SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 1, 2009

Flash Back : RENUNGAN

Jika semalam kita telah melalui satu proses kesedaran tentang kemerdekaan, hari ini kita perlu bangkit memperjuangkan sesuatu yang lebih bermakna pada masa akan datang. Ini terbukti, apa bila pelbagai lapisan masyarakat melaungkan 'MERDEKA' sempena ulang tahun hari kemerdekaan negara kita. Namun, sedar atau tidak kita ada satu lagi tarikh kemerdekaan bagi penduduk atau rakyat sabah iaitu 16 september. Tarikh ini merupakan tarikh keramat yang terpilih semasa era Bapa Kemerdekaan Sabah iaitu Tun Mustapha Bin Datu Harun dan Ramai lagi golongan seangkatan Tun. Walau bagaimanapun, apakah yang akan berlaku pada hari esok, lusa, tulat, bulan depan, tahun depan atau tahun-tahun akan datang? apakah hanya meramal atau pelbagai kaedah dan teori dapat menyangkal sesuatu kebarangkalian yang belum pasti itu akan berlaku? adakah renungan atau ramalan itu boleh diterjemahkan secara halus melalui sasaran? Jawapannya, TIDAK. Namun, jika kita mempunyai impian, matlamat hidup, cita-cita, perancangan, usaha serta tawakkal, jawapannya pasti YA. Justeru, renungkanlah teori kebarangkalian ini yang merupakan sebahagian falsafah masyarakat bertamadun. 'Berfikirlah seperti orang yang bodoh, dan jangan berfikir seperti orang yang pandai, kerana orang yang bodoh merupakan orang cerdik pandai berbanding orang yang pandai namun ianya tergolong dalam golongan orang yang benar-benar bodoh'

8 comments:

Roland said...

ya... betul tu. Jadi, jangan hanya cakap merdeka di mulut tapi di hati cakap 'aaaaa'.

Anonymous said...

salam merdeka... idea mendalam ni tuan.

sa baca 2,3 kali baru faham maksud falsafah tu.

SANGURU said...

bagussss...

SANGURU said...

ingat pesan guru
(sajak khas utk dinakan)

Seorang guru tak pernah lupa dan bosan
Menitipkan pesan dan harapan
Jadilah murid yang terbaik dan terbilang
Bukan untuk sang guru
Tapi untuk bangsa tercintamu

Ingat
Ingatkan kepada diri
Dan wariskan peringatan
Kepada yang mahu ingat

Anonymous said...

ya betul sanguru. saya terpanggil memberi ucapan penghargaan atas artikel ini. saya sungguh kagum dgn org2 SAM beracam lontaran idea di paparkan sehingga saya hampir tak sempat baca entri terbaru.

Budak cute said...

saya fikir ini adalah entry terbaik buat masa ini. Saya tidak tahu mngapa saya tiba2 terpanggil memuji renungan dlm entry tuan ini.

apapun, sebagai rakyat biasa, saya amat bangga kerana idea SAM dalam mebincangkan atau merenungkan sesuatu dengan cara sebegini adalah yg paling OK.

budak marudu said...

bah kaa.. ada sajak pula utk dinakan ni sanguru..
jadi utk semua warga kota marudu mana sajaknya?

DINAKAN said...

terima kasih atas sajak sanguru...
u r d best.