SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, September 7, 2009

LAGI ADUAN: PENDUDUK PEKAN LAMA BANTAH LOGI PELUPUSAN SAMPAH...

Rahaya cafe, KM: Sebentar tadi seorang penduduk kawasan pekan lama Kota Marudu meluahkan bantahan hasrat menjadikan kawasan mereka sebagai pusat pelupusan sampah MDKM. Kawasan ini sebenarnya telah sekian lama menjadi kawasan pelupusan sampah. Selain bau busuk dan pandangan hodoh, kesan asap pembakaran juga membuat penduduk setempat menghidap pelbagai penyakit berkaitan pernafasan. Menurut En. Ridhwan Yaakub, para penduduk sudah merancang membuat bantahan dalam masa terdekat.

13 comments:

ambaya said...

Bagus juga itu kasi bantah...cari tempat yang jauh sikit ba. mau sampai jalan raya sudah itu sampah saya nampak..memang busuk..

SANGURU said...

utk mekluman pembaca luar KM, pusat itu mmg tidak sesuai. Ia berada di tengah kawasan petempatan. Saya yakin Jab. Alam Sekitar pun tidak setuju hal ini. Sudahkah kajian kesan alam sekitar dan manusia dibuat? Tidak adakah tempat lebih sesuai? Mari sama kita fikirkan.

Umar al-Longobi said...

biasanya pemilihan tapak pelupusan itu diputuskan di dlm mesyuarat khas. JAS antara jabatan yg paling berperanan. harap pihak berkenaan (PBT) dapat berikan penjelasan dan penyelesaian tuntas!

RIDWAN.ct said...

Masakan pokok bergoyang kalau tidak ditiup angin.

Kenapa kami membantah? Sudah sekian lama penduduk pekan lama berdepan dengan masalah pencemaran yang amat sangat.

Perbincangan demi perbincangan telah dilakukan oleh pihak perwajib namaun tiada kata putus yang boleh melegahkan pendudukan pekan lama sehingga hari kini. Malah kedengarannya ada satu projek besar akan dilaksanakan untuk membuat logi pelupusan yang canggih di tapak lama pelupusan ini.

Aduhhh apa sudah jadi niii. kan penempatan orang kampung dan kakitangan kerajaan begitu hampir dengan tapak pelupusan sampah yang jauhnya kurang dari 100 meter, juga kawasan pekan lama kerap dilanda banjir kalau musim hujan.

Dimanakah pihak perwajib ini? apa mereka buat?

Bukan kita tidak mahu dan membantah pemberian pihak kerajaan tapi biarlah berpada-pada.

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKULNYA.... cukuplah seksa pencemaran yang kami terima selama ini.

RIDWAN.ct said...

Terima kasih SAM kerana memberi ruang untuk kami meluakan masalah kami penduduk pekan lama.

SANGURU said...

SAM akan buka ruang seluas2nya kepada aduan yang pihak kami mengetahui serba sedikit sejarah/ceritanya. Inilah kelebihan SAM banding media lain bukan?
Namun, SAM tidaklah mampu menjadi peguam, polis, mahkamah, hakim dan sebagainya. SAM hanya mampu memaparkan. Harap maklum.

Saya mengakui kewujudan tapak pelupusan itu sekarang dan benar ia di kawasan penempatan. Tidak percaya? Sila ke lokasi!

SANGURU said...

saya atas nama/kapasiti NGO pun akan serta membantah. Org luar pun patut membantah. Why?
1. mungkin tuan/puan ada sdr mara di pekan lama, klu mereka susah/sakit, apakah anda tidak ikut sakit?
2. Siapa tau anda/anak cucu anda terkawin org pekan lama yg berpenyakit, apakah anda tidak rasa sakit?
3. Rakyat diutamakan bukan?...
Saya mohon, carilah lokasi lebih sesuai...atau saya suruh rakyat CARI YANG LAIN? HEHEHE..

SANGURU said...

sahabat rakyat di Putrajaya, sila take noted isu/bantahan ini. Klu bisa, aturin sampai ke PM.
Skg mereka rakyat MINTA DIUTAMAKAN.
Semoga Tuhan merahmati usaha ini.

SANGURU said...

Ridhwan ct and co.,
Dong ko susa atai, kite sememon nia setuju pakara dajal tu. Kite bantah somo2. Aramaiti kite buat kerja kebajikan.

Anonymous said...

adeh deh dehhh tuan Rdwan...org2 d sana setaraf sampah kah sampai dibuat mcm sampah sija? Ngam laitu kamurang bantah. Sia setuju 1000000%
*peminat dj batman

Anonymous said...

sia tunggu sahur sambil lawat ini blog Sam. Kalu itu sampah blh d bikin makanan sahur, sy pun apply itu logi bikin belkng rumah sia bah ridhwan ct.
Kasian bah kamurang nihhhh...

SANGURU said...
This comment has been removed by the author.
Mr. Aki Abad 21 said...

tahi sendiri pun busuk apa lagi ... sampa sarapppp !!!