kaum. Kerana kenyataannya kita pelbagai kaum dan agama tetapi diikatsimpul sebagai satu bangsa iaitu bangsa Kota Marudu..

Ya..kita hanya memiliki satu negara dan bukan dua iaitu negara Malaysia. Kita juga tidak memiliki negeri lain kecuali Sabah tercinta.. dan kita juga berbangga menjadi salah satu daripada pelbagai kaum dan agama yang ada diKM tetapi disatukan sebagai bangsa kita atau orang kita(Lagu Ampal).
Ngam betul pendapat dr..

kyro said...

Tepat sekali Dr.Perbezaan bangsa,suku kaum atau agama tidak harus jadi penghalang.Semangat 1 Marudu hendaklah dijadikan landasan.

Lain cerita...siuk juga ini lagu2 di Utara fm ni...sadappp telinga saya dengar.

ison said...

Terima kasih kawan2 sekalian. Mari kita terus pelihara kesatuan ini. Once again Happy B'day Kyro. Macam biasa juga bah. :)