SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, September 27, 2009

KEMBALI PANAS? (PANAS TAPI BUKAN MEMANAS..)

Sepanjang raya ini saya banyak menemui orang bahkan dijemput di sana-sini atas "title" Pengerusi Badan Gabungan NGO Sabah, maka dalam setiap ucapan tidak lupa saya selitkan kewujudan SAM, Utara.FM dan NGO Sabah, yang sebenarnya satu rahmat khususnya kepada Kota Marudu, Pitas dan utara Sabah, amnya Sabah dan Malaysia. Ramai, khususnya golongan profesional dan kakitangan kerajaan dan swasta, yang memuji SAM dan memberi galakan agar terus memainkan peranan membantu kerajaan memajukan agama, bangsa dan negara. Mereka menasihati agar tidak ikut resam parti pembangkang dan tidak pula menjadi pak turut pemimpin karut marut walaupun mereka dari parti kerajaan, kerana kata mereka, pemimpin seumpama itulah perosak kerajaan, maka jangan ikut merosakkan kerajaan. Saya kata - "ya. Jangan susah hati kerana SAM lahir atas prinsip tersebut...InsyaAllah, selagi saya menjadi "driver" SAM, saya akan pastikan SAM selamat dan boleh menyelamatkan..." Hakikatnya, SAM kini kian diterima umum termasuk pemimpin, khususnya di Kota Marudu sebagai "suara rakyat" (bukan SUARA PEMBANGKANG), tempat rakyat menyalurkan keluh kesah, masalah dan syor kepada kerajaan. Bukan bermakna saluran lain tidak baik atau tidak proaktif, mungkin kerana SAM lebih dekat di sisi, di hati dan MUDAH DIDEKATI. Mungkin juga kerana mereka yakin dengan cara SAM bersuara - tegas tapi diplomasi, keras tapi ikhlas, tunduk tapi menanduk??? Apa yang pasti, SAM akan lebih yakin dan perkasa kerana menerima suntikan motivasi dan restu dari para pemimpin dan agensi kerajaan sendiri. Terima kasih!

8 comments:

cifu63 said...

teruskan perjuangan murni mu SAM,terus kan sanguru..memang SAM mudah didekati.

SANGURU said...

akan diteruskkan!

ison said...

Jangan kamurang memanas ah. :D

Anonymous said...

kamu kasi panas sija sampai rentungggg. kuangkuangkuang...

Umar al-Longobi said...

teruskan tunduk. tapi sesekali jgn lupa menanduk!

SANGURU said...

"biar tunduk asal menanduk" - ini falsafah kawan2 saya di kem balak, seribu daya, sandakan suatu ketika dahulu. Saya suka ini falsafah. Hehehe

SANGURU said...

"biar tunduk asal menanduk" - ini falsafah kawan2 saya di kem balak, seribu daya, sandakan suatu ketika dahulu. Saya suka ini falsafah. Hehehe

Sam. Malaysia7 said...

Ada gayanya tunduk dan ada pula caranya Menanduk, Nah ini Pantun saya buat C YB.Dtk Dr.Max Dan YB.Pn.Anita...(Bukan tunduk sebarang tunduk,Tunduk mengambil C Lebah Madu,Jangan sampai MP dan ADUN Terduduk,Terduduk kerana Pengundi Kota Marudu)he he he.....