SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 22, 2009

HAMPER HARI RAYA...

Seperti tahun-tahun yang lepas saya menerima sebuah hamper dari seorang sahabat yang tidak seagama dan bukan sebangsa dengan saya, dan sebagaimana biasa beliaulah antara orang pertama yang saya jemput beraya di rumah terbuka saya, dan saban tahun, beliaulah orang pertama beraya di rumah saya. Beliau yang saya maksudkan ialah En. Pam, seorang Cina yang saya kenali secara tidak sengaja melalui sahabat kami yang telah mendahului kami. Inilah persahabatan 1Malaysia...

6 comments:

Little Mike (LM) said...

salam aidilfitri..

SAM sudah lama menyedari dan mendahului konsep 1Malaysia.

salam 1Perpaduan 1Perjuangan.

MindaGuru said...

Salam aidilfitri.

Ya,Negeri di bawah bayu sudah lama mempraktikkan konsep ini.. itulah keunikan Sabah.

Umar al-Longobi said...

"anak kadazan, anak sy. anak iban, anak sy. anak melayu, anak sy. anak cina, anak sy. anak india, anak sy."

mcm pernah dengar kata2 ini, tapi di mana ya.....?

cifu63 said...

Salam Hari Raya kpd semua..,walaupun sy dan sanguru brkenalan tak sengaja tetapi sy amat menghargai persahabatan kmi ini,harapan sy persahabatan kmi smpai akhir zaman,kpd semua hargai lah sesebuah persahabatan dng iklas hati dan jujur dlm persahabatan.sy perna hilang sebuah persahabatan dng seorg sahabat sebangsa dng sy,perasaan kehilangan amat lah sakit bagi sy.hargailah sahabat anda..salam 1malaysia

SANGURU said...

cifu63 bukan cina yang kaya. Pernah dulu sy meminjam duitnya utk perjuangan, takala keluarga dan bangsa sy yg kaya memandang serong perjuangan "revolusi" (?). Juga pernah sy meminjam dari penjual2 goreng pisang berbangsa jawa mat indon. Saya amat menyanjung semangat mereka menengakkan kebaikan sdgkan bukan mereka mengharap duniawi itu seperti jua saya. Ini hanya selembar kisah duka yg manis dalam kitab perjuanganku yg sebenarnya tebal...
Maka aku tidak akan melupakan rakyat kecil yg menyokong perjuangan orang kecil jua.

Sam. Malaysia7 said...

Memupuk Intagrasi Nasional seperti mana Keadaan dan kemesraan rakyat d Negeri Sabah/Sarawak yg sudah sekian lama terjalin,Ini adalah hasil dari Kepimpinan Datuk/Nenek kita dan d samping hasil perkhawinan campur yg membolehkan keadaan mempercepatkan dan menghilangkan sedikit2 perasaan perkauman yg menebal d antara berbagai bagai kaum d Malaysia Timur ini...