SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 1, 2009

DILEMA POLITIK: Di mana 'bumi' dipijak?

Dalam artikel saya yang lalu tentang politik, saya menyentuh sedikit tentang macam2 tujuan orang berpolitik. Ada juga beberapa kategori orang yang menghuni dunia politik ni atau lebih tepat lagi peringkat2 penyertaan dan komitmen seseorang dalam arena politik. Berikut saya perjelaskan beberapa perkara tersebut. Ada orang menceburkan diri dalam politik kerana memang merancang dari awal untuk menjadi YB. Tidak kisahlah samada tujuannya memang benar2 mahu membantu rakyat dan memajukan kawasan yang akan diwakilinya kelak, atau hanya menjadikan title YB sebagai 'tiket' untuk membuncitkan perut dengan harta kekayaan daripada wang peruntukan DUN/P/Parti dan segala macam sumber dan cara lain. Maklumlah kalau dah 'berpengaruh' dan 'berkuasa' ni... Ada juga yang hanya mahu menjadi pengikut 'kuat' YB. Politikus dalam kategori ini biasanya terdiri daripada golongan kontraktor dan mereka yang kemaruk untuk menjadi YB berikutnya. Para Kontraktor biasanya mahu menonjolkan diri sebagai pengikut kuat agar dapat melobi projek dari wang peruntukan DUN/P/Parti. Ironiknya golongan ini jugalah yang biasanya cepat menjadi pembelot YB/Parti. Mereka hanya berminat untuk menjadi penyokong kuat kepada YB/Parti yang dapat memberikan mereka 'harapan'. Bila berlaku peralihan kuasa pemerintahan, mereka inilah yang lebih cepat dari pelesit pindah parti lalu 'memperhambakan' diri kepada YB/Parti baru, konon2nya bekas YB dan parti lamanya bagaikan 'penjenayah besar' dan YB /Parti baru yang 'dipujanya' bagaikan malaikat. Ada juga (walaupun sedikit) pengikut setia yang memang berniat baik untuk membantu YB memajukan kawasan yang diwakiliya. Golongan seperti ini jarang menonjol dan selalunya dilihat seperti pengikut kuat 'kelas kedua' di mata YB. Kadang2 golongan ini dianggap 'merimaskan' oleh YB kerana banyak 'idea' yang baik. Apatah lagi kalau mereka ini seolah2 kelihatan menentang YB dalam melaksanakan sistem pentadbirannya di sesebuah kawasan yang tampak pincang kerana pelbagai penyakit 'ketamakan'. Walhal selalunya mereka inilah 'penyelamat' YB dan parti politik yang disertainya. Tidak perlulah saya mengulas banyak tentang orang2 yang hanya atau baru menjadi ahli biasa. Mereka ini ramai dan selalu dimanipulasikan oleh orang2 tengah YB. Kadang2 diperguna oleh orang2 'kuat' tadi untuk 'mengancam' YB supaya mereka sentiasa mendapat bahagian daripada setiap 'kek yang ada'. Dalam keadaan2 tertentu ahli2 biasa ini boleh juga menjadi luar biasa' (khususnya mereka yang mempunyai visi yang lebih jauh dan lebih luas serta tidak rela terus dijadikan 'umpan'). Membicarakan 3 kategori orang2 politik ini membuatkan saya juga semakin alamas. Jika saya menceburi dunia politik, saya ingin berlaku jujur dan ikhlas untuk membantu rakyat. Ayat niat itu memang skema, tetapi ada asasnya. Untuk apa saya mendapatkan nama, jawatan dan kuasa politik sedangkan semua itu tidak memberikan saya jaminan 'keselamatan'? Untuk apa saya mahu mencari harta kekayaan melalui politik sedangkan saya boleh usahakannya dengan cara lain tanpa gangguan? Untuk apa saya mahu menyusahkan diri dengan masalah rakyat sedangkan masalah saya sendiri pun banyak? Tidak ada sesiapa yang dapat menjawab setiap persoalan ini dengan tepat tanpa perlu mempersoalkannya lagi. Nota: Hanya ada satu perkara yang akan terus 'memastikan' seseorang untuk menyertai politik dan seterusnya menjadi pemimpin. Sesetengah orang memanggilnya takdir. Saya lebih suka dengan terma 'panggilan'. Some man are just called to become leaders. He can go anywhere and do anything he likes, but someday he will be a leader. Because he was destined to be one!

16 comments:

Little Mike (LM) said...

ison,
sya melihat keazaman ini begitu ikhlas... mudah2an kita dapat melihat kepimpinan seperti ini mengambil tempat di daerah kita sendiri...

SANGURU said...

hmm, ini artikel bertemakan politik yg terbaik setakat ini. Teruskan.

JMimie said...

Sangat setuju dgn term 'panggilan'...kalau memang 'dipanggil' utk menjadi pemimpin, pasti akan ke sana juga arahnya nanti...dan pemimpin yg spt inilah yg kita mahu :D

Umar al-Longobi said...

minta maaf kalau teori yg sy lontarkan itu telah menyebabkan pengunjung mengaitkannya dgn nama tuan dll. apapun, sebenarnya itu merupakan petanda yg baik. menunjukkan bhw mereka tahu siapa yg sepatutnya menduduki kerusi itu pada masa akan datang.

Save Marudu!

SANGURU said...

bila nama saya disebut dlm teori Maximus, teori Marudu, sikit pun tak mengubah diriku. Maksudku, niat dan arahku sudah begini sejak dulu lagi.
Telahku sediakan diri hanya menjadi sahabat rakyat. Lebih manis nikmat rasanya, bermain di dalam sukma...

SANGURU said...

2x aku melobi...bkn niat nak jadi YB! Hanya ingin mewakili anak watan, jgn sampai dikata tiada anak watan KM yg layak. Juga utk menyelamatkan PBS yg kian diambang keruntuhan keyakinan rakyat, kr aku jua masih mencintai PBS Demi maruah beb. Usah ditanya betapa peritnya perjuangan itu.
2x aku mengetuk pintu kesedaran itu, kali ke-3 bkn utk pintu yg sama.

SANGURU said...

bila aku "melobi", naik marah org yg merasa aku menutup pintu rezeki/peluang. Pintu rezeki? Adakah memimpin dianggap oleh mereka pintu rezeki? Alangkah bobroknya!
Kalau bkn kasihkan rakyat, alangkah amannya duduk di gua pertapaan saja...
DUNIA INI HANYA MENGANGGU DAMAIKU,
NAMUN MENJAUHINYA PUN MEMBUAT JIWAKU
TIDAK TAHAN MELIHAT...

SANGURU said...

Maka aku berharap perjuangan kecilku selama ini dapat membangkitkan semangat. Ayuh bangun golongan muda yg cintakan rakyat. Teruskan perjuangan. Pilihlah dimana pun engkau ingin berjuang asal saja untuk Rakyat, dan cintailah rakyat. Jagalah rakyat sebaik2nya...

SANGURU said...

Tentang aku usahlah difikirkan, Terbuang atau terbilang sama saja bagiku. Memadailah aku memiliki DIA. DIA tak mungkin melupakan aku/kita.
Bila telah sempurna jalan perjuangan ini, silakan melaluinya, manakala aku, aku ingin pulang ke tempat asalku. Maksudku, seperti dulu...

SANGURU said...

alamak....terlebih sudah. Izinkan aku meluahkan rasa, bukan selalu aku berkongsi rasa yang selama ini kupendam.
Wasalam.
Teruskan perjuangan. kasihi rakyat. Sayangi sesama manusia. Berpada2lah dengan duniawi, tidakkah kita lihat, yang mati hanya membawa apa, dan meninggalkan apa?...

SANGURU said...

siapalah aku...
(sajak khas utk dr nelson)

Siapalah aku
Mengajar ilmu kehidupan
Pada orang yang pakar menghidupkan.

Aku hanya ingin kongsikan
Pahit getir perjuangan
Manalah tahu ada yang tercicir dari
Kitab kehidupanmu?

Siapalah aku
Menghadiahkanmu seuntai puisi
Aku hanya guru biasa
Yang masih terus membaca
Kitab orang lain...

ison said...

LM, Mimie, thanks for agreeing with me.

Umar, this article has nothing to do with your theories. It has been there at the bottom of my heart since very long time ago. I only thought that this could be the best time to reveal them. Thanks for the theories.

Sanguru, I think I can read your heart. Thanks for those beautiful words. You are a good leader. Will reply your poem later. :)

Gaaman said...

Semoga 'panggilan' itu akan lebih jelas dan nyata. Pemimpin yg punya panggilan(niat dan keinginan utk membela dan mempertahankan hak rakyat) jelas la yg amat diperlukan bgi membantu rakyat yg masih perlu pembelaan.

jiwapendidik said...

Pemimpin yang paling diperlukan di tempat kita ialah pemimpin yang bukan sahaja untuk membangunkan daerah KM/Tandek tetapi lebih daripada itu berpegang kepada prinsip cintakan rakyat jati sabah untuk suarakan kebencian terhadap rasuah,salahgunakuasa,diskriminasi, penyelesaian masalah PTI dan IC .., dan menghormati pengundi dengan tidak mengkhianti mereka dengan amalan katak. Saya rasa ison dan Sangguru ada ciri2 pemimpin yang kita perlukan..so teruskan perjuangan.

SANGURU said...

ok jiwapendidik. Tq kepercayaan d harapan. (dlm simpanan sy, ada beribu ttngan/org spt tuan. Hehe...)
Dulu, sebelum ada SAM, bkn YB - saya dah bersuara.
Skg, sy bkn Yb pun - bersuara juga.
Esok. Sy yb/bkn YB punnn- tambah bisa suara.
So, org mcm kami/kita ni...jd apapun - SUARA TERUS NI TUANNN...

jiwapendidik said...

Sangguru..teruskan demi bangsa kita ..