SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, September 12, 2009

MABUK, MABUK DAN MABUK LAGI

RUANG PENULIS TAMU Oleh: MindaGuruSabah Menurut Utusan Pengguna (Sept-Okt 2009), Malaysia merupakan negara kesepuluh terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia dan ia semakin meningkat setiap tahun. Rakyat Malaysia dikatakan berbelanja lebih daripada RM2 bilion ke atas alkohol dalam bentuk bir dan arak murah(samsu). Mungkin data ini tidak mengambilkira arak buatan tradisi seperti bahar, kinomol, gantangon, lihing, tapai dan sebagainnya. Menurut akhbar ini lagi meminum alkohol sehingga mabuk memudaratkan masyarakat kita terutama diri dan kelurga pemabuk. Bahaya yang berkaitan dengan mabuk ini sudah lama diketahui. Antaranya ia berpotensi menjejaskan kesihatan peminum secara peribadi, dikaitkan dengan insiden kemalangan jalan raya, penderaan dan pengabaian kanak-kanak, keganasan rumah tangga, pembunuhan, kemiskinan, tidak hadir bekerja, keruntuhan rumah tangga, produktiviti yang rendah dan seribu satu macam lagi keburukannya.
Saya masih ingat beberapa kejadian ketika berada di bangku sekolah. Pernah terjadi semasa musim perayaan pesta menuai, dan terdapat beberapa orang yang mabuk kerana aramaiti. berlaku perselisihan faham suami mabuk memukul isterinya (sungguh memalukan) ending daripada aramaiti ialah si suami menabrak dinding rumah mereka (dibuat daripada bambu). Setelah sedar dari mabuk, dia membaiki semula rumahnya.., nasib juga rumahnya diperbuat daripada bambu sahaja dan tidak susah untuk membaikinya. Menurut orang-orang kampung kejadian seumpama itu sudah berulang beberapa kali akibat kemabukan tapai yang tidak berkesudahan..
Kejadian yang kedua ialah pada hari pertama para pelabur dibenar mengeluarkan bonus ASN, ramai pelabur kecil2an dari kampung yang mengeluarkan wang mereka di Pejabat Pos KM. Setelah penat berbaris dan menunggu merekapun "menabur wang" mereka dengan membeli minuman keras di kedai Km....(tak perlu sebut nama kedai berkenaan), beberapa di antara mereka yang terlalu mabuk kepayang tidur bergelimpangan di kaki lima kedai berkenaan..Sungguh menyedihkan dan memalukan apalagi kesemua mereka adalah orang kita (istilah Ampal)...kasihan
Persoalannya, setelah berpuluh atau berbelas tahun adakah kejadian seumpama ini masih berlaku?. Masih adakah yang tidur bergelimpangan di kaki lima kedai, tidur di tepi jalan, memukul anak bini, merosakkan rumah sendiri dan menjadikan anaknya gelandangan tidak menentu di kota2 kerana melarikan diri dari seorang bergelar bapa yang pemabuk?..ya..kesannya negatifnya terlalu banyak..mungkin kata aramaiti diganti dengan kata arahmati...kerana "mungkin" kemabukan itu membawa kehancuran bangsa..
Saya Mencintai Malaysia, Saya Mencintai Sabah dan Saya Mencintai Kota Marudu..

11 comments:

cifu63 said...

itu la keadaan yg sy selalu nmpak dipekan,kasian btl ahli2 keluarga mereka..

anak sungai said...

kalau minum sikit2 tak apalah, tapi kalau dah mabuk dan lupa diri itu dah kira penyakit sosial..yang perlu diubati..

kyro said...

Hari itu saya jalan2 d tamu KM,saya nampak beberapa org lelaki sedang minum bir hingga mabuk.Sedih dan lucu juga saya melihat mereka.Apa tidaknya dalam keadaan mabuk begitu mereka sempat merancang untuk beristeri lagi hahaha ..'manapil oku' kata salah seorg dari mereka.

Anonymous said...

Pn kyro..inilah masalah bangsa kita selain minum bir sampai mabuk..ingat manapil saja..heee

ison said...

Haha...

Anonymous said...

pn. kyro kadang2 ia lucu apabila memerhati telatah mereka yang sedang mabuk..tapi mungkin mabuk kinomol lebih baik dari mabuk kuasa...dan kedudukan..

MindaGuru said...

saya teringat kata2 dari sdr Sangguru arak adalah antara ibu kepada dosa kerana apabila mabuk, hilang kewarasan untuk membuat pertimbangan...

maikong said...

come on..para peminum bir ...sila beri komen disini..apa baikburuknya minum arak...saya setuju dgn kata2 anak sungai, klu sikit2 itu ok bah..boleh dapat kwn,,tapi klu banyak sudah sampai manapil/mogi im pasal(hancur keluarga)..sangat susah..minum tapai/kinomol ada sebahagian dari kebiasaan kaum peribumi sabah terutama warga KM..
saya nasihatkan kwn2 kurang2kan minum arak..
didikan awal kepada genarasi baru kita harap2 dpt menyedarkan mereka..

Umar al-Longobi said...

MGS,

tahniah atas keprihatinan ttg permasalahan ini. benar, arak merupakan ibu segala maksiat. bukan senang membanteras budaya "araimaiti". orang arab zaman jahiliyah pun bukan terus boleh berhenti. selepas melalui 3 fasa larangan, baru berjaya. maknanya, berperingkat. ala... susah2, balik sama itu agamalah. gerenti punya!

Carl S. Adun said...

ha..ha..

SANGURU said...

...berdasarkan penemuan, ramai jg yg berhenti bkn kerana dikutuk/dimarahin tapi...atas KESEDARAN yg mendalam...selepas sakit, bini minta cerai, kena sogit dll...dlm buku kisah para wali...ada wali dulunya kaki logop (tahi arak)...kurangkan kutukan, banyakkan doa...
Zaman nabi dulu pun, pelan2 baginda ubah budaya d sana mekah...