SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, September 4, 2009

LAYAKKAH INI DIPANGGIL "TAZKIRAH"?...

Gambar di sebelah ialah "Masjid SDA" atau dikenali juga sebagai masjid bandaran. (sumber gambar: utusan online, 4 sept.2009). Saya tidak mahu berceloteh panjang asal usul nama masjid ini, memadailah saya maklumkan bahawa timbulnya idea menulis artikel ini apabila mengaitkan usaha Tun Mustapha (ketika itu pengerusi USIA) mendapatkan masjid ini dengan usaha saya dan dua rakan saya mendirikan "surau" di kampung kami sekitar tahun 1998/9... Bina masjid atau rumah ibadah memang mulia serta dianjurkan agama sebagaimana terkandung di dalam kitabullah yang bermaksud:
"Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid ditepi jurang yang (hampir runtuh)". (at-Taubah: 109) "Flash back"....20 tahun yang lalu, umur saya ketika itu muda remaja (+17 tahun), hanya ada beberapa rumah/keluarga yang menganut agama Tauhid Islam. Kerana sedikit itulah yang membuat saya dan rakan-rakan remaja bersemangat untuk menegakkan syiar Islam kononnya. Lucu juga bila dingat! Maka bermesyuaratlah kononnya 3 remaja ini di bawah rumpun bambu. Kampung saya memang kaya dengan mambu, sebab itulah dipanggil Kg. Tongkungon (sejenis bambu berduri - bahasa Momogun Kimaragang/Dusun). keputusan kami - buat surau dari bambu! Kami bertiga pun mulailah operasi. Orang kampung (non-muslim tapi keluarga) geleng kepala sambil usik-usik usaha kami, mungkin juga kasihan. Bapa kawan saya pula marah kerana katanya kerja buang masa! Dipendekkan cerita...surau kami terbengkalai. Hanya tiang dan gelagar yang terpacak, kerana cuti persekolahan telah tamat, 3 sekawan terpaksa bubar baik sekolah masing-masing.. Demikianlah cerita yang sederhana yang kemudiannya mencatat sejarah manis dalam hidup saya kerana daripada kisah benar itulah saya menghasilkan sebuah cerpen berjudul "SURAU" yang disiarkan di Majalah Kiblat sekitar tahun 1990. Inilah cerpen pertama saya yang tersiar dan inilah titik mula penglibatan saya dalam dunia penulisan cerpen hinggalah peringkat....nasional.. Cerita saja tiada gunanya tanpa moralnya? Rasanya moral cerita ini - agama, menegakkan syiar atau membelanya, kita punya banyak cara. Agama apapun, dan siapapun kita, jika kita ada keinginan yang sungguh-sungguh akhirnya akan berjaya...
YA...BERJAYA JUA AKHIRNYA MELIHAT SEBUAH SURAU DI KAMPUNG KAMI...SEBUAH SURAU DI ATAS TANAH WAKAF IBUKU...

9 comments:

Anonymous said...

Lebih kurang kisah remaja kita tuan. Tapi saya tidak menjadi penulis selepa itu. Dan masjid yang ada sekarang pun bukan atas tanah wakaf ibuku. Kerana kami miskin, tanah yg ada kecil sahaja. Cuma selepas itu, saya dan beberapa rakan lain telah diberikan mandat untuk memimpin sekumpulan kecil orang bijak pandai. Menjaga kebajikan mereka tanpa mengira agama ataupun bangsa.

GBU... Syabasssss atas pencapaian!

Anonymous said...

wahai sanguru ... kenapa masjid SDA/Bandaran yg menjadi perbandingan dgn cerita lama sanguru.....sebab klu kita inbas semula asal-usul itu ... mencabar juga....

SANGURU said...

anony no.2, kebetulan saja bah tu tuan. Td pagi baca utusan online, terbaca artikel masjid dan perjuangan tun. Terus terkait. Percayalah, tiada maksud lain. tiap hari jumaat, sy selalu tulis artikel yg mcm ni, harap memberi inspirasi kpd semua agama. Marilah berjuang menguatkan iman selagi tidak menguris dengan sengaja orang lain. Ok tuan...

SANGURU said...

Usah risaulah. Sy kawan mana2 agama yg baik2. Sy pernah bantu dirikan gereja di kg xxx (org2 kg itu minta sponsor sikit2, mungkin ingat sy hamba kristus sb nama sy...hehe. Androd)...sy jg cat topekong en. Pam sbg tanda sokongan kpd beliau yg suka tolong org tanpa kira agama.
Kedua kes tsbut adalah tanda sokongan kpd kebaikan, wpn dr segi tauhid dan aqidah, sy x la sealiran mereka. Tuhan- Engkau lebih tahu apa dlm hati hamba2Mu.

SANGURU said...

orang Islam mungkin angap tindakan saya di atas kontroversi? sy ada dalil menyokong tind. Sy di atas yakni kisah nabi muhamad ikut perjanjian sekumpulan jahiliah utk membela kebenaran dan pertahan org benar/teraniaya. (utk lebih faham, sila baca kisah tersebut) Walhal permuafakatan itu dibuat oleh arab jahiliah. Tika itu nabi belum diangkat sebagai nabi/rasul.
Selepas menjadi nabi, beliau menyatakan yang dia akan tetap ikut mana2 perkumpulan seperti yang pernah baginda ikut setuju dulu.

Anonymous said...

wahai sanguru, ini anony2,terimakasih atas keiklasan sanguru..tiada maksud yg lain, cuma terkait saja...inilah saya puji paparan dlm SAM..kena komen,ada penjelasan yg terbaik...
Wahai sanguru&rakan2 penulis teruskan usaha terbaik anda..sya salah seorg warga tandek amat tertarik dgn paparan kg/kws kita..

Umar al-Longobi said...

apa yg kita akan jadi pada masa akan datang, kadang2 petandanya sudah Tuhan turunkan semasa kecil/remaja lagi. yg penting yakin `itu` dari Tuhan dan Tuhan mahu kita jadi seseorang pada masa akan datang. teruskan tuan... :-)

SANGURU said...

ya anony, sy sekadar beri penjelasan awal sebelum org terlanjur buat persepsi silap. Mencegah lebih baik dari merawat. Hehe. Teruskan menyokong SAM

SANGURU said...

minta maaf bnyk2 pd sesiapa saja. Kdg2 sy papar cerita ttg diri, tiadalah niat nak minta puji sekadar penguat hujah bicara. Sekali sekala wajar jg kita tukar2 cerita...ada masa tuan2 cerita, sy mendengar, dan sebaliknya...jika kita sporting, bnyk thing blh sharing...