SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, September 28, 2009

IDEA SIMPLE BANTU ORANG SUSAH...

Bila melihat dan membaca gambar dan komen terhadap paparan sdr. Al-dusuni, tiba-tiba timbul idea cara mudah membantu insan susah ini (dan insan-insan seperti mereka). Tidak perlu modal besar, tidak perlu campur tangan orang besar-besar (jika mereka tidak berminat)... Caranya: 1. Syorkan kepada pemilik sulap ini jadikan sulapnya "home stay". Saya sendiri mahu ajak anak bini saya merasa keperitan dan suasana orang susah. Anak-anak saya tidak sempat merasa kerana lahir terus menikmati "kekayaan". 2. suruh pemilik rumah ini sediakan makanan ala kadar, alat-alat tradisional, dll yang jarang-jarang dilihat dek orang bandar/pelancong. 2. Kita promosikan orang ziarah Ok, saya ada mesyuarat. nanti sambung. Para pembaca sekalian, sila beri idea. "brain storming" kitorang. "BERSAMA MEMBANTU ORANG SUSAH"

20 comments:

D'Revenge Clan said...

Cadangan untuk menjadikan sulap ini sbg "home stay" ada jg logiknya. Tp ada jgkah orang/pelancong yg berminat untuk "stay" di sulap ini??
Isunya hanya 1...apa daya tarikan yg ada di sini?

Anonymous said...

Bagus juga ini cadangan..
Tapi...
Makanan yang ada pun mungkin cukup-cukup saja untuk kluarga ni..
Kalolah jadi homestay, mana durang anak beranak mau tinggal? lainla kalo bikin lagi satu ruma lain...kalo sturang pelancong datang, muat lagi..kalo ramai? suru durang bawa khemah?
kalo mau betul kasi maju dia, mau tidak mau ada juga urang2 yang kana turun padang...bantu2...
Ini macam mengurus orang n berbisnis sudah..mau pakai modal...
tapi, kalo kasi sewa jak halaman ni rumah pas tu, suru urang dalam rumah tu duduk2 jadi view untuk pelancong saja...buli mangkali...
oddoii dogo'...suru itu penghuni beli atau kumpul bibit2 tanaman...tanam banyak2, kalo ada daya n tidak kena kemarau atau tengkujuh...bla..bla..bla...CAKAP SINANG LAA...

SANGURU said...

yes bos, sy pun terfikir kekangan itu sedari mula. Dan jika ada kelapangan biarlah saya bawa family saya stay barang 1 malam di situ, kalau mereka x ada makanan (mmg pun sy agak mereka x punya), biarlah kami bawa sikit makanan (bkn tak biasa membawa2 )...lalu nanti akan kami tinggalkan sampul surat. Apa isinya nanti, sdr/i tanyalah sendiri kpd pemilik sukap ini.
Sebetulnya tuan/puan, nak bantu orang, dari kita saja. Org melayu bilang: ada kemahuan, ada jalan...
Hehe...itulah maksudku home stay...biar jiran tetanga "stay dulu"...atau saya stay dulu...lepas itu...apa salah klu YB/MP stay kejap tanya2 khabar...bukankah rakyat didahulukan gitu?

SANGURU said...

masa jadi budak U dulu, ada juga sy ikut2 Pusat Pendidikan dan Pengembangan lanjutan, UPM bantu bangunkan masyarakat d semenanjung. Orang msikin mmg blh dibantu jika ngam cara dan ikhlas. Ada 1 kg tu, pihak UPM berjaya menjadikan mereka Kg. Indah kebangsaan. Demikian jg projek pembangunan insan YS dan program KPD pembangunan insan, sy pernah joint tengok2 itu program. Berjaya pada mulanya tapi bila hilang fokus dan komitmen, hancussss...
Positifnya: insan boleh dibantu. Boleh cepat, selalunya lambat, bergantung banyak faktor.

SANGURU said...

ada pun daya tarikan sulap ini bagi saya ialah rumah saya terlalu mewah utk anak2 saya dan saya mahu mereka merasa susah macam saya dulu, dan untuk proses belajar, merasa dan memanusiakan anak2 saya, saya sanggup bayar tuan rumah. Simple.
Saya yakin, masih ramai orang "gila" mcm saya.
Para pelancong pun rasanya mau cari kelainan.

SANGURU said...

cadangan anony pun logik dan boleh dipraktikkan. Sebenarnya banyak cara boleh bantu, mustahil pihak berwajib x terfikir. Saja2 saya "mekawak", bkn kah filem2 p ramlee mendidik dan mengkritik melalui lawak2nya?
BAH, MARI TERUS BERFIKIR...

Aldusuni said...

tuan punya rumah ini kais pagi makan pagi...cadangan yang baik

SANGURU said...

kepada pembaca yg manalah tau tidak tahu rahsia mengapa di zaman umar abd aziz tiada org miskin, maka saya perturunkan di sini;
1. Bkn kerana umar kaya harta. Tapi kaya jiwa, kaya kasih syg, kaya iman takwa maka: beliau takut kalau tak bantu orang miskin.
2. bkn kerana umar terlalu sempurna tetapi rakyat juga sebaik umar. Rakyat miskin dibantu rakyat kaya. Sebab? Rakyat raya pegang agama dalam hati. Agama suruh zakat, dia zakat, agama suruh sedekah/bantu, dia bantu.
3. Tiada miskin bkn la bermaksud semua setaraf/sama banyak harta/sama mewah rumah. Bukan. Tiada miskin bermaksud tiada yg merempat atau kebulur atau terlalu miskin. Dan kalau pun ada yg miskin brgkali, mereka juga beriman bertakwa, maka mereka sabar dan tidak sikit2 kondem kerajaan/khalifah umar.
Panjang lebar sudah. Sy x suka berpanjang2. Saya ringkaskan saja: zaman umar abd aziz adalah zaman terang yg mungkin Tuhan takdirkan sebagai zaman utk kita renungkan. Jangan sampai kerajaan dan rakyat sekarang dan akan datang bertuding2an jari. Jgn sampai ada yg ckp jln singkat : ahh, mmg kemiskinan tak boleh dibasmi! Jangan! Jangan! Jangan!
DAN JANGAN SESEKALI ADA MENTERI KATA: OOO...DI KAWASAN SAYA TINGGAL SEDIKIT YANG MISKIN PADAHAL MASIH RAMAI YANG MISKIN.
GERIGITAN BETUL AKU DENGAN MENTERI BEGINI. MENTERI BEGINI = MENIPU KERAJAAN. MEROSAKKAN KERAJAAN. MEMBANGUN DIRINYA SENDIRI.
Tolak! Tolak! Tolak!
Sayangi kerajaan. Pilih pemimpin baik.
Saya tidak boleh tidak percaya bahawa sistem politik masih mampu menonjolkan pemimpin seperti umar itu. Wpun ramai yg kata politik itu kotor dan mengotorkan.
(usahlah rosakkan kepercayaan ku/kami itu)...

Anonymous said...

Sdna umar abdul aziz...ntah ada ka tidak lagi pemimpin cam dia ni sang guru...Ini pemimpin, inda tidur malam pasal selain beribadat, dia p round rumah-rumah urang..pura-pura menyamar sebab takut-takut ada lagi urang merempat yang segan-segan mengasi tinguk dia hidup merempat sama khalifah...oddoii dogo'...terharu mengimaginasi sifat pemimpin n rakyatnya sekali time2 tu...
Ada meh pemimpin-pemimpin sekarang meraun-raun urang kg tengah malam? paling-paling memaluk bantal..hehe..kalo inda tidur pun pasal bepikir macamana mo kac kuat pengaruh..
OOoh...Sdna Umar abd aziz bantu urang sampai urang inda tau dia tu khalifah..pemimpin sekarang, misti mo kac canang satu dunia kalo bulih bila dia bantu urang..payah betul buat karaja...nasib kamurang di SAM ada radio bikin canang-canang YB kamu atau pemimpin-pemimpin kamurang, ada blog bikin pangantaman kalo buat silap n bikin kasi sanang-sanang ati kalo 'baek' punya...memang perlu ini macam zaman sekarang...jadi, macam susa jugalah kita mau jumpa pemimpin macam Umar abd aziz tu ini zaman...Tapi kalo ada...bla..bla..bla...

SANGURU said...

memang susah la dapat mcm khalifah umar itu tuan. Itulah namanya permata untuk diteladani. Kisah beliau perlu dipelajari dan dicontohi. Itulah barangkali maksud Tuhan utus seorang pemimpin berupa wali.
dapat contohi 50% pun dah kira beruntung kita. marilah kita doakan para pemimpin kita yang ada sekarang dan akan datang menjadi seumpama umar abd aziz...

Anonymous said...

50% itu sudah cukup banyak sanguru. kapus2 pemimpin kita mau capai. 1% pun kira bagus sudah klu yb yb mp mp kita dapat. kuangkuangkuang...

Anonymous said...

oddoi...asal aada kalo begitu...

Mr. Aki Abad 21 said...

kalipah umar sampai kiamat inda kita jumpa....pasal kalipah ini Rasul awal2 bagi tahu ciri2nya masa di idup, cukuplah kalau ada anak murid dia......alamat ini tandik dan sabah BAGAGAR, atau kalau indada anak muridnya cukup ada yang TIRU SAJARAHNYA.... SAM buli tiru sikap kalipa umar ini, pasti tampurung lutut para udang2 yg bbatapuk d balik batu ' MOGULUPOKIS ' mari bangkit atas kabanaran, ayuh undi mereka yang barjuang kabanaran, ayuh kita sukung YB2 yang bersipat jiwa rakyat....ANITA ADA JIWA ITU walaupun banyak yang kurang lagi pun dia bukan siti kadijah bini rasul....jadi para pajuang kabanaran kasi tamba kabaikannya saja...

SANGURU said...

Dgn Izin, saya kongsikan sedikit rahsia utk renungan bersama dan utk menolak tohmahan manalah tahu ada orang yg kata saya penentang atau kemaruk jadi YB. Ceritanya begini:...sebelum YB Anita angkat sumpah jd YB, sy ada mengunjungi beliau di rumah beliau bersama seorang pejuang Tandek juga, saya beri beliau motivasi dan tips2 piara rakyat. Tuan/puan tahu kenapa sy buat begitu? Demi rakyat Tandek. Kerana meskipun sy memperjuangkan hak2 anak watan Tandek sbg pemimpin sejak 2004 dan 2008, namun takdir x tiba lagi untuk anak watan Tandek kembali menduduki kerusi mereka semula, maka adalah wajar saya membantu pemimpin sedia ada untuk kebaikan rakyat. Agak mengecewakan kerana "seteru2" YB Anita dalam PBS kurang beri kerjasama. Saya ada ckp pd YB Anita: "wpn pesaing2 YB kata yb perempuan berumur, x tinggi pelajaran, hanya kuda tunggangan Dtk. Max dll, sy kata: rapati saja rakyat, dengar keluhan rakyat dan bantu mana yg boleh". Kalau saya menentang YB, buat apa saya beri idea. Saya sebenarnya boleh jatuhkan YB kalau saya mahu, saya boleh ganggu proses angkat sumpah beliau dulu. Namun saya bukanlah insan berjiwa syaitan meskipun saya juga bukan malaikat.
Syukurlah YB Anita pakai pandangan saya. Kini dia popular dan rakyat yg saya sayangi juga dapat kebaikannya. Apa yg saya dapat? - kebahagian dan kekayaan jiwa. Cukuplah itu buat saya.
NAMUN, sebagai patriotik, saya tetap menegaskan bahawa teraju kepimpinan N5 Tandek sepatutnya dikembalikan kepada anak watan Tandek yg layak, baik dan paling penting sayang rakyat. ingat, tentu ada asbabnya mengapa Tuhan "memilih nabi/pemimpin sesuatu kaum dari kaum itu sendiri...".
Dan ingat, saya berjuang kr saya ditakdirkan berjiwa pejuang bukan kerana mengimpikan teraju kepimpinan atau duniawi itu. Jika kebobrokan sudah reda, sy mahu berhenti dari dunia perjuangan itu. Perjuangan ini lebih banyak mengundang "musuh" dari sahabat, dan semua ini menganggu pertapaanku selama ini.
Hmm, panjangnya celoteh...

Umar al-Longobi said...

Insya-ALLah, pemimpin itu akan muncul sedikit masa lagi...

Aldusuni said...

dalam ajaran islam, perkara yang baik meskipun dari orang kafir islam boleh terima. Tidak faham perkara ini sila bertanya pada ustaz2 jangan membuat tafsiran sendiri. ( peringatan bagi yang tidak tahu )

Anonymous said...

oklaah..nanti ditanya...tapi perkataan baik tu memang global...

Aldusuni said...

anon itu makanya saya minta mana2 rakan2 yang tidak tahu tanya ustaz, pasal bab ini luasa maksudnya.

gadis dusun terakhir said...

a'a Good idea,bila sulap ini di jadikan homestay..saya cadangkan pada tuan rumah, kalau buat ni rumah jadi homestay buat masa pilihan raya..memang orang-orang yang berkenan pun sanggup tinggal walaupun x ada sesuatu yg menarik d sana,silap - silap di orang buat renavation lagi..Bukan itu saja tuan rumah juga membantu orang - orang kaya merasa dan menikmati kehidupan orang meskin,kerana bila orang miskin berpeluang menjadi kaya..kemungkinan besar akan merasa tinggal di rumah berdindingkan semen,berhawa dingin...Tapi kalau orang kaya jadi orang meskin belum tau lagi ada peluang tinggal disulap seperti dlm gambar ni..kerna paling2 pun bila di orang suda miskin tpt di orang lagi mewah ada orang jaga, makan free dan tpt tinggal pun free(Tanjung Rambutan dan Bukit Padang)..hehehee.

P/S- Bukan niat menghina atau mempersendakan perasan orang lain..tpi fahamilah message yg cuba saya samapaikan pada pihak2 yg berkenan..Tidak sempat merasa keperitan mereka...tapi cukup berbaloi bersusah untuk menjeguk mereka hanya untuk sekali..untuk mereka tersenyum spanjang masa..

Sam. Malaysia7 said...

Satu cadangan yg bagus Sanguru...MP/ADUN mempunyai peruntukan setiap tahun mengapa tidak satu usul d buat untuk memperuntkkan satiap Long House d setiap buah Kampong membangunkan Homestay buat pelancong2 manca Negara dan dalam negeri d Kawasan KM dan Tandek? Dr Max lebih arif memikirkannya.D samping itu juga KM/Tandek adalah Kawasan tanah pertanian yg bagus. Kan MP KM tu mempunyai otak bergeliga dan mahir d dlm membangun tanah Pertanian,Kelulusan beliau Master Digree & PHD d dlm bidang Pertanian.Jangan tanah peribadi sahaja d bangunkan seperti d MAJORA FARM d Apin2/Tambunan dan sekitar rumah dia saja yg dia bangunkan dengan Ladang Sawit dan Payau/Tambangnya. Seharusnya Dr.Max berbangga d dalam kesampatan yg rakyt KM dan kawasan yg sewaktu dengannya berikan beliau peluang menjadi MP d Kawasan yg bukan Tumpah Darahnya sendiri.Jangan menunggu sampai 45 tahun lagi baru membangunkan Rakyat d KM/Tandek tu Dr.Max Rakyat dan masa ini berubah sentiasa...Anda sekarang adalah seorang Menteri Penuh Kerajaan Pusat apa lagi peluang inilah masanya anda membantu dan membelas budi Pengundi d KM....Pucuk tidak akan sentiasa d tengah2 sering muda Dr.Max.Lihatlah selalu muka kita d dapan cermin, Cerminilah diri kita terlebih dahulu lama2 supaya kita dapat melihat sendiri rupa kita....Tetapi kalau Sifat Kepimpinan seperti Khlifah Umar Abd Aziz tu memang susah sia lihat2Dr.Max ni sama juga 2X5 dia dengan C Musa Aman tu mereka banyak Mementingkan Agenda dan kepentingan Peribadi untuk mengumpulkan harta kekayaan sendiri sadja....Dr.Max ni memang pintar bah,Tetapi rakyat lagi pintar Dr.Max.Itu harus d ingat.D samping itu juga Kalau Allah/Tuhan kata "KUN FAYAKUN" @ "jadi jadilah" maka BE END kecundanglah d KM/Tandek serta d seluruh Negara malaysia......Amin