SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, September 2, 2009

Erti Merdeka si Anak Muda

Masih dalam suasana merdeka,saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman. Malam 31 ogos yang lalu saya bertugas di cafe saya shift sebelah malam.Untuk bulan ramadhan ini saya sengaja tukar shift sebab saya perlu menyediakan juadah bersahur untuk para pelanggan. Kasihan melihat pelanggan tetap cafe saya yang terdiri dari para pelajar kolej yang tinggal jauh dari ibu bapa,tiada tempat bersahur.Begitu juga dengan pekerja pejabat dan swasta yang terpaksa bekerja di luar daerah,terkial-kial mencari tempat bersahur. Biasanya selesai memasak sekitar jam 2 pagi, saya akan bergegas pulang kerumah saya untuk menemani suami dan anak-anak pula bersahur.Saya akan memandu menyusuri jalan tepi pantai (coastal road) sambil cuci-cuci mata melihat lampu-lampu yang bergemerlapan. Tapi malam 31 ogos ini suasananya agak lain sikit. Cafe saya terletak di Api-Api Centre,Kota Kinabalu berhampiran dengan Hotel Promenade. Kawasan Api-Api Centre ini memang sentiasa hidup.Macam Bukit Bintang kata kawan saya. Pub karaoke banyak disini. Sedang saya sibuk memasak saya terdengar bunyi deruan motosikal.Saya lihat kumpulan pemilik motosikal besar datang beramai-ramai.Biasalah mereka setiap tahun ikut perbarisan sambutan hari merdeka.Tidak lama kemudian saya terdengar bunyi dentuman...aahh bunga api saya berkata dalam hati.Beberapa minit kemudian saya dengar suara orang memekik-mekik ..hoi hoi sini bah sini bah kalau kau berani...Orang mabuk cari gaduh.saya hanya geleng kepala. Dalam perjalanan menuju ke kereta saya terserempak dengan seorang pemuda berpakaian serba hitam,rambut terpacak berwarna-warni.Saya amati pemuda ini mungkin dalam umur sekitar 18 atau 19 tahun.Dia melaung-laung kepada kawannya yang juga berpakaian serba hitam rambut kembang memakai rantai dan gelang besi seperti paku.Melintas dihadapan pemuda tadi saya terhidu bau yang kurang menyenangkan....arak. Sedang memandu pulang saya melihat begitu ramai anak-anak remaja lelaki dan perempuan melepak di taman-taman sepanjang Anjung Samudera hingga ke Taman Poket DBKK yang baru dibina berhadapan dengan Wisma Merdeka.Pergaulan mereka begitu bebas nampaknya mereka begitu merdeka jauh dari pemerhatian ibu bapa. Saya terus memandu...tiba di Tanjung Lipat terserempak pula dengan kumpulan rempit.Masing - masing memecut dan menunjukkan kehebatan membuat wheely di bulatan berhampiran Masjid Bandaraya,Likas.Saya terpaksa memandu perlahan dan hati-hati takut terlanggar pula budak-budak ini. Kemudian saya terfikir.....kenapa ya budak-budak sekarang tak sama macam budak dulu-dulu...Sambut merdeka sekarang pun tak sama macam dulu.Sekarang sambut merdeka buat konsert rock,pop,hip hop entah apa-apa lagi.Dulu-dulu mana ada paling hebat pun pertandingan koir lagu-lagu patriotik atau sayembara puisi.Paling tidak teater merdeka. Panggung wayang pun buat tayangan gambar percuma filem-filem yang berkaitan dengan merdeka. Saya tertanya-tanya....patut kah cara menyambut hari kemerdekaan ini di tukar? Apa yang terlintas difikiran mungkin sambutan dibuat pada siang hari sahaja,buat acara perbarisan,penyampaian anugerah remaja cemerlang barangkali.Buat pertandingan koir lagu patriotik macam dulu bukan saja antara sekolah-sekolah mungkin boleh dibuka kepada umum. Kalau sekarang ada juara macam-macam lagu apa salahnya ada Juara Lagu Kebangsaan.Di Kota Marudu ramai yang memiliki suara hebat sesuai untuk lagu-lagu patriotik. Tidak perlulah bakar bunga api dan buat konsert-konsert hiburan.Ini bukan saja membazir tapi lebih menggalakan remaja bergaul bebas tanpa batasan.Ketengahkan kehebatan remaja-remaja cemerlang untuk dijadikan contoh kepada yang lain.Remaja perlu bimbingan tentang bagaimana mengisi kemerdekaan itu.Kalau mereka mengisi kemerdekaan itu dengan hiburan jangan salahkan sesiapa....bagi saya yang salah itu orang yang menganjurkan hiburan. Budak-budak apa tau....kita beri dia terima maka berhati-hati dengan apa yang kita beri. Jangan hairan kalau satu hari nanti anak remaja kita jawab begini bila di tanya tentang kemerdekaan....".Emn..Merdeka...Ooo I love merdeka...because masa tu kita boleh jalan-jalan tengok konsert and bunga api....lepas tu boleh pergi pub minum2 dengan kengkawan.... atau begini......well..merdeka means we're free...u know...free to do anything... our parents pun tak kisah....

6 comments:

SANGURU said...

inilah bah susah mengawal gejala sosial. Ada hukuman rotan, org bantah, org sedia minta rotan, org lain halang rotan, zalim la konon, x tamadun la, apa la...hujung2 rogol sana sini, sepahkan bayi sana sini, curi rompak sana sini..bunuh org mcm bunuh nyamuk saja...
Harap kerajaan ada pendekatan berkesan baiki permasalahan ini.

Anonymous said...

kyro, budak2 skg manja, lembek, kurang aspirasi, lalai, dll sewaktu dgnnya. Ini klu dibiar akan wujud lompong. Lompong itu bisa saja diisi oleh unsur2 tidak sihat oleh anasir2 subersif. Ini bahaya...

Anonymous said...

yg bantah rotan2 itu...barangkali ada potensi kena rotan baitu, itu sebab bantah rotan. Hehe...
Sy setuju rotan. Jangan halang sy merotan anak2 sy...

Anonymous said...

bagi orag muda, merdeka itu bebas buat apa saja. Hahaha...hancusss ini negara kalau mentaliti begini x dibetulkan kyro...

Umar al-Longobi said...

begitulah org muda moden tu odu. pening juga kepala... harap2 bisa dirobah lagi. slmat berniaga! moga larissss. :-)

Little Mike (LM) said...

kyro.. menulis la lagi. kongsikan minda anda... Orang millenium semakin celik hak. guru yg merotan sekarang tidak sehebat rotan yang saya pernah rasa suatu ketika dulu (70-an) tapi masa itu saya tidak mengadu kepada bapa kerana tau saya akan dirotan lagi oleh bapa. Maknanya, rotan guru ketika itu adalah libas didikan yang membuatkan ibu bapa beranggapan anaknya sudah buat salah dan patut dihukum.

ada pula SEGELINTIR guru sekarang (produk millenium) tidak sama karekter dan aura dengan guru2 terdahulu. banyak faktor yg mempengaruhi semua ini. Mungkin dari segi faktor pengetahuan dan kepantasan teknologi, faktor makanan, faktor persekitaran.. anak2 sekarang, sekolah rendah pun ibu bapa sangat mudah membekalkan wang belanja sehingga RM5! RM10!.. wow.. dulu2 70-an 80-an RM0.20 sen.. (RM0.50 sen sudah dikira kaya)

Kemodenan sekarang tidak lagi percaya kepada basik kemanusiaan....