SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, September 5, 2009

NASIHAT ORANG-ORANG TUA

Oleh: OtakGuruSabah(http://jiwapendidik.blogspot.com).

Ruang Penulis Tamu.

Nasihat orang-orang tua biasanya mujarab. Ini kerana mereka dianggap lebih berpengetahuan, berilmu atau sekurang-kurangnya lebih berpengalaman daripada golongan yang lebih muda. Itulah sebabnya ada ungkapan seperti "lebih dahulu makan garam, lebih dahulu melihat bumi" dan sebagainya. Maksudnya paling tidakpun mereka lebih dahulu berada di bumi ini daripada golongan muda. Saya percaya kita banyak kali mendengar nasihat daripada mereka.. Di sini saya kongsikan beberapa nasihat yang pernah diberikan oleh orang-orang tua kepada saya untuk tatapan kita semua;

  • Semasa melaporkan diri untuk bertugas kepada pengetua, beliau telah memberikan nasihat kepada saya agar berhati-hati agar tidak terperangkap dan diperangkapkan oleh tiga perkara iaitu wanita, judi dan arak. Menurut tuan pengetua berkenaan ramai yang hidup dan keluarganya berantakan kerana pengaruh tiga perkara berkenaan.
  • Semasa saya dikejutkan oleh budaya penyakit rasuah (lama-lama dulu semasa bekerja di salah satu jabatan...), saya telah meminta nasihat daripada seorang pemimpin agama..nasihatnya ialah jangan sekali-kali menerimanya kerana ia akan mengikat kita hingga kita akan terhutang budi. Akibatnya kita akan terperangkap dan rantaian perbuatan rasuah itu akan berterusan hingga sukar bagi kita untuk melepaskan diri. Nasihat beliau menjadi pegangan saya hingga kini.
  • Dalam satu seminar, seorang pemimpin sebuah organisasi memberi nasihat tentang sikap pekerja dan pengikut yang baik. Selagi kita berada dalam sesebuah organisasi, jangan sesekali memburukkan nama organisasi kepada orang luar, kerana kita adalah sebahagian daripada organisasi berkenaan. Sebagai pengikut, jangan perkecilkan dan jejaskan nama baik pemimpin kita kerana satu masa nanti kita juga mungkin akan menjadi pemimpin dalam organisasi berkenaan.Biasanya pemimpin melihat ke bawah dalam ruang yang lebih luas, manakala pekerja/pengikut hanya melihat dalam ruang yang lebih sempit.
  • Semasa pertunangan saudara saya, nasihat daripada orang tua ialah menjaga tertib pertunangan. Pertunangan tidak bererti sudah boleh hidup seperti suami isteri. Perlu berhati-hati, kerana walau sekuat mana pendirian untuk menjaga kesucian diri tetapi jika tidak menjaga tertibnya akan kecundang juga.Umpamanya" batang pisang walaupun basah, namun jika dibakar lama kelamaan ia akan hangus juga"(Ini macam peribahasa, tetapi tiada pula dalam buku..di mana agaknya orang tua mengaji..)
Setelah saya imbas kembali dan renung-renungkan nasihat orang-orang tua ini ada juga kebenarannya. Mungkin ini disebabkan pandangan dan nasihat mereka adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka seharian.

12 comments:

Aldusuni said...

orang tua2 meskipun tidak punya sekolah tapi mereka punya pengalaman. Dr dan prof mereka adalah alam.

Gaaman said...

menghormati dan mengasihi ibubapa(org2 tua) adalah satu persyaratan utk umur panjang dan hidup aman bahagia..

Umar al-Longobi said...

kebanyakan nasihat org2 tua ini banyak kebaikan dan ada kebenarannya. namun, mereka juga manusia biasa yg kadang2 ada kesilapan. jadi, apa yg baik taatilah. yg kurang tepat, tepislah dgn cara yang tidak melukakan hati mereka...:)

anak sungai said...

..guru, saya tertarik dengan peribahasa batang pisang itu.., dulu-dulupun memang ada guna peribahasa yg mungkin tidak ada dalam buku, kalau pihak Sam ada ruangan untuk pepatah lama amat bagus untuk menghidupkan tradisi lama kita...

Balsam said...

Yang tua dihormati...yang muda dikasihi....:)

otakguru said...

tq Aldusuni, balsam, Umar memang mereka wajar dihormati.ilmu mereka dari pengalaman. Gaaman..thks petua yang ko titipkan..Umur panjang dan kebahagian hadiah bagi yang menghormati orang tua.

SANGURU said...

oya, sy minat angka 3, dan nasihat ke-3 itu yang paling menarik saya. Harap semua pun minat yang ke-3 itu...

SANGURU said...

syor anak sungai amat menarik. Kalau tuan sudi, kumpul dan kongsikan dalam SAM. Sms saja dgn saya. Saya sendiri atur ruangan kecil utk tuan. Tentu orang suka.

Anonymous said...

betul tuan.. ramai tokoh2 kecundang kerana perempuan, banyak juga keluarga cerai-berai krna wanita..., tetapi adakah kajian terhadap kesan buruk arak? macam..belum ada tuan..

SANGURU said...

kajian? Mungkin ada mungkin tiada. Jika tiada, mmg wajar diadakan. Cuma begini, kerana arak seorang abid (ahli ibadah) - berzina dgn perempuan dan seterusnya membunuh. Ini kisah mahsyur. Maksudnya, arak antara ibu kpd dosa. Bkn arak itu sendiri tetapi akibat meminumnya atau mabuknya...MANUSIA JD HILANG KEWARASAN:..

Balsam said...

[Namun, mereka juga manusia biasa yg kadang2 ada kesilapan. jadi, apa yg baik taatilah. yg kurang tepat, tepislah dgn cara yang tidak melukakan hati mereka...:)]

Sdr Umar, saya setuju ....Dalam organisasi misalnya, jika pemimpin bertindak kurang tepat, sebagai orang bawahan, kita wajar tegur ( pa bleh buat kalau pemimpin susah terima teguran ). Tidak ngamlah kalau pemimpin buat silap, kita jadi pak turut, ikut..saja. Naik turunnya satu2 organisasi kan bergantung kepada komitmen semua ahli dalam organisasi. Siapalah pemimpin tanpa yang dipimpin ...

Sy percaya, pemimpin yang melihat ke bawah dengan ruang yang lebih luas dalam entri otakguru adalah pemimpin yang bersikap terbuka dan bersedia menerima teguran..

Pengikut yang baik pula adalah pengikut yang berani mengambil risiko menegur orang atasan jika ketuanya itu membuat sesuatu tindakan atau keputusan yang salah atau kurang tepat .

otakguru said...

sdr Sangguru,ya.. arak banyak memberi kesan yang buruk terutama setelah mabuk..tq,

sdr Balsam pemimpin bersikap terbuka serta pengikut yang berani juga memberi pandangan dan teguran juga betul..terimakasih, namun apabila membuat teguran terhadap bosnya perlulah mengikut saluran yang tepat. orang kata pada masa yang tepat,tempat yang tepat dan ketika yang tepat.

Walaupun pengikut yang baik mesti berani memberi pandangan dan teguran ia mestilah dalam konteks dalaman organisasi dan bukan di luar organisasi. Rasanya apabila membuat teguran tidak perlulah mewar-warkannya kepada pihak lain yang tidak berkaitan, apa lagi kepada khalayak. Ia mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah tetapi mewujudkan halangan komunikasi yang lebih teruk, malah sekadar menjejaskan nama baik pemimpin berkenaan.

Saya kagum cara bos saya dulu ketika ia membuat teguran kepada kami bawahannya,dia akan panggil ke dalam biliknya, tutup pintu kemudian barulah ia tegur dengan keras. Ia hanya di ruang bilik berkenaan dan tidak diketahuipun oleh orang lain.

Malah apabila pengikutnya dibantai/dikomplen oleh orang luar dari organisasi itu, dia akan mempertahankan orangnya, walaupun ia sedar pengikutnya salah. Selepas itu barulah dia akan menegur/membantai orangnya itu di dalam biliknya.., kalau ada peluang jadi bos..rasanya saya akan menjadikan sifat profesionalnya itu sebagai teladan..