SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 15, 2009

HARI MALAYSIA...

Besok, 16 September hari bersejarah negara kita Malaysia. Pada tarikh inilah, di Padang Merdeka, Kota Kinabalu dilangsungkan pengistiharan hari pembentukan Malaysia. Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak membentuk MALAYSIA. Tidak ada negara Malaysia sebelum itu, maka tidaklah wajar mengatakan ada yang masuk tetapi memang ada yang keluar (yakni jiran kita Singapura). Proses pembentukan negara ini bukan semudah A,B,C...ada banyak kisah baik yang dicatat dalam buku sejarah atau lupa/sengaja tidak dibukukan?, dan ada permuafakatan tertentu sebenarnya, dan sudah barang tentu permuafakatan itu tidaklah boleh sesuka hati diketepikan bila merasakannya "tidak relevan" di pihak yang tidak sepatutnya berkata ia tidak relevan...semoga semangat asal Hari Malaysia disemai kembali agar tidak ada yang rasa kecil hati...

26 comments:

David Meja said...

Hari Malaysia sepatutnya lebih diutamakan oleh kerajaan M'sia. Sejarah tidak harus dilupakan begitu sahaja. SELAMAT HARI MALAYSIA

ison said...

Malaya + Sabah + Sarawak + Singapura (kemudian -) = Malaysia

Ada sejarah, ada pergolakan, ada permuafakatan, dan ada ketetapan (perjanjian) yang tidak harus dipinggirkan.

Bila rakyat Sabah mahu mempertahankan ketetapan2 asal, itu bukan bermakna tidak bersikap Malaysia. Justeru ketetapan itulah yang telah membentuk Malaysia.

Kita wajar untuk memperjuang dan mempertahankannya demi Malaysia!

DINAKAN said...

selamat menyambut hari malaysia....

'MIAW TOKO KIAWI' (bhs sungai-Hidup Kita Semua)

SANGURU said...

main mata sajalah kita. Kita d sini faham, kwan kita d sana pun pastinya faham juga. Dimana yg silap, betulkan, yg kurang ditambahin, yg jelek dihias bagus,
Jgn pula 1Malaysia membawa maksud yg menakutkan..."pisasoon nopoh, aso noh sempadan2, aso no nunu2 PERKARA, hak daton kikiawi nga, hakku, tangasonku, hak dikoo...kongsi2 1Msia..."

Tuan Cobra said...

Bagi rakyat asing yg d berikan Mykad d tahun 1980an dan sehingga kehari ini,ERTI dan SEJARAH kemerdekaan 31hb Ogos 1957 dan pembentukan Nama Malaysia pada 16hb September 1963 itu tidak ada bagi mereka....Apa yg ada bagi mereka hanyalah mengaut keuntungan,sumber perekonomian dan seolah olah mereka mau menguasai penduduk d negeri/negara ini...Apa yg saya ungkapkan pada hari ini 10 tahun mendatang pasti mereka sudah menguasai keseluruhannya...Kita gariskan sahaja ungkapan/kata2 saya ini sebagai kenang2an untuk Cucu/cicit kita.....

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan TC punyaa pendangan tu.Dulu ada yg komen mykad palsu...Seandainya Mykad tu Palsu masakan rakyat d Negeri d bawah bayu ni bertambah 100% kali ganda dari negeri2 d dlm Malaysia? Pemimpin BeEnd ni kurang bertanggung jawab bah kepada rakyat negeri/negara ini,Melayulah katakan "TERHENTUK BARU JA TERNGADAH".Pemimpin Melayu BeEnd ni hanya ingatkan TAKHTA dan KEKUASAAN saja bah...PATI d berikan IC,Pemimpin BeEnd tidak peduli semuanya yg penting BeEnd BERKUASA dan Pemimpin UMNO berkuasa dan se gala2nya...!!! 16hb September 1963 "MALAYSIA DAY" sudah tidak d ingati lagi....Jika Pemuda/Pemudi rakyat d Negeri/Negara ini tidak akan sedar dan peka maka Rakyat negara ini akan menjadi Alat kepada Pendatang Asing yg dberikan IC ini....Pada masa ini pun sudah ada Pendatang Asing yg sudah berkulikan orang2 tempatan....Masyallah...Takbir Takbir Takbir!!!

maikong said...

apa-apa pun semoga yg sedar ini ttg 16/sept ..terus berjuang utk bangsa sendiri..

Little Mike (LM) said...

Sudah lama sya tertanya-tanya, kenapa sejarah pembentukan Malaysia tidak mendapat tempat dalam kalendar Negara?? Jika Pembentukan Malaysia dianggap tidak releven kerana pemisahan Singapura, Sekurang-kurangnya HARUS menghargai Sabah dan Sarawak??

mantan said...

Semoga Anak Marudu terus berjaya!

Anonymous said...

Kawan, Maykad palsu masih tidak bahaya sebab ia masih tidak boleh digunakan untuk urusan2 kerana masih tidak terdaftar di JPN. Yang paling membahayakan ialah pemberian mykad ori atau surat lahir ori oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab..

Apa agaknya jadi bangsa kita pada masa akan datang.. Seolah-olah kemerdekaan itu tidak banyak memberi makna..

Gaaman said...

Hari Wilayah Persekutuan diisytihar dan dirayakan dgn penuh meriah oleh warga W P KL, W P Labuan dan W P Putra Jaya TETAPI Hari Malaysia(16 Sept) macam sengaja dilupakan agar(dgn harapan) hilang dlm ingatan generasi muda(mungkin)??..

SELAMAT ULANG TAHUN KE 46 MALAYSIA!!.

SANGURU said...

Sama ada kita dipermainkan atau kita menjadikan kita alat permainan. Saya lebih percaya yang ke-2. Ayuh kita suburkan semula semangat 1963 itu. Dirgahayu Malaysiaku!

MindaGuru said...

Setuju Sangguru,biarlah tarikh keramat 16 Sept terus diingati oleh generasi2 yang akan datang... Alangkah moleknya jika ia dijadikan cuti umum seluruh negara..

SANGURU said...

sebut pasal cuti umum, mmg amat jangal bila HARI MALAYSIA tidak ada cuti umum. Bukan kemaruk bercuti, tapi ketara sangat HARI MALAYSIA ni mcm tak berapa penting. Mungkinkah tidak mahu kisah silam yang benar diketahui kebenarannya?...

maikong said...

tolonglah sesiapa pemimpin peringkat atasan..tolonglah dengar2 dan buat lah tindakan yg perlu diambil utk mengembalikan semangat 16sept/hari malaysia...semaikan semula dikalangan generasi baru..canangkan d setiap medium komunikasi negara yg ada/...

Sylvia said...

16hb September tu memang "Malaysia Day"...Kenapa 16/09 tidak d muatkan d dalam Cuti Kalendar seMalaysia ialah permainan "DOUBLE STANDARD" pemimpin dari sana tu nah..Nama Malaysia tu d Lahirkan d Padang Merdeka Kota Kinabalu,Sabah.Kalau d Agung2kan mereka takut akan ada yg boleh merobah segala gala bentuk cerita Sejarah yg mungkin bisa mengubah senerio 16/09/63 tu...Orang yg belum Faham dengan corak Kepimpinan mereka sahaja yg tidak mengetahui mereka...Sekarang ini Rakyat d sana benar2 sudah hampir 55% sudah memahami mereka sendiri. Alhamdulilah....

Anonymous said...

Negeri Sabah/Sarawak sebenarnya d dalam Perlembagaan persekutuan d bolehkan untuk mengkaji semula perjanjian Borneosasinya setiap 25/30 tahun sekali kepada Kerajaan Persekutuan (Kalau tidak silap saya).Pemimpin2 d Negeri Sabah ni sebenarnya sudah seperti macam Kerbau yg sudah d cucuk hidung mereka lah....Apa lagi kalu pemimpin2 PBS yg dulu banyak menyuarakan pemimpin Malaya cepat melanting.Tetapi Pemimpin PBS sekarang ni tdk ubah mcm Kerbau saja lagi.Contoh terdekat C Max apa yg dia boleh cakap lagi? Dia hanya ambil gaji dan duduk d KL saja kan!!!

SANGURU said...

saya sangat2 mengimpikan malaysia yang maju, harmoni, adil dan makmur. Sama ada PERKARA2 silam itu relevan atau tidak, itu adalah permuafakatan, dan haruslah dipelihara secara gentleman oleh yang DI SINI dan yang DI SANA. Ini hanya akan berlaku jika yang DI SINI dan DI SANA terdiri daripada insan2 yang gentleman, adil, BUKAN KERBAU dan BUKAN JUGA TUKANG KARUT:..
TUHAN SAJALAH YANG DAPAT MELAHIRKAN GENERASI KEPIMPINAN SEUMPAMA INI.

Anonymous said...

Seharusnya 916 ini "WAJIB"lah d kelendarkan sebagai hari yg KERAMAT dan Cuti umum seharusnya d Istiharkan d seluruh Negara. Kerana apa? Kerana Pertabalan Nama Negara Malaysia dan Penyertaan Sabah/Sarawak itu adalah pada tarik keramat ini, iaitu pada hari ini 16hb September...Tanpa penyertaan Sabah/Sarawak maka tidak terbentuknya Negara Malaysia yg tercinta ini.Oleh yg sedemikian "WAJIB" dan "ELOK" benarlah 16hb September ini Negara Malaysia d "MAKTUB"kan cuti umum untuk mengenang perjalanan Sejarah Pembentukan Negara kita Malaysia....Saya merasakan DS.Najib pucuk kepimpinan 1Malaysia tidak keberatan untuk
mengistaharkannya sebagai cuti umum Negara....

Anonymous said...

Saya amat2 bersetuju dengan kata2 Sanguru "kita menjadikan kita alat permainan".Bermaksud kita d sini adalah Pemimpin2 Negeri Sabah sendiri terutamanya pemimpin kita semenjak dahulu lagi...Cuba bayangkan dan fikirkan baik2 Pemimpin Melayu Islam kita yg d permain mainkan oleh pemimpin dari KL bermula dari Tun Mustapha,Datuk Hariss,T.Sakaran (memang sudah tdk dapat d pertikaikan lagi),Dan terakhir Pemimpin2 UMNO Negeri Sabah yg baru saja 1 generasi d bumi ini......

Umar al-Longobi said...

happy malaysia day!

kalau 16 sept tidak dijadikan sbg cuti umum, apa kata kita ambil cuti rehat sendiri? tapi seluruh rakyat terutama sabah & swk kena buatlah...

Anonymous said...

MENGIKUT hukum Islam, mereka yang menjual kerakyatan dan tanah airnya harus dihukum pancung atau digantung sampai mati atau disula, sesuai atau mengikut undang-undang di sebuah Negara atau negeri yang mengamalkan ajaran Islam.

Mujur Malaysia dan Sabah hanya meletakkan Islam sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan dan bukannya mengamalkan hukum hudud atau hukum Al-Quran. Jika tidak beliau dan seluruh ‘pengkhianat’ di Sabah sudah lama mati kerana mengkhianat kepada negeri Sabah dan Malaysia amnya

Anonymous said...

Sabah dan Sarawak memang cuti umum pada 16hb September kemarin dulu.....Ko ni Umar nda tau rupa2nya...he he he.Jangan2 ko ni pun Wasal Pendatang kali? he he he. Jgn marah Umar cuma bercanda ja bah...

Anonymous said...

Maikong seperti kamu Rakyat KM tu boleh bah menyuarakan kepad MP KM kamu tu bah...Tdk salah kita menyuarakan tu...Mungkin Max jaga Pemimpin KL tidaklah berani lagi bersuara mcm Kerbau d cucuk hidung pula sudah...he he he

kyro said...

Orang sabah mimang suka piara karabau bah....hehehe. tapi bagus lagi karabau la daripada munyit,kurang2 pun boleh pakai bajak sawah atau sembelih bikin kenduri,boleh buat gisak....kalau munyit adeehh...macam bnyk butul itu saaana atas pukuk...

Umar al-Longobi said...

hehe, anon. maksud sy cuti umum utk seluruh malaysia. 2 negeri itu memang. tapi syok sendirilah kita kalau di sana saja cuti. bagaimana mereka yg bekerja di malaya?