SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, September 9, 2009

MANA HUJUNG DAN MANA PANGKALNYA ?

Pada masa dahulu, Kota Marudu merupakan satu daerah kecil yang kurang membangun, kurang dikenali masyarakat luar, terlalu miskin dan mempunyai masyarakat yang kurang pendidikan. Ini kerana, secara teorinya masyarakat Kota Marudu terlalu jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang. Selangkah demi selangkah, Masyarakat Kota Marudu belajar daripada masyarakat luar dengan cara menggapai kaki ke sekolah, kolej dan pendidikan tinggi atau universiti dengan matlamat keluar daripada gelaran masyarakat yang terlalu primitif. Namun pada masa kini, masyarakat Kota Marudu semakin matang, pintar dan ramai anak-anak marudu yang menjawat jawatan tinggi sebaris dengan masyarakat luar. Kalau orang lain ada doktor, anak marudu juga mempunyai doktor malah terdapat kepelbagaian bidang profesional. Contohnya, masyarakat Kota Marudu masa kini ada Peguam, Polis, Jurutera, Pengarah, Ketua Pengarah dan banyak lagi. Inilah transformasi masyarakat Kota Marudu secara umumnya dan tidak salah jika dinyatakan Masyarakat ini tidak lagi ketinggalan oleh masyarakat luar yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat satu permasalahan yang akan timbul apabila ramai golongan terpelajar mahupun masyarakat yang mempunyai minda terbuka. Antaranya ialah, anak-anak marudu sendiri saling bercanggah pendapat dan selalu mengutarakan isu yang kurang profesional. Contohnya, apabila guru menegur murid yang tidak hadir ke sekolah terdapat pihak yang emosi dengan sikap guru tersebut walaupun seorang guru mempunyai misi mendidik muridnya untuk cemerlang. Jika ada sesuatu pembangunan atau kemajuan yang dibawa oleh sesuatu pihak sama ada kerajaan atau idea kendiri masyarakat ini, terdapat satu pihak lagi mempertikaikan. Jadi, sampai bila keadaan sebegini akan berubah? Sedar atau tidak, SAM merupakan hasil buah fikiran anak-anak marudu untuk mencipta satu lagi kemajuan di Kota Marudu. Hasilnya, pandangan dan perkongsian maklumat SAM membawa satu rahmat yang tidak pernah terlintas di fikiran orang-orang SAM mahupun Kota Marudu untuk mendapat perhatian pelbagai pihak sama ada di Kota Marudu, Seluruh Sabah mahupun Semananjung dan Sarawak. Sampai bila masyarakat kita maju jika ada pihak sentiasa sensitif dengan perkara yang benar, perkara membawa kemajuan danperkara membawa perubahan seiring peredaran masa? Perumpamaan ' UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI' adalah satu nasihat yang baik untuk kita tidak alpa dengan keadaan sekarang, namun bagaimana pula jika ' UKURAN BADAN MENGIKUT SAIZ BAJU ' ? Merenung masa depan dengan matlamat adalah lebih baik berbanding merenung kesilapan orang lain, namun merenung kesilapan orang lain akan menjadikan kita waspada dan berhati-hati selalu jika dibandingkan asyik merenung masa hadapan tanpa ada kesudahannya.

9 comments:

Anonymous said...

tuan,

saya faham maksud entry tuan. malah saya anggap tuan antara genius dalam menerima pendapat anon.

walaubagaimanapun, teguran kami bukan semata utk tuan atau utk keburukan cuma memperbetulkan saja ttg penulis lain dalam sam.

harap tuan x ambil hati.

SANGURU said...

ok saja bah tuan/anon. Sy orait nopoh...klu sakit, ditahan saja. Latihan kesabaran dan belajar menerima teguran. Yg baik diambil, yg x secocok, difailkan dulu. Hehe

SANGURU said...

pasal baju: amalan saya - cari baju yang ngam dengan badan saya. Kalau x jumpa, saya cari lagi. Soal harga, sy pilih ikut kemampuan saya. Kalau sy kepingin sangat sesuatu baju, saya kumpul2 duit baru beli. Baju baru x semestinya lebih baik baju lama, baju lama tentulah saya sayang, tapi kalau dah lampau lusuh dan koyak rabak, mau tidak mahu? ...terpaksalah survey2 BAJU BARU...

SANGURU said...

pasal "mana hujung mana pangkal", kena dieksperimen mcm nujum pak belalang. Biarkan keduanya, opss...kayu itu terendam dalam perjuangan, opss dlm air. Mana yg tengelam, dibuang opss itulah pangkal.

Aiseyman, kenapa sy banyak melatah dlm entry ini. Adakah ini terlebih sudahhh?...

Balsam said...

Canggah untuk cari yang terbaik itu bagus bah...Yang penting kena ikut etika...:)

Umar al-Longobi said...

percanggahan pendapat itu baik selagi terurus dgn baik.

bagu! bersama kita ambil intipatinya...

Anonymous said...

bagus entry ni, menarik.

Little Mike (LM) said...

Akal itu pelita bagi hati... semuanya pasti TERARAH BAIK

Balsam said...

LM...setuju....Kita misti iktiraf hak akal ni...bebas berfikir...Tiada jual di pasaran, anugerah Dia pada insan...'benda' penting yang membezakan antara manusia dan binatang...