SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 8, 2009

Kajian undang-undang siber siap - Najib

PUTRAJAYA 7 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian ke atas peruntukan undang-undang siber sedia ada telah siap dan ia akan membantu kerajaan menangani aktiviti tidak bermoral dan salah di sisi undang-undang dalam Internet.

Menurut Perdana Menteri, kajian tersebut menumpukan kepada langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan yang dikesan sekali gus memperkukuhkan undang-undang sedia ada.

"Adalah diharapkan kajian yang baru siap ini akan membantu kerajaan meningkatkan peruntukan dan polisi undang-undang bagi menangani aktiviti-aktiviti haram dan tidak bermoral dalam persekitaran siber," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili serta Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.

Najib memberitahu, kewujudan Internet menyebabkan ancaman siber menjadi satu isu yang memerlukan perhatian amat serius.

Bagaimanapun, beliau menambah, usaha untuk mengatasi permasalahan itu tidak semudah disangka berikutan pelbagai cabaran yang dikenal pasti.

"Antaranya ketanpanamaan, kuasa rentas sempadan dan pengumpulan bukti bagi kes-kes salah laku yang melibatkan keselamatan siber ini," ujarnya.

Selain itu, katanya, masyarakat juga perlu diberi kesedaran dan pendedahan berkenaan bahaya ancaman siber terhadap kepentingan awam dan kedaulatan negara.

2 comments:

Little Mike (LM) said...

ruang maya masa kini mengalami kepantasan perkembangannya dan perhatian pengguna global sehingga perlu perhatian dari segi undang2 bagi mengekang aktiviti tidak bermoral di langit terbuka.

sebagai pengguna, pilihan ada di tangan kita. Kita harus bijak dan bistari untuk mengekang diri kita daripada menjadi sebahagian daripada peranap objektif sebenar ruang maya iaitu berkongsi dan mencari ilmu dan wadah aliterasi teknologi yang menguntungkan sejagat

Balsam said...

No komen. Sy sukung cakap ko LM...