SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, September 24, 2009

GAM... ohhhh.... GAM...

24 / 09 / 2009 - Hari ini, Khamis. Sewaktu saya ingin membeli sekotak air mineral di sebuah pasaraya gudang bersebelahan pejabat saya di Kudat, saya sangat terkejut melihat 2 orang yang masih boleh kira remaja ( bahasa pun bukan dari bahasa local dialect ), sedang membeli minuman keras dan GAM ! (tin warna oren jenama JEBSEN, saya rasa semua tahu jenis GAM tersebut) Dan pada ketika itu, saya juga nampak yang GAM tersebut dijual di bahagian kaunter ! ( bawah laci kaunter ) Seolah-olah GAM tersebut adalah barangan yang perlu ada untuk dijual ! Setahu saya GAM jenis ini hanya boleh didapati di kedai HARDWARE sahaja. Tapi sudah menjadi seperti barangan keperluan yang lain pula, di jual tanpa ada apa-apa sekatan oleh pihak penjual ini. Memang masih belum ada undang-undang yang sah untuk menangkap penghidu GAM ini. Tapi jika dilihat kesan daripada menghidu GAM ini, ianya lebih berbahaya dan lebih cepat memudaratkan seseorang, serta memungkinkan berlakunya gejala sosial. Kejadian ini juga saya pernah lalui ketika membantu bapa saya bekerja selepas tamat pengajian di Kota Belud. Ketika sedang mengira trip lori menimbus tanah, tiba-tiba datang seorang dari semak berhampiran, dan di tangannya memegang plastik dan tin GAM tersebut! Seraya orang itu terus bertanya kepada saya jika ada kerja seperti saya ketika itu, hanya menigra trip lori menimbus tanah. Saya cuma menggelengkan kepala saja menandakan tiada. Orang tersebut terus duduk berhampiran saya dan " pruuttt...pruuuttttt....prutttt... " orang itu terus menghisap GAM yang dibawanya. Tidak lama selepas itu, orang tersebut jalan meninggalkan kawasan tersebut sambil mengangkat tangannya ke udara, entah apa yang ditunjuknya di langit yang terbuka... Diharapkan kerajaan dapat memperuntukkan undang-undang agar kes menghidu GAM adalah salah disisi undang-undang. Dan kepada penjual pula, jangan asyik fikirkan keuntungan sahaja, serta mengawal jualannya kepada mereka yang menggunakan GAM JEBSEN ini untuk tujuan pertukangan sahaja. Saya juga amat berharap agar anak-anak muda kita sekarang, jangan terlibat dengan gejala menghidu GAM ini.
" KATAKAN TIDAK KEPADA MENGHIDU GAM ! "

7 comments:

Umar al-Longobi said...

Jauhi najis-najis itu wahai anak muda!

maikong said...

sejarah GAM ini..banyak merosakan anak muda kita..jangan d kudat ..tandek..kg,kg pun..sudah menular..namun ia dah berkurangan ..di kalangan org2 kita...SO jangan lagi sekali2 mencuba GAM...BIKIN GILA ini..(rosak otak)..

MindaGuru said...

...sesetengah tempat di kk kita boleh melihat mereka2 yang ketagih, kalau anak2 kita di kgpun terlibat ia sungguh menyedihkan..saya setuju dgn Umar dan Maikong jgn sekali-kali mencubanya..

JMimie said...

say NO to GAM! sayang hidup muda sia2 kerana gam...jangan rosakkan otak anda.

ison said...

Kesan gam sebenarnya sama dengan dadah bahkan lebih memudaratkan kesihatan kerana ianya bahan yang meruap.

Kesukaran yang kerajaan hadapi untuk mewujudkan undang2 seperti dadah kepada penghidu/peniaga gam ialah kerana ia melibatkan juga bahan2 lain yang mempunyai sifat sama dengan gam seperti racun penyembur nyamuk, minyak petrol/diesel, dan gas api yang juga ada penghidunya. Sedangkan semua bahan ini merupakan keperluan harian kita.

Apa yang paling penting sebenarnya ialah kesedaran dan tindakan semua pihak untuk membendung masalah ini; ibubapa, para guru, peniaga, pihak berkuasa, di samping kesedaran peribadi para penghidu gam itu sendiri.

Tupono: Ong suda no musikin nga moningud po dot gam, adess... asansara tulun tokow ong ino ot dadan.

SANGURU said...

diberitakan bahawa gam lebih bahaya dari semua jenis dadah kerana gam merosakkan saraf otak dan sistem2 lain. Sangat payah menyembuhkan orang yg dah rosak oleh gam. Memadailah komen ini utk direnung pihak berwajib menangani ketagihan gam dan penjualan gam secara berleluasa...

Anonymous said...

klu mau jadik gila atau gilagila silakan hiduuuu gammmmm. kuangkuangkuang...