SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, September 21, 2009

Keranda Bergerak

Sorrylah... bukan niat mau putung stim raya, hehe. Tapi sekadar peringatan. Biasalah kalau sudah seronok, banyak perkara yang kita lupa. Apa dia "keranda bergerak"? Tidak lama dulu saya ada mendengar ceramah. Penceramah itu mengumpamakan kenderaan yang sedang meluncur di atas jalanraya sebagai keranda yang bergerak. Ini adalah kerana setiap pengguna kenderaan yang sedang berada di atas jalanraya, mempunyai risiko yang lebih besar menghadapi kematian berbanding yang hanya duduk diam di rumah. Bila-bila masa dan di mana jua kemalangan itu bisa terjadi. Apapun ini cuma kebiasaan, ajal maut adalah tetap di bawah kekuasaanNya. Oleh itu, berhati-hatilah di jalanraya. Sebelum memandu, pastikan diri dan kenderaan itu dalam keadaan yang baik. Berdoalah agar dikurniakan keselamatan. Akhir sekali, amalkanlah pemanduan secara berhemah. Selamatkan permata bangsa. Usah dikurangkan permata yang sememangnya dah kurang itu... Salam Aidilfitri 1430H/2009M maaf zahir dan batin.

5 comments:

SANGURU said...

setakat ini saya bersyukur kerana tidak menyebabkan kemalangan, saya pernah terlibat kemalangan akibat kecuaian orang. Prinsip keselamatan - semua pihak kena ada disiplin/pemanduan berhemah. Stering dan pedal minyak dan brek di kaki tangan kita. Tuhan memerintah kita bersabar, ikut rules, dll. Mustahil Tuhan seronok tengok kerosakan dan kematian ngeri...

Little Mike (LM) said...

salam aidilfitri dan maaf zahir batin.

kepada semua pemandu di atas jalan, berhati-hati membawa kenderaan dan sampai ke destinasi dengan selamat dan sambut la kemeriahan hari raya di samping keluarga dan insan tercinta

MindaGuru said...

salam aidilfitri,
kepada saudara2 yang membawa kenderaan berhati-hati dan jangan biarkan kelalaian kita mencederakan atau mengorbankan nyawa orang lain.

Umar al-Longobi said...

Sebanyak 12 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 164 kematian sejak Ops Sikap ke-20 bermula 13 Sept lalu. Mari bersama tingkatkan keberhati2an kita di jalanraya... Moga kita dilindungiNya. janganlah menjadi penyebab atau mangsa kemalangan! Ingat...

SANGURU said...

jln raya "pembunuh" no.1 d Msia. Bygkan klu tiap hari adalah hari perayaan....