SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, September 3, 2009

JALAN TERUK MENYUSAHKAN RAKYAT

(Sumber gambar: En. Joseph John)
Kg. Samparita, Tandek, Kota Marudu : Walaupun sudah banyak permohonan untuk menaiktaraf jalan Tandek-Samparita namun masalah jalan raya ke kampung berkenaan dan juga kampung-kampung yang lain nampaknya belum menunjukkan perubahan yang merangsangkan. Keadaan jalan yang tidak baik amat menyusahkan pengguna khususnya para pemilik kenderaan persendirian. Kadang-kadang berlaku kemalangan akibat faktor jalan raya yang berbahaya serta buruk. Jalan ini turut menghubungkan pekan Tandek dengan kampung lain seperti Kg. Tinagu, Kg. Samparita, Kg. Bombong I-IV, Ulu Bengkoka dan Magandai. Rakyat berharap pihak kerajaan memperbaiki keadaan ini sesegera yang mungkin. -SAM

10 comments:

SANGURU said...

Jalan yg dipaparkan ini belum teruk betul lagi. Ada bnykkkkk lagiiiii terruuuukkk di sabah sana sini. Masih bnyk di semananjung kah jln2 camel thropy mcm d sini Sabah?...

Anonymous said...

berjuta peruntukan untuk projek jalan2 kg tapi masih banyak jalan yang terabai..tu pegawai2 yg berkenaan pandai2 jak pindahkan peruntukan tu..macam jalan masuk ke rumah kami..bukan salah kerajaan, bukan salah wakil rakyat..tapi yg salah org2 bawahan dorg..

Anonymous said...

ini keadaaan jln kita ,ini jgn cakap di bukit di tanah rata tandek sendiripun masih banyak yg teruk...betul itu anony..klu tidak kasi pindah peruntukan, dia org kasi separuh jln..dekat dgn jln besar kasi batu...dlm(sarayo) sikit ...tiada sudah minta maaf..

Umar al-Longobi said...

revolusikan infrastruktur di kws perbukitan. undi byk tu di sana...

Aldusuni said...

RAKYAT di dahulukan pencapaiankan di UTAMAKAN...Tunai dan buktikan pada rakyat Sabah.

SANGURU said...

sy dimaklumkan, area sebelah sana talantang sekian lama sudah ada "jalan aspal", betulkah itu?
Tapi...ramai yang kata itu bukan jalan orang kampung, itu jalan ke ladang sawit seorang yang berada.
siapa ada maklumat lengkap tentang perkara ini? kongsi-kongsi bah kita...

Mr.Aki said...

urang bukit pun manusia bukan GOBUK ...tulunglah urang2 bukit

otakguru said...

hemm..sepatutnya dikawasan kita tidak ada sudah jalan seperti ini..

FaiZaLL a.k.a iZaLL said...

Inilah jalan yang saya ikut tiap2 hari tuk pgi keja bah....
Memang teruk dan bahaya...
Ni baru jalan Samparita...Belum lagi jalan-jalan yang lain kan....
Adoiiii....kesian org2 kampung...

bilis wira said...

Thanks SAM..jalan bukit mang selalu teruk apalagi bila tiba musim hujan. untuk makluman penduduk kadang-kala bergotong royong untuk membaiki jalan yg rosak. skamg lebih baik kerana ada syarikat yg boleh tlg membaiki jalan utk kepentingan mereka khasnya dan penduduk kampung amnya..