SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, September 29, 2009

KEMALANGAN DI JALAN KOTA MARUDU - TANDEK

KOTA MARUDU, Isnin ( 28.09.2009 ): Satu kemalangan berlaku yang melibatkan kenderaan dan motorsikal. Kemalangan itu berlaku dekat dengan simpang masuk kg Kuranji. Kejadian ini dipercayai berlaku bila kenderaan tersebut cuba masuk ke jalan utama tanpa menyedari motorsikal tersebut sedang bergerak laju. Walau bagaimana pun, pemandu motorsikal hanya mengalami cedera ringan sementera pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadiaan tersebut menyebabkan kesesakan sekejap kerana ramai pemandu yang bergerak perlahan untuk melihat kejadian tersebut. SAM

6 comments:

SANGURU said...

kawasan kemalangan itu memang antara kawasan BERBAHAYA wpun nampak macam tak bahaya. dah banyak kes, so hati2 kita. Sebelum jalan, setidak2nya baca doa yaa...
apa boleh buatlah kalau kita dah berdoa dan berhati2 tapi masih juga ditimpa kemalangan. Itu bukan bala, itu hikmah...

SANGURU said...

baru2 ini time raya, saya ada sembang2 dengan seorang staf Jabatan Keselamatan Jalan Raya. Saya ada usulkan agar beberapa jalan yang tak ikut standard dan berbahaya diusulkan untuk dibaiki, sayangnya staf tersebut mati-mati menegaskan FAKTOR SIKAP penyebab kemalangan. Yaa...memang kita pun tahu itu dan akur tapi hakikat bahawa ada beberapa jalan yang TAK IKUT STANDARD dan BERBAHAYA juga mestilah diakui dan diperbaiki juga.
MEMANG ADA JALAN DI SELURUH MALAYSIA, KHUSUSNYA DI KM YANG TAK IKUT PLAN ASAL JKR. INI PERNAH SAM PAPARKAN. BUKAN FITNAH DAN OMONG KOSONG...

Anonymous said...

takut barangkali bah diorang itu kes prujik cincai jalan pecah tembelang. kakakakakakakakak....

Umar al-Longobi said...

sikap, keadaan jalan, keadaan kenderaan semua mesti OK...

SANGURU said...

hmm, isu2 keselamatan, nyawa...tak berapa laku. Ini pun antara sebab mengapa bnyk kemalangan di msia!
Cuba klu posting pulitik ka, prujik teruk ka, mcm guring pisang...

Anonymous said...

Sebenarnya tahap kesedaran rakyat berkaitan dengan keselamatan di jalan raya amat tipis. apa yang saya lihat dan perhatikan, kebanyakkan kes-kes kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akan kesannya kepada orang lain. sebagai contoh, memandu laju; ini adalah satu tabiat yang susah betul dikawal dan banyak menyebabkan kemalangan. Mereka tidak fikir yang kemalangan akibat angkara mereka itu boleh melibatkan nyawa orang lain yang tidak berdosa.Satu lagi , Mabuk : kalau dilihat di KM ada pemandu atau pun pejalan kaki yang mabuk , ini akhirnya menyababkan kemalangan. Kepada mereka ini, kalau mabuk carilah tempat berehat kasi hilang itu mabuk . Sudah segar baru teruskan aktiviti pemanduan anda ataupun pulang rumah tidur lagi baik.