SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, September 11, 2009

JADILAH GENTLEMAN...

Banyak faktor yang mencanai personaliti, jiwa, atitud, world view, anutan, dan sebagainya. Manusia memang dicanai oleh persekitaran dan sebagainya. Hinga kini saya ingat betul pesan dan ajaran para pegawai latih kami semasa di akademi tentera dulu2. Kami dipesan jadi "gentleman"; perawakan biar nampak garang dan tegas tapi tetap berbudi bahasa dan lembut hati. Dahulukan kepentingan umum, bela yang dianiayai, dan sebagainya. Tidak lupa dipesan...emmm,.."ladies first"..aisyeee...(harap skot2 saya senyum baca entry ini...) Gentleman definisinya kompleks dan rencam. Memadailah kalau disimpulkan sebagai budiman, lurus, tidak hipokrit, berani mengakui salah, hormat dan suka bantu orang. Natijah kepada sifat ini ialah; berintegriti dan bertanggungjawab. Nak berjuang, berjuang cara ikhlas, usah terlalu memaksa orang beri sokongan. Salah sendiri tanggung sendiri, jika salah jangan liat memohon maaf. Ini antara ciri2 orang gentleman...Sekadar contoh, Umar al Khatab, adalah gentleman; dengan orang goblok dialah singa, tapi dengan rakyat kecil dialah insan lemah lembut dan penyayang...

4 comments:

tom said...

gentlemen mengikut adunan budaya kita, lelaki yang sempurna akal fikiran dan jiwanya. Bukan seperti lelaki gentlemen dalam filem barat yg pakai wig dan bermakeup tebal...

Anonymous said...

ya ini mengingatkan kita semua..supaya cuba2la gentlemen dari komen2...

Umar al-Longobi said...

be gentlemen! baik utk kesihatan & tidak merbahaya kpd perahu2 kecil. :-)

MindaGuru said...

Yess tuan..kita menanti2 para gentlemen dalam membuat komen yang membina minda..Tuan ada beberapa blog yang baik mengutarakan suara warga Km..namun yang terbaik ialah SAM .Syabas tuan..kami menghargai usaha tuan dan krew tuan...