SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, September 14, 2009

DS Najib:Tiada Guna Popular Di Kalangan Ahli Parti

Ini antara ucapan terbaik Datuk Seri (DS) Najib Tun Razak, sejak memegang jawatan Perdana Menteri. Inti ucapan beliau tidak lari daripada melihat rakyat sebagai momentum tertinggi dalam fokus prestasi kepimpinan. Ditunjangi slogan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan, karekter asimilasi kemajuan bangsa mengangkat dinamika konteks 'bertuankan rakyat' ternyata memahami aspirasi perjuangan yang dimahukan rakyat. Memang ternyata benar, tidak ada gunanya pemimpin popular di kalangan ahli parti sedangkan pada masa yang sama tidak disenangi malah menjejaskan sokongan rakyat. Seruan DS Najib meminta supaya pemimpin terus dekati rakyat dan mendekati rakyat dengan sikap merendahkan diri menggambarkan kesungguhan hasrat falsafah perjuangannya. Kita mahu pemimpin kita mencontohi cara DS Najib yang sinonim dengan pendekatan 'walkabout' atau tinjauan mesra rakyat. Satu aktiviti di luar program, tidak berjadual dan di luar daripada pengetahuan rakyat di samping program-program sedia ada dalam membangun agenda rakyat. SAM bersetuju dengan kenyataan DS Najib bahawa pemimpin harus tidak bersikap angkuh, salah guna kuasa, suka menunjukkan kekayaan. Menurut DS Najib, pemimpin harus berkhidmat dan menjadi 'hamba' yang baik kepada rakyat. Bercakap mengenai tinjauan mesra, SAM ingin memetik kata-kata DS Najib; '.....Saya menikmatinya kerana saya bersama rakyat Malaysia. Kalau saya Perdana Menteri boleh buat ini, pemimpin lain pun boleh buat juga. TURUN KE BAWAH.. Bersama-sama dengan rakyat. MERENDAH DIRI... BERSEDERHANA. Kesederhanaan adalah cara merendah diri.....' Demikian tegasnya DS Najib dalam menjiwai keikhlasan niat perjuangannya bersama rakyat. Jadi apa kata pemimpin kita?? Kalau ular menyusur akar, ular tak akan hilang bisanya. Pepatah ini menempelak sikap sesetengah pemimpin yang takut bila bergaul dengan rakyat biasa akan kehilangan status diri sebagai VIP/VVIP. Seruan SAM, JADILAH PEMBELA SEBENAR!! Seperti kata DS Najib "Anda (pemimpin) boleh berubah dan jadikan rakyat Malaysia masyarakat yang HEBAT!" Kepada SAM, teruskan perjuangan sebagai agen rakyat dan menyertai perjalanan gagasan Perdana Menteri kita dalam 1hasrat, 1kerja, 1keluarga, 1masyarakat, 1negara dan 1Malaysia.

8 comments:

Carl S. Adun said...

good entry mike..."grassroot" is all what it takes...

SANGURU said...

popular saja nda brapa cukup...ada penyanyi popular tp vokal? Hehehe....ada jg yg popular dan bagus vokalnya. Ini bagusss tapi ka dang ka danggg...

SANGURU said...

popular saja nda brapa cukup...ada penyanyi popular tp vokal? Hehehe....ada jg yg popular dan bagus vokalnya. Ini bagusss tapi ka dang ka danggg...

Umar al-Longobi said...

jgn jadi pemimpin yg menang sorak, rakyat tergadai!

SANGURU said...

rosak susu dek setitik nila, apatah lagi klu bertitik-titik. Nak baiki susu tu, boleh masih...melalui proses PENULINAN/PENYULINGAN...tapi sanggupkah? Sebab proses ini memerlukan PEMANASAN. Tahankah? Sediakah? Mahukah?
Jika tidak...BUANG SAJA SUSU YANG DAH TERCEMAR?
Pada saya - lakukan proses PENULINAN itu...sekarang ini, bkn selepas ini...

DINAKAN said...

pemimpin yg cemerlang adalah kerana sifatnya...

kecemerlangan kepimpinan itu tidak bererti hanya sifat luaran sahaja dinilai, namun cuba lihat dalamannya adakah dia sama atau sebaliknya.

good entry mike..

Little Mike (LM) said...

carl, sanguru, al-longobi, dinakan..
terima kasih atas komen2 kalian. banyak perkara yang kita pandang melalui titik minda yg sama prihal kepimpinan dan memimpin ini. Setuju dengan pendapat kalian dan mudah-mudahan, anugerah bakat kepimpinan yang ada pada kalian menghadiahkan Kota Marudu sebagai daerah yang mulai meningkat prestijnya.

Tuan Cobra said...

He he he seronok benar rasanya membaca komen2 adik2 ku d atas tu...Yah memang tepat sekali bah...Jika sudah Susu tu basi buang saja laah...Sanguru,Susu yg Bangas d suling 2,3 kali pun payah sudah tu berbiji biji sudah lebih bagus d jadikan Keju saja...Pemimpin 1Malaysia ni adalah Pemimpin yg "Insyallah" terakhir mungkin daripada susunan Hariki nama PM pertama Malaysia Tunku Abd R.A.H.M.A.N. Harap2 Allah swt menguide kearah kepimpinan Kerajaan yg aman,damai dan Makmur d samping ekonomi Rakyat yg bagus dan tidak selalu d timpa oleh kenaikan Minyak dan kekurangan gula selama lamanya...Insyallah Kerajaan Pelapis mendatang ni biarlah "1MALAYSIA,EKONOMI RAKYAT D UTAMAKAN,KEAMANAN SENEGARA D DAHULUKAN"......he he he