SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, September 2, 2009

MASALAH: 1RAHMAT 1HIKMAH

Sudah biasa orang "berceramah" - tiap masalah atau derita itu ada hikmahnya. (Sabarlah nak, ibu dulu...1kaki saja. - cerita ini siapa pernah dengar akan gelak sekali lagi). Saya ulangi apa yang sudah biasa kita dengar tapi dalam versi dan latar tempat yang lain. Dan seperti biasa, dengan izin sdr/i pembaca yang budiman, saya suka berterus terang, sedikit mencarut, dan jujur saja pak, demi kebaikan rakyat khususnya di Kota Marudu.
Saya dengar, hingga kini rakyat N5 Tandek dan P168 Kota Marudu "benggang" kerana dikatakan ada unsur-unsur pengambilan atau penafian hak kepimpinan anak watan N5 Tandek oleh orang luar sebagai pemimpin. Khabarnya, rasa tidak puas hati dan marah itu terbuku di hati rakyat sejak tahun 1994. Begitu ramai yang marah terutama yang kemaruk nak jadi YB/MP/kontraktor. Macam-macam alasan, Datuk Maximus orang luar lah, pegang dua "seat" lah, penting diri lah, jarang lawat kawasan lah, muncul saat-saat pengundian lah, dan sebagainya. Bila saya tapis-tapis, ada yang relevan dan ada yang semata-mata kerana mahu merebut kuasa untuk dapatkan pangkat, darjat, kuasa dan harta. Walhal hampir kesemua mereka ini tak lebih dari periuk yang mengata belangga hitam! Sebenarnya, pada hemat saya ,ada HIKMAHNYA Datuk Dr. Maximus membolot kedua-dua kerusi N5 Tandek dan P168 sejak sekian lama (sehinggalah melepaskan DUN N5 Tandek pada tahun 2008 ). Hikmahnya mungkin begini - ia umpama buah durian yang menghempap si penunggu durian yang tidur/tertidur di bawah pohon duriannya sendiri. Selepas kepalanya terkena durian barulah dia terjaga, melolong-lolong dan menangis. Padan muka. - jadi dalam satu hal, saya/kita harus berterima kasih kepada Datuk Dr. Maximus J Ongkili kerana menjadi "buah durian" itu meskipun kena kutuk dek pemilik pokok durian. Orang yang tidur harus terus dikejutkan, kalau boleh janganlah dengan/oleh buah durian lagi , apalah salahnya kita renjis dengan air pula kali ini... Satu lagi kes untuk menunjukkan Masalah itu 1Hikmah, 1Rahmat. Kes cukai pintu dan cukai tanah dalam kawasan perbandaran MDKM yang meliputi kampung-kampung mundur di Tandek/Goshen/Lotong/Bunsadan, dan beberapa kampung lain, sememangnya satu MASALAH dan MUSIBAH besar kepada penduduk kampung. Mereka marah dan kecewa. Mereka sanggup membayar bantahan asal saja bantahan mereka didengar! Akhirnya, kami di SAM memaparkan dan memperjuangkannya sehinggalah mendapat perhatian khusus seorang Tan Sri di Putra Jaya dan dipendekkan cerita kerajaan pimpinan DS Najib akhirya memperuntukan dana kepada PBT Sabah dan Sarawak. Satu rekod. Rekod dari 1Masalah yang diperjuangkan oleh 1Suara, 1Marudu... (Namun...mungkinkah akan wujud 1 lagi masalah? - apakah dengan adanya dana dari KL itu maka pihak MDKM akan membatalkan percukaian di kampung-kampung? Dan bagaimanakah penggunaan dana tersebut. Adakah terurus dan telus?...SAM BERHAK BERTANYA, KERANA ITU USAHA SAM!) Moral cerita ini ringkas: masalah itu masalah ,memang menyakitkan kepala dan jiwa raga, tapi bersabarlah dan redhalah kerana 1Masalah adalah 1Hikmah dan 1Rahmat bahkan kadang-kadang 11,111,1111Hikmah dan Rahmat! - TERUSKAN BERSAMA SAM.

3 comments:

Anonymous said...

kasi makan bah itu durian. makan dengan kulit2 dia. ha3x.

Anonymous said...

YA ANON. ITU MDKM PUN JANGAN PIARA SAKU DAN PERUUUTTTT SIJA AAAA...

ANON JG IYA.

kyro said...

Tanya jgn tak tanya...mesti nmpk dia punya kesan kalau dia pakai itu duit ikut cara yang betul ditempat yang betul.

Pertama yang saya ingin lihat ialah landscaping pekan KM n Tandek.Ini rumput talampau panjang sampai saya punya sawo bilang bagus piara kambing sini pekan KM banyak rumput.hehehe

Bikin malu sia saja.Rmput dapan2 pejabat pun inda kana putung.