SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, September 11, 2009

Kau Bukan Pemimpin Yg Saya Cari

Kau bukan pemimpin yang saya cari, jika kau belum pernah membasahi pipi, menangis kerana memikirkan kesengsaran rakyat. Adakah rakyat sudah makan atau belum? Adakah ada rakyat yang sakit? Adakah ada rakyat tidak dapat tidur kerana atap rumah mereka bocor? Adakah ada rakyat yang dizalimi? Dan, adakah rakyat tidak mencelaku di belakang? Saudara, persoalan-persoalan seperti inilah yang sepatutnya para pimpinan tanyakan kepada diri mereka setiap malam. Titiskan air mata kalian sebagai bukti kecintaan kepada rakyat. Jika ada pemimpin yang seperti ini, bukan setakat pengilat kasut, tapi saya sanggup menjadi khadamnya sepanjang hayat. Tapi jika tangis itu kerana terlepas projek, meminjam sebahagian kata-kata Rosyam Nor... "Kau bukan pemimpin yang saya cari!".

16 comments:

Balsam said...

Sdr Umar...
Kau ada ciri pemimpin yang kucari...

Umar al-Longobi said...

Sdr. Balsam...

Mungkinkah kau pemimpin yg ku cari2...Tahniah! Sdr layak utk tapisan yg seterusnya, hehe...

Umar al-Longobi said...

Saya belum pernah menangis kerana rakyat. Tapi, sebenarnya ada seorang/beberapa orang yang pernah menangis kerana rakyat KM. Orang itu amat dekat dengan kita. Tidak perlu jauh, cari dlm SAM saja. :-)

Nota: kpd yg berkenaan, kaulah antara pemimpin yg sy cari. Teruskan perjuangan!

Anonymous said...

macam rasanya dlm SAM banyak yg rendah diri utk menjadi Pemimpin yg KM cari?....kita tunggulah kem unculan beliu...yg akan sanggup bersusahpayah utk rakyat km

SANGURU said...

sy pun mencari. Pernah kutulis dulu: andai kujumpa pemimpin itu (bkn setakat pemimpin d KM saja), aku sanggup mengilat kasutnya...
Setakat ini ?
AKU ADA JAWAPANNYA...

ison said...

Hanya mereka yang pernah mengalami atau sekurang2nya dapat menyelami kesengsaraan rakyat yang mampu menangis untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Setelah menang dalam piliharaya, bukan bermakna perjuangan sudah selesai. Ia baru permulaan perjuangan yang sebenar.

Mereka yang tidak jadi YB pun bukan bermakna perjuangan sudah tamat. Perjuangan untuk membela rakyat harus terus berlangsung, tanpa perlu khuatir samada dapat jadi YB atau tidak.

SANGURU said...

yaa...kerana pemimpin itu kalau ikut kamus oxford pun misalnya, tiadalah menyebut istilah YB...MP...dll.
Kalau dalam al-kitab, pemimpin itu kita semua. kita semua ada tugas memimpin, dan kita akan ditanya tentang itu kelak...
Aku misalnya, skg ini memimpin SAM. Kalau SAM ini jadi penjahat, abis laa aku dikerjakan di akhirat kelak. Cuma...saya pun menjawab juga ketika itu. Hehehe...saya jawab nanti: sudah bah dikasi ingat, nda mau mendengar....hehe. Gurau kio (ya), ini contoh sahaja...
So, MARILAH SAMA2 LAKSANAKAN TUGAS KEPIMPINAN KITA.
Kalau rasa2 nda boleh menahan azab di kubur ka, di neraka ka, maka...jangan berebut-rebut jadiiii.....ehem...ehemmm...

"salam Ramadhan ke-21"

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Siapa pun yang memimpin/jadi pemimpin, mereka ini harus sedar akan amanah sebagai seorang pemimpin. Amanah merupakan sesuatu yang cukup besar untuk diangkat/digalas. Sedangkan gunung tidak termampu untuk mengangkatnya. Manusia sepertinya keringanan akan amanah itu atau tidak sedar tanggungjawabnya??

Sama-samalah kita fikirkan sempena hari jumaat 21 Ramadhan yang mulia ini.

MindaGuru said...

sdr Umar..orang yang ada ciri-ciri itulah yang wajar kita mahkotakan gelaran YB daerah kita...ada ramai yang jadi pemimpin, tetapi siapakah diantaranya yang layak secara khususnya bergelar YB(Yang Berkhidmat),untuk KM...

Mr. Aki Abad 21 said...

kalau ada pomimpin d km seperti yg sdr.umar cakap ini mr.aki akan sikut dia...tapi indada, mr. aki tungu imam mahadi ....

Little Mike (LM) said...

rakyat biasa seperti saya sentiasa menantikan kepimpinan yang baik. Biar la kesengsaraan kami sebagai orang kampung mendapat perhatian kepimpinan yang dinamik. Jika orang itu adalah anda (samaada anda memimpin sekarang atau yang bakal memimpin), tolong tunjukkan rasa kasihanmu kepada ratap tangis kami. Mudah2an kami berpeluang melihat/sempat merasakan nikmatnya mendapat pembelaan. Perjalanan di dunia ini kita tidak tahu, dan jika saya tidak sempat merasakan nikmat pembelaan itu , biar la generasi akan datang yang perolehi manafaatnya..

Umar al-Longobi said...

jawatan pemimpin itu bukan 1 keistimewaan tapi amanah berat yg mesti ditunaikan. semua org tahu tentang ini. tapi, yg jarang org tahu adalah, jika dia seorang MP misalnya... setiap orang rakyat di kwsnya akan menuntut keadilan di akhirat kelak jika ada yg pernah dizalimi semasa di dunia. kalau 30,000 org yg kita pernah zalimi, sejumlah itu jugalah yg akan meminta keadilan. itupun jiks pemimpin yg dipilih rakyat itu seorang yg yakin akan kewujudan Hari Pembalasan!

kyro said...

Bukan senang jadi wakil rakyat,nama pun wakil bukan boss...hehehe...besar tanggungjawap itu...malangnya kebanyakan yg saya lihat bila kena lantik jadi wakil rakyat lain2 pula dibuat....memurijik utk diri sendiri, bila lagi dia bilang paling2 ada peluang 5 thn...kah kah kah

anak sungai said...

setuju pn Kyro, waktu belum jadi YB kelihatan baik dan boleh diharapkan tapi apabila menjadi YB lain pula ceritanya..., Ya bukan senang..

Umar al-Longobi said...

kebiasaan itu yg perlu dirobah, hehe.. biasanya, org yg pernah rasa hidup apa kedana, ada susah sikit mau lupa diri. tapi itu bukan jaminan. yg paling pentin adl ikatannya dgn Tuhan itu yg mesti sentiasa dikuatkan. :-)

SANGURU said...

entry yg bagus...komen2 yg membina dan menginsafkan...
Kdg2 hairan juga, tp itulah manusia, diciptakan akal dan nafsu dan diajarIn.